lazada

nuff

Perfume Body Shop Murah!

Cikgu Iza | May 30, 2014 | 0 Komen |
Senangnya dalam hati, bila berperfume body shop original murah... la la la..





seronok sangat apabila parcel yang dikirim sampai. Bayangkan white musk smokey rose edp 30ml Body Shop cuma rm 55 saja! Mana nak dapat di Malaysia. Nasib baik masih ada kawan di UK dan dapat beli dengan harga murah. Lepas ni nak order lagi, nak raya wangi-wangi....

posted from Bloggeroid

Perang Dunia Ketiga : Realiti Orang Islam

Cikgu Iza | May 29, 2014 | 0 Komen |
Perang Dunia Ketiga bakal berlaku dalam masa terdekat! Obama dan Bush dah duduk semeja membincangkan strategi mereka?



Moral daripada dialog kartun tu ialah, kita sebagai umat Islam tidak pernah peka, tidak pernah prihatin dan anggap remeh apa-apa yang berlaku termasuklah penindasan terhadap umat Islam yang semakin galak berlaku. Namun, kita mudah peka apabila sesuatu berlaku kepada bangsa lain. Seolah2 sesuatu yang berlaku terhadap umat Islam hanya isu remeh, sedangkan isu bangsa lain amat besar impaknya. Sebenarnya, inilah Perang Dunia Ketiga sebenarnya. Sebelum meletusnya perperangan senjata canggih antara kuasa besar dunia, telah lama mereka tiup perang psikologi dalam minda umat Islam. Mereka percaya dan amat yakin, umat Islam sendiri tidak akan membantu umat Islam yang lain, sedangkan sebenarnya mereka bersaudara! Kita sibuk melenting apabila Dyana Sofya menjadi 'boneka' Dap, tapi kita tak sibuk yang selama ni kita bukan sahaja menjadi boneka bangsa asing, malah boneka PATI, kan kita ni hanya 'ali baba',semua kerja mahu yang mudah, akhirnya kita tertindas di bumi sendiri. Di Pelabuhan Klang ni sahaja, kita bergantung hampir 90% dengan doktor India, 95% pekedai runcit banga Acheh, sehinggakan ayam yang kita makan pun disembelih oleh orang Bangla! Mana anak muda Melayu? Sibuk meraikan Hari Belia di Putrajaya, terkinja-kinja, pulang ke rumah merempit, melepak, akhirnya kuasa ekonomi kita pun tergadai pada bangsa asing! Rasa-rasanya 'pemimpin' kita nampak ke? Atau Pelabuhan Klang ni di Gaza atau di Syria kot? Jom semak peta dunia sebelum sambung p China!

posted from Bloggeroid

Artis Mengandung Bergaya Seksa di Carpet Merah

Cikgu Iza | May 29, 2014 | 4 Komen |
'Mereka berjaya menyelesaikan tugasan sebagai pengacara carpet merah walaupun sarat...'
'...terpaksa mendapatkan surat kebenaran doktor kerana usia kandungan hanya tinggal seminggu....'



Alahai.., manjanya! Baru berdiri 1-2 jam pun dah kecoh satu kampung, perlu dapat kebenaran doktor bagai. Ketawa pecah perut kot doktor, malah doktor galakkan lagi banyak berjalan supaya mudah melahirkan. Lagipun tarikh due tu tak semestinya tepat, mungkin lebih lewat drpd yang dijangka. Dalam hati mama, betapa manjanya artis2 nih. Kalau jadi cikgu, tak kisahlah usia kandungan waima sehari lagi nak due pun cikgu masih perlu dan wajib menapak naik tangga ke tingkat 4! Cikgu masih perlu berdiri mengajar sekurang2nya 6 waktu atau 240 minit sehari. Cikgu masih perlu menjerit macam nak terkeluar baby, mengajar anak murid. Tak pernah pun guru mendapatkan surat kebenaran doktor! Malah, memang kami lagi 'aktif' bergerak agar mudah melahirkan. Cuma guru2 sekarang diberi sedikit keistimewaan untuk mendapatkan cuti sebelum bersalin, tapi rata-rata tidak diambil kerana 'sayang' dengan jumlah 300 hari yang diperuntukkan. Takut nanti tak boleh anak ramai ooiiiii... Itulah bezanya 'kekuatan' guru yang tidak dimiliki oleh 'orang' lain. Tapi mak2 kita dulu, perut memboyot pun masih menimba air telaga kan.. mereka ada 'kuasa' lain atau mereka memang 'berkuasa'...?

posted from Bloggeroid

Sanggupkah kita Menolak Babi?

Cikgu Iza | May 27, 2014 | 3 Komen |
Bila baca produk lain yang dikeluarkan oleh syarikat yang sama, hampir 90% produk tu menjadi santapan harian kita. Masuk je shopping complex kita akan jumpa produk ni..



Sanggupkah kita menolak babi? Dengar cadbury mengandungi dna babi, tak hairan jika semua produk lain yang dikilangkan oleh syarikat yang sama turut mengandungi dna babi juga. Jadi, tepuk dada tanya selera, mari kita berubah kpd produk iks seperti kerepek pisang, kerepek ubi, maruku dll. Tapi persoalannya, masuk shopping complex jumpa ke kita dengan produk iks tu? Kata nak membantu iks, tapi usaha tersebut seperti indah khabar dari rupa je. Produk iks muslim bumiputera terus terpinggir di bumi kita sendiri. Rasa-rasanya kenapa ye?

posted from Bloggeroid

SPM 2014 : Bengkel Soalan Ramalan Bahasa Melayu SPM 2014 di MSU

Cikgu Iza | May 24, 2014 | 1 Komen |
Soalan Ramalan..suatu amalan syirik tapi cikgu-cikgu boleh memberikan soalan agakan kepada murid-murid..suatu ilmu baru daripada Cikgu Mohd Nor, Munsyi Bahasa, GC dan deretan pengalaman sepanjang 41 tahun melayari bahtera sebagai guru!


Semasa di atas...


Semasa di bawah

Oleh sebab sambutan menggalakkan iaitu 1500 peserta dalam Bengkel Bahasa Melayu anjuran MSU dengan PPD Klang, maka mama terpaksa mengikuti ceramah dari tingkat atas, apabila para peserta beransur pulang baru mama berpeluang duduk lebih dekat. Mereka pulang awal bukan kerana bosanvdengan ceramah, namun anjakan masa yang digunakan oleh penceramah memaksa mereka pulang awal. Apa taknya, dalam surat, bengkel hanya setakat pukul 1 oagi, namun sehingga 1230 bengkel tidak berkesudahan. Pada mama pengisian bengkel siang tadi bolehlah diangap sebagai ceramah dan bukannya bengkel kerana penceramah lebih banyak bertindak sebagai pemberi info sedangkan peserta hanya mendengar sahaja. Alangkah indahnya jika pengisian tadi lebih panjang dan murid2 berpeluang untuk berbengkel bersama penceramah.





Ini antara pengisian yang perlu dikongsi bersama. Soalan agakan yang disarankan oleh penceramah agar guru2 melakukan latihan bersama anak-anak murid di sekolah. In sya allah jika kita lakukan dengan penuh kesabaran disulami dengan kesungguhan dan komitmen tanpa mengenal erti putus asa, usaha kita akan dapat membantu anak didik kita memperoleh A+ dalam SPM 2014. Bak kata penceramah, 'ayah' tak marah jika kamu tidak memperoleh A+ dalam bahasa Inggeris, ayah tak anggap kamu 'murtad' jika gagal memperoleh A+ dalam Pendidikan Islam, namun ayah berang jika kamu gagal mendapatkan A+ untuk bahasa Melayu...itulah harapan ayah dan mama percaya harapan semua guru bahasa pada anak2 muridnya...

posted from Bloggeroid

Panda : Lambang Membodek Alaf Baru?

Cikgu Iza | May 24, 2014 | 0 Komen |
Fu Wa dan Feng Yi lambang membodek alaf baru?



