Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Pernikahan Aieril dan Wawa dihalang David Teo?

Blog beautifulnara, rotikaya, akhbar mstar online dan mynewshub serta sinar harian telah memaparkan kisah pernikahan rahsia pasangan hensem dan cantik ni. Semasa menonton Melodi, Ahad lepas mama melihat betapa bersemangatnya David Teo menceritakan kisah Wawa dengan gaya bahasa ala-ala cinanya yang begitu sinis. Hari ini, baru terbongkar rahsia mereka apabila wawa sendiri mengaku bahawa cinta mereka dihalang oleh David! Malah wawa pernah dikuarantin oleh David semata-mata supaya terpisah daripada Aieril! Kalau benar begitu, sampai hati David hanya memikirkan soal keuntungan tanpa memikirkan kebajikan artis di bawah naungannya. Mentang2lah wawa tu tinggi nilai komersialnya, maka segala2nya menjadi hak David Teo? Tapi yang mama pelik, selama ni ibu bapa je yang 'tidak merestui' hubungan anak2, sekarang ni produser pun dah ambil tempat ibu bapa ke? Kenapalah airel dan wawa perlu takut pada David Teo sehingga merahsiakan perkahwinan dan menimbulkan pelbagai spekulasi! Banyak lagi produser lain wawa, dan mama rasa tak kan tertutup periuk nasi wawa dan aieril tanpa David Teo. Kalau ada bakat, mana2 prosedur akan menerima kamu berdua. Sama2lah kita tunggu reaksi David Teo kerana tidak adil kita 'mendengar' dari sebelah pihak saja kan? Walau apa2 pun, tahniah untuk Wawa dan Airiel serta anak yang comel. Nak tengok lagi le Airiel berlakon macam dalam Cinta Jannah, sweet je... Untung wawa...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sudah baca sila komen

3 comments:

eda_ej said...

sian kan.. nak couple pon tak boleh.. kalau kawen ape tah lagi.. semoge derang dua bahagia dunia akhirat..

Mama Adam said...

Mcm2 kan

QueeN TerataI said...

walau ape pun mereka dh selamat bernikah.. alhamdulillah dah ada baby pun... nikah kawin itukan hak peribadi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012