Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Kalau Aku Kaya....

Kalau aku kaya.... aku tak kisah pun tentang apa-apa pun isu yang hangat sekarang ni... Bila diteliti gambar pertama tuh, fuuuiiihhh betapa berbezanya harga barang keperluan di negara kita berbanding 10-13 tahun lalu. Tapi bila fik7r2, 10 tahun lalu, gaji mama plus elaun baru 3k++ tetapi 10 tahun berlalu gaji plus elaun dah melebihi 5k++. Terima kasih pada para pemimpin yang 'prihatin' kerana sentiasa 'mengkaji' dan 'menyelaras' gaji kami.. sehinggakan gaji kami 'naikkkkkk'! Tak hairanlah seorang doktor merangkap pakar motivasi tersohor menyatakan kita tidak perlu panik tetapi berfikiran positif dengan isu kenaikan harga barang sekarang nih. Kalau kita nak marah-marah pun, kita dapat untung ke? Peribahasa pun ada kata, 'anjing menyalak bukit' tak kan menyebabkan 'bukit' runtuh.... Jadi, kita perlu 'reset' minda agar kehidupan kita tidak terus susah dek kenaikan harga barang. Itulah kata2 manis kebanyakan pemimpin dan pakar eegala bidang yang kehidupan mereka sudah stabil dan tidak goyah dengan isu kenaikan hara barang nih. Ini keluhan mama yang bargaji 5k++ di KL,...orang lain yang bergaji kurang? Dengan gaji 5k di kl, buat masa ni, mampu le duduk di rumah teres, berkereta tempatan, menyekolahkan anak di tadika berbayar, membeli susu berjenama dutch lady, pampers berjenama pet pet, minum milo, makan lauk ayam hampir setiap hari, melanggan astro, unifi, celcom, membeli tab, anak berkasut bata, beg swan,1 bilik beraircond... itulah 'kemewahan' yang kami mampu... Kadang2 terfikir, kalaulah aku kaya.... mungkin mampu membeli kondo bernila 110 juta di negeri orang.... macam manalah agaknya kan? Tak terjangkau oleh akal fikiran mama untuk membayangkan betapa selesanya kehidupan insan bertuah itu di tengah2 kekalutan kami golongan eederhana di ibu kota untuk meneruskan kehidupan... Kalaulah aku kaya.... Tapi hakikatnya, mama tak kaya, cukuplah apa yang ada, menabur bakti untuk mencari sesuap nasi bagi mengecap 'kemewahan' standard kami... Hanya inilah harta mama (gambar 2)... semoga bakti mendidik anak bangsa menjadikan mama bukan 'miskin' di 'sana' walaupun tidak mewah di 'sini'... Kalaulah aku kaya... Mungkin segala beban seoerti dalam gambar 3 bukan menjadi milik mama. Tapi itulah reset minda dan berfikiran lebih positif yang dituntut oleh 'mereka'. Kami dituntut 'senyap' dan akur sedangkan hak dan kemampuan kami 'dirampas'. Semoga tahun 2014 mampu melahirkan insan yang boleh mereset dan mempositifkan minda masing2 walaupun terus-menerus dihimpit segala macam kekalutan dan ketidak adilan...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sudah baca sila komen

4 comments:

Daddy Ziyyad said...

Benar..dalam pada kita komplen itu & ini, kita kena ambil langkah proaktif/drastik utk mengubah nasib diri & keluarga..sebab yang berubah ( naik harga),tetap berubah...

LadyBird said...

xpelah xkaya pun dik.. huhuhuhu..
lps ni kene kuatkan ush mencari rezeki.. moge2 Allah tolong.. ameeennnn

munna said...

Salam Mama.... Lama munna x dtg sini..... Semoga kita semua dpt mengharungi kehidupan yg mendatang....

Mas Zull said...

assalamualaikum aimaniman...alhamdullilah la kalau kita diberikan rezeki dr Allah setelah lama berusaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012