Macam-macam cerita tentang Fu Wa dan Feng Yi menghiasi paparan Fb. Pada pihak yang 'menyokong' panda, mereka berkata panda gergasi tersebut melambangkan persahabatan erat antara Malaysia dengan China, apatah kagi hanya 17 zoo di 12 buah negara yang memiliki panda, jadi Malaysia dianggap bertuah dan sekaligus dapat menarik kehadiran pelancong asing yang bakal 'menabur' duit di Malaysia. Panda ni ibarat 'ibu duit' la bagi mereka. Selain itu, penerimaan panda ni juga untuk 'menjaga hati' China memandangkan China merupakan negara dagangan terbesar Malaysia. Seterusnya untuk 'menutup mata dan mulut' China daripada kes Mh 370 dan kes penculikan warga mereka di Sabah. Jadi pembelian Panda ni dikira 'kos' yang perlu dibayar tanda 'bersalahnya' kita atas kedua2 tragedi. Fuuiiiih betapa kerdilnyacMalaysia kan, dulu2 kena bayar ufti kepada kuasa besar untuk melindungi kedaulatan negara, pada alaf baru ni pula terpaksa 'menerima' panda sebagai lambang 'terima kasih' atas pelaburan dan tanda 'mohon maaf'. Hai Malaysia,.. sampaibila kita nak 'keluar' dari bayang2 kuasa besar ni?









Antara gambar panda yang dikira 'lebih beruntung' daripada rakyat sendiri. Kos arumah dan makanannya sahaja jauh lebih besar daripada pendapatan bulanan dan rumah sebilangan rakyat. Sebagai insan biasa tentu berasa 'jealous' terhadap pasangan panda ni. Malahan, tempoh mengawannya selama 72 jam setahun juga menjadi kerisauan, dan akan dilakukan permanian berhadas jika mereka tidak berjaya mengawan secara natural. Untungnya panda, sedangkan ramai lagi pasangan rakyat yang tidak mempunyai zuriat malah tidak mampu untuk melakukan teknik modern yang tentunya mahal untuk mendapatkan zuriat sendiri...

Yang tak boleh tahan, kenyatan daripada Dr Maza, jangan ada hukum hakam dangkal dan menyerlahkan 'kebodohan' kita hanya kerana untuk membela panda!

Sebagai rakyat yang prihatin, tepuk dada tanyalah akal ye...

posted from Bloggeroid

Dyana Sofya : Besarnya Jasamu Ibu

Cikgu Iza | May 23, 2014 | 4 Komen |
Dulu dia penyokong tegar satu parti politik, dulu keluarganya menyokong penuh satu parti politik, namun demi anak tercinta, ibu sanggup berkorban segala-galanya, dihina, dinista hanya kerana kasihnya pada anak yang dikandungnya 9 bulan 10 hari dan dilahirkan dengan penuh keperitan, hanya itu 'kesalahan' siibu sehingga dia dibenci sebegitu sekali. Pada ibu-ibu, tepuk dada tanya selera, adakah kita sanggup bertindak seperti ibu Dyana?



Pada mama, ibu Dyana sanggup bertindak sedemikian kerana dia tahu betapa peritnya melalui proses bersalin ni. Sesiapa yang melihat gambar pun sudah berasa nyeri, inikan pula ibu yang mengalaminya. Jadi, tak hairanlah jika ibu Dyana sanggup 'melindungi' anaknya. Sanggup 'berlawan' dan bertentangan pendapat dengan Dr Mahathir.. Satu prinsipnya yang mama salute padanya, "saya nak lahirkan mukhriz tapi yang lahir seperti marina". So, siapa kamu, nak kata anak kita salah, anak kita jahat. Adakah yang menyokong parti x dilabel sebagai baik dan yang tidak tu jahat? Baru Dr M dan bapa2 yang tak merasai kesakitan melahirkan tuh boleh melabel macam2 pada anak2 seseorang. Tahniah dan syabas kepada ibu Dyana, semoga mama mampu menjadi sekuat mama Dyana...


posted from Bloggeroid

MH370: Putera Lahir tanpa Ayah di sisi

Cikgu Iza | May 20, 2014 | 7 Komen |
Setiap kali membaca kisah ini di FB, setiap kali itu air mata mama bercucuran membasahi pipi...





