Kencing Tikus : Awas Ada Di Rumah Kita!

December 13, 2013

Awas... seramnya.... gelinya...

Jom ambil iktibar daripada kisah di fb tu. Selama ni ingatkan kita 'bebas' daripada penyakit berbahaya yang menakutkan ini jika kita tidak mandi-manda di sungai yang tercemar dek kencing tikus. Malah, tidak lama dulu kita begitu berasa takut apabila diberitahu bahawa penyakit ini juga tersebar melalui air tin di dalam stor yang dicemari oleh kencing tikus! Biasalah, baru2 informasi dikeluarkan... kita akan sentiasa berwaspada. Namun, setelah lama tiada sebarang info tentang penyakit tu, kita akan lupa dan memandang remeh terhadap aspek kebersihan terutama di rumah! Bayangkan... jika sewaktu kita sedang enak dibuai mimpi, pada masa yang sama sang tikus berkejar-kejaran di atas sudu, pinggan, kuali dan perkakas dapur kita yang lain! Esoknya, dengan penuh lahap kita menjamu selera di atas pinggan yang telah tercemar! Kisah di fb tu pula, sahabat tu berada dalam keadaan koma apabila berkumur2 dengan menggunakan air tercemar untuk mengambil wudhuk! Siapa sangka kan, niat baik dah untuk bersolat tetapi malang memang tidak pernah berbau. So, kita yang harus sentiasa bersiap sedia 'menghidu' malang dengan lebih berhati-hati dan menjaga kebersihan. Jangan nanti rumah juga menjadi perangkap maut untuk kita, malang betul kan?
Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

2 Comment

  1. da lama hal ni dibangkitkan...bkn setakat tin je..botol2 myk ke termsk la kosmetik pun kite kena cuci..

    ReplyDelete
  2. sama2lah kita beringat kan kak, kadang2 kita tak perasan semua benda ni... thanks for sharing kak...

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels