Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Filem Penangal : Kesian Ummi Nazeera

Gambar berkemban, gambar free hair tetap menjadi tontonan!

Itulah dilema artis, apabila berubah dan berhijrah, kesilapan lama tidak mudah 'dipadam ' begitu sahaja. Tambah-tambah lagi filem baru akan dipromosi dan bakal ditayangkan, jika dihalang daripada ditonton pasti pihak pengarah dan penerbit bakal 'menyaman' artis dengan angka yang tidak diterima dek akal. Almaklum, bukan sedikit kos untuk menghasilkan sesebuah filem, kot? Tambah 'menyakitkan' pengarah Penanggal menyatakan, dia tidak 'percaya' Ummi sudah berhijrah selagi dia tidak nampak Ummi berhijab di depan matanya! Patutlah Elly Suriati tanpa segan silu berdakap mesra dengan berpakaian kebaya sendat dalam Melodi siang tadi, sebab mindanya tentang penghijrahan muslimah sesuatu yang 'remeh'! Baginya, Ummi seorang yang 'profesional'. Apa maksud profesional bagi Elly? Adakah membiarkan diri yang 'free hair dan berkemban' dikira sebagai profesional malah turut mempromosikannya? Tahniah Ummi kerana 'menjauhkan' diri di Australia. Semoga terbuka hati Elly dan pengarah lain agar 'membuang' scene yang 'memalukan' artis yang sudah berhijrah. Biarlah rugi sedikit di dunia, tetapi untung di akhirat berlipat kali ganda...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sudah baca sila komen

2 comments:

Ira said...

Alhamdulillah.... Semakin ramai artis yg telah berhijrah.
Smga Allah melindungi Ummi Nazeera.
Smga pengarah itu akan mendapat hidayah..

msredcheesecake said...

Suka sgt tengok ramai artis muda yg berhijrah.... Bangga.... Kalau bule nak tengok sume nya berhijan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012