Pada mama, setiap insan bergelar ibu pasti akan tersentuh apabila membaca kisah ini. Apa taknya, dalam kita bertarung nyawa melahirkan zuriat tanda ikatan kasih antara suami isteri, pada masa yang sama tiada insan tersayang untuk menguatkan semangat! Bukan tidak sanggup berkorban untuk melahirkan permata hati, namun hati mana yang tidak luluh jika tanpa insan tersayang di sisi.. Semuga kelahiran Muhammad akan menjadi penguat jiwa siibu walaupun melalui detik yang amat sukar. Walaupun pelbagai spekulasi tentang kehilangan MH370, namun selagi bangkai pesawat tidak ditemui, peluang masih ada. Manusia mana yang tidak pernah membuat silap, mungkin kesilapan manusia mengandaikan MH370 telah tamat di Lautan Hindi, namun sebenarnya hanya 'disembunyikan' sahaja! Mana tahu kan, kuasa Tuhan menentukan segala2nya. Semoga harapan manis Muhammad bertemu siayah akan menjadi bualan hangat..menghangatkan kembali kisah kehilangan MH370 yang semakin dilupakan...

posted from Bloggeroid

Selamat Hari Guru : Mustard Cadbury Cun

Cikgu Iza | May 19, 2014 | 5 Komen |
Mustard Cadbury aka Safi Rania cunn... rasa nak jilat jer....

ikrarku....

Kami Guru Malaysia...

Kambing golek... nyum nyum nyum...

Uli-uli manjer...

cat walk..

catwalk 2

G8 menyanyi...

Tema kami pada tahun ini ialah mustard purple cadbury aka safi rania... Punya le susah nak mencari baju plus tudung yang bertepatan dengan tema, namun akhirnya hampir keseluruhan cikgu mencuba sedaya upaya untuk memenuhi tema yang ditetapkan. Walaupun ada yang purple ke arah biru dan mustrad ke arah kuning, yang penting semuanya pakai baju! Tahun ni, pengisian Sambutan Hari Guru dikendalikan sepenuhnya oleh Kelab Khalish, nampak berbeza le berbanding jika dikendalikan oleh para pengawas. Namun, pasangan MC tetap dipilih dalam kalangan pengawas. Hari ini cikgu2 nak 'menyimpan' suara mereka yang merdu kot... Pada tahun ni, tiada pertandingan berbentuk sukan, namun diubah dengan pertandingan yang menguji kreativiti para guru berpasangan dengan anak murid seperti uli2 manje, catwalk, sandwic dan menyusun buah-buahan. Nampak kurang menggunakan tenaga, namun guru2 lebih berpeluh memandangkan aktiviti yang memerlukan kreativiti lebih mencabar berbanding hanya menggunakan tenaga. Sambutan diakhiri dengan pengumuman Queen and King of the Day yang digondol oleh Ustaz dan Cikgu Zu.. Tahniah. Sorry gambar Queen dan King tiada kerana bateri Sidang Redaksi Inersia kong... Apa-apa pun, tahniah dan Ucapan Selamat Hari Guru kepada mama dan semua guru di Malaysia. Hanya kita yang faham akan diri dan tugas kita....

Aplikasi Post Entri dari Tab : klik Playstore

Cikgu Iza | May 18, 2014 | 2 Komen |
Senang je..... semudah klik 1,2, dan3 dannnnn boleh dilakukan sambil berbaring atau aksi kuak yang anda minati!



Mungkin selama ini ada yang update blog dari hp atau tab guna cara sama apabila menggunakan laptop iaitu tekan dashbord blogspot dan post entri. Cuba bayangkan jika jari jemari kita ala-ala mini kontena, susah kan?
Dulu mama guna aplikasi bloggerdroid, yg warna hijau tuh, tapi sejak la ni benda alah tu bengong sikit, tak boleh nak post entri wp dia tulis succesful! So, mama gunakan pula 'cik abang' warna oren bloggeroid tu pula... Alhamdulillah, boleh dan lepas ni x le bersawang lagi blog mama.
Pada sesiapa yang belum download aplikasi ni, lekas2 download dari google playstore dan jom kita post entri selalu2...

posted from Bloggeroid

Bahaya Panadol

Cikgu Iza | May 18, 2014 | 3 Komen |
Baru terbaca di fb, rasanya patut dikongsi bersama.,,



