Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Berita yang 'Dinanti-nanti' oleh Rakyat Malaysia!

Lepas satu, satu berita yang 'dinanti-nantikan' diumum dan bakal diumum oleh kerajaan yang 'kita' pilih..

Kalau dah dipilih secara 'majoriti' bermakna majoriti rakyat jugalah kena menerima apa-apa sahaja tindakan 'terbaik' yang dilakukan oleh kerajaan 'majoriti' ni. Selepas bakal menerima brim3 oleh sesetengah rakyat, semua rakyat pula menerima kesan kenaikan harga minyak, gula dan pada masa terdekat kenaikan tarif elektrik! Kita 'digula-gulakan' dengan kenaikan brim3 sebanyak rm150 tetapi dalam diam kita diminta 'membantu' menangani sikap boros kerajaan dengan kenaikan harga barangan asas seperti minyak, gula dan bakal menyusul, elektrik! Walaupun didakwa pengguna elektrik kurang rm70 tidak terkena tempias kenaikan tarif elektrik ni, kita tunggu dan lihat saja le. Ketika membaca artikel di mynewshub.com ni, mama terfikir bahawa rumah mama elektrik cuma diguna selepas pukul 6 petang, selepas balik kerja, lampu hall, dapur dan toilet saja diguna, pukul 10 baru buka aircond, iron guna hujung minggu je, kipas guna di hall je, tv 1 kongsi2 tengok satu keluarga, yg sepanjang hari cuma peti ais.,. itu pun bil paling kurang rm150... lepas ni brapa pula la bil kan? Mungkin tiba masanya 'kita' kena 'bersuara' dengan buktikan dalam medan 5 tahun sekali, bukan ibarat anjing menyalak bukit, kerana percayalah, tanpa kuasa kita hanya layak ditertawa, mereka terus-menerus menodai hak kita... pssss...Isteri pm ada juga lawatan 'kerja' ke? Ingatkan lawatan kerja untuk pm atau menteri je!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sudah baca sila komen

3 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Mmg ketara kita digulakan .. dan isteri pm tlalu menonjol menggunakan kelebihan yg ada.

Nida Husna said...

" kita " pilih haha. makin hari makin nyampah tgk muka rosmah. opppssss :D

Daddy Ziyyad said...

Tgk tak laporan Bil TNB kat rumah PM & TPM yg hangat di perkatakan.? Shahidan Kassim dengan bangganya kata " itu terendah di dunia"...Tapi senyap bila diminta tunjukkan bukti...Dan dikatanya lagi " itulah langkah jimat cermat Kerajaan"

Kalau kita komen lebih2, terus kena cop Pembangkang...

Kalau kita tuntut hak kita sebagai rakyat, terus di cop tak bersyukur,,,di suruh pindah keluar dari negara ini kalau tak suka...

Alahai....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012