Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Tolonglah Naik!

Tahun 2014, tolonglah naik?

Mama rasa semua orang dah membaca akhbar Sinar Harian semalam, rintihan rakyat seperti mama agar segala kenaikan tidak diteruskan. Tolonglah... bermakna rayuan dari sudut hati paling dalam agar 'didengari' oleh para pemimpin. Namun, menurut pengarang SH rayuan tersebut agak mustahil untuk diambil kisah! Bukan sedikit kenaikan yang berlaku, dan yang peliknya, rentetan kenaikan berlaku selepas PRU 13! Dari kenaikan harga minyak, gula, elektrik, lrt, monorel, bas sekolah, bakal dikenakan gst dan macam-macam lagi! Betullah orang kata, selagi ada 'orang kuat', selagi itu 'kita' berani. Mama dikelilingi oleh 3 kelompok manusia iaitu keluarga mama, keluarga mertua dan keluarga rakan setugas. Keluarga mama yang juga bekas guru dan rakan setugas juga guru amat menentang kenaikan harga, walaupun pendapatan kami agak stabil. Bagi kami, pendapatan stabil pada 2013 tidak bermakna begitu juga pada 2014, jika segala kenaikan harga dilakukan. Hal ini berbeza pula dengan suami dan kelurganya. Sorrylah jika ada yang tidak dapat menerima, tapi inilah realitinya. Suami mama generasi kedua Felda. Bagi suami, rasionalisasi subsidi amat bijak dilakukan kerana tidak mahu digelar masyarakat subsidi. Kenaikan harga perlu dilakukan demi 'membantu' kerajaan yang banyak membantu rakyat. Jika dibandingkan dengan Indonesia, Bangladesh, Nepal dll 'kita' jauh lebih baik! Inilah stereotaip mentaliti pemimpin yang dimiliki oleh orang Felda, cuma isi poket suami saja yang langsung tidak stereotaip dengan poket pemimpin! Dalam hati mama, patutlah 'mereka' berani kerana 'penyokong setia' sentiasa ada! Sampai bila orang Felda spesies suami ni nak berasa terhutang budi? Mereka tak tahu bezakan antara tanggungjawab dengan bantuan ke? Tugas memakmurkan ekonomi rakyat adalah tanggungjawab pemimpin yang dipilih. Jadi tanggungjawab mereka untuk menaiktaraf ekonomi peneroka, bagi peneroka pula tidak perlulah berasa terhutang budi sangat. Time Tun Razak bagi tanah dulu pun, jika tanpa kudrat dan keringat, kamu tidak akan berjaya seperti sekarang. Memang elok kita 'berterima kasih' tapi jangan pula 'menggadai' masa depan demi 'tuan' yang berkorban pada kita tuh. Tuan tuh dah kaya raya hasil kesetiaan tak berbelah bagi kita, so apa salahnya kita 'menyedarkan' mereka agar tidak terus-menerus mengaut kekayaan sedangkan kita menelan kesengsaraan? Selamat datang 2014 yang penuh dengan kenaikan!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sudah baca sila komen

6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

adoi

NM03 said...

tepuk dahi...

atuk said...

Assalamualaikum Mama

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :
"Enam kerana enam akan dimasukkan ke neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu :

1. Kerajaan yang zalim
2. Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)
3. Ketua kampung/pemimpin yang sombong.
4. Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.
5. Orang kampung yang kerana kebodohannya.
6. Dan ahli ilmu kerana hasad dengkinya."

Huraiannya adalah seperti berikut : https://www.facebook.com/notes/pertubuhan-ikram-malaysia/jauhi-enam-golongan-yang-akan-di-masukan-ke-dalam-neraka-tanpa-hisab/260004464039876

faraherda.razalan said...

Kita sependapat.Pendapatan stabil, dibebankan dgn pemimpin zalim. Stabil mcm ne pun klu semua naik, tenat tak tenatlah poket kita kan???

Cik Itah@RRP said...

semua naik kan..hmm

Seri Selaseh said...

rakyat sudah memilih. Adakah yg dipilih tu yg terbaik? Tepuk dada tanya selera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012