Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Mama, kakak jatuh cinta!

Toleh kiri, pandang muka kat cermin, mama ada anak dara ke? Tepuk pipi, mama tak bermimpi, memang betul kakak iman yang baru berumur 6 tahun beritahu mama bahawa 'kakak jatuh cinta..' Mama cuba menduga kakak, mana tahu yang dicintanya itu mama, abah atau adik aiman syahmi. Apabila ditanya, kakak iman kata dia cinta 'lokman'! Kenapa kakak cinta lokman? Sebab lokman baik dengan kakak, lokman pun suka kat kakak.... jawab kakak iman! Lokman ialah kawan 1 taska dengan kakak, umurnya baru 7 tahun. Tahun lepas semasa lokman belum bersekolah darjah 1, hampir setiap petang hujung minggu akan datang ke rumah bermain2 dgn kakak, sampaikan bila lokman tak datang, kakak mesti sibuk bertanya itu ini. Tahun ni senyap sikit, tapi apabila kakak meluahkan isi hatinya, mama terperanjat betul. Apabila ditanya maksud cinta, kakak jawab perempuan suka pada lelaki... macam cerita firash,...macam cerita cinta jannah...! Mencabar betul tugas ibu bapa zaman sekarang ni kan, patutlah anak remaja zaman sekarang advance dalam soal hati ni berbanding remaja zaman dulu. Selain pengaruh tv, pengaruh persekitaran pun menakutkan mama. Di taska kakak, pergaulan antara budak2 lelaki dengan budak perempuan memang agak bebas. Walaupun mereka masih budak2 tapi tak mustahilkan perasaan sayang tu akan timbul apabila ada pihak yang 'care'... Almaklum, kakak dan lokman contohnya duduk di taska bersama lebih lama, dr pukul 7 pg sampai 6 petang berbanding dengan mamanya sendiri, hanya dari pkl 6 sampai 9 malam je sblm mrk masuk tidur. Beban kerja zaman sekarang menyebabkan anak2 membesar bersama pengasuh dan rakan2! Itu mama yg kerja sbg cikgu, fikirkan orang lain yang kerja sampai malam... 'anak tak menjadi', nak salahkan siapa? Mungkin mama kena berenti fikirkan fasal sekolah dan balik awal utk jaga anak sendiri laa....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sudah baca sila komen

3 comments:

Teena Tna said...

Betul3. Zaman sekarang macam-macam perkara boleh jadi.

Mama Adam said...

zaman dah berubah

Cik Itah@RRP said...

uhuhu budak budak sekarang..pelbagai macam ragam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012