Sebenarnya, panadol pun ada side efect yang menakutkan ya. Sebelum2 ni, pening sikit je, cari panadol... rupa2nya kesannya sampai 5 tahun baru hilang! Bayangkan kalu berpapan2 panadol kita telan, macam mana le buah pinggang nak menapis semua hampas tuh! Lepas baca artikel tu, lepas ni nak cuba bertahan, ikut alternatif yang dicadangkan, antaranya rendam kaki ngan air suam dan minum air isotonik n air mineral dlm kadar 1:1 ... Semoga bermanfaat dan menjadi amalan, sayangi diri kita kann.,,

Pertama Kali menjadi Jenazah....

Cikgu Iza | May 14, 2014 | 7 Komen |
Fuuuiiihhhh peluh sejuk juga apabila membaca kisah ini. Rugi rasanya jika tidak dibaca sehingga selesaia. Semoga menjadi pengajaran dan pedoman buat kita semua.

'perfume' terakhir...
 Pakaian terakhir...

bila sudah tidak berdaya...

Selimut terakhir...

Pakaian terakhir hampir siap...

Proses menyolek yang terakhir...

Apabila melihat amali pengurusan jenazah ini, timbul rasa seribu keinsafan dalam diri. Semoga kita mampu bersiap sebelum proses solekan terakhir itu nanti. Agaknya, comel tak kita di sisi-Nya?



Soalan Percubaan UPSR 2014 : Hots

Cikgu Iza | May 07, 2014 | 5 Komen |
Jom cubw jawab, mana tahu bole bantu anak2 kita dalam examnya...

Soalan Percubaan UPSR
SUBJEK : BAHASA JAWA KERTAS 1
Kod subjek : 7001/3

1. Aku orak........ lung-ngo kondangan,awak ku orak penak ,njalok ngapuro ney (Aku tidak.........pergi ke kenduri kahwin , badanku tidak sedap, minta maaf )
A) Mering-ngis 
B) Sendulur 
C) Sidho 
D) Siluman 
E) Mumpong 

2. Melaku-melaku............... batu , deleng nger kui dhelok mambang wae(Jalan-jalan...........batu , leka tu melihat buah hati saja )
A) Kesikut 
B) Meringis 
C) Kesandong 
D) Mereng-ngut 
E) Tibo 

3. Sak urung nge turu arek...sikel , men resik nang kasor (Sebelum tidur hendaklah......kaki , biar bersih di katil )
A) Medang 
B) Mangan 
C) Wisoh 
D) Senen-ni 
E) Ngu-yu

4. Angger ngeleh ........... nge muni , geles madang 
(Jikalau lapar.............nya bunyi , lekaslah makan )
A) Wetan 
B) Wedang 
C) Wereg 
D) Weteng 
E) Walah-walah 

5. Weroh batir lawas di celok key , seng apik nek ............ 
(Nampak sahabat lama di panggil . yang baik kalau.............. )
A) Undang 
B) Njerit 
C) Semaor 
D) Alon Omong nge 
E) Meringis

6. ........................ngerasak-key bocah kui , wes di kandani wira wiri 
(..........................Merasakan budak itu, sudah di nasihat berkali-kali )
A) Ayem banget 
B) Ujak-key 
C) Teles 
D) Bung-ngah 
E) Pegel 

7. .................. Adhan , semaor nag jero ati 
(..........................Azan , jawab di dalam hati )
A) Risik 
B) Mangan 
C) Adhos 
D) Kerung-ngu

8. Ojo ................ angger wes sogeh, sogeh kui gor sediluk , (jangan................jikalau sudah mewah/ kaya , mewah itu hanya sekejap) 
A) Merawat 
B) Mentayan 
C) Mumpung 
D) Mentolo 
E) Mitoni

9. Aku weroh bibik ku ........... nang ondo wing-ngi ,tak rewang-ngi tang-ngi , melas sey 
(Aku melihat makcik ku.................di tangga semalam , ku bantu dia bangun, kasihannya) 
A) Turu 
B) Tibo 
C) Teles 
D) Tang-ngi 
E) Telek 

10. Kodok kui ...................seko duwor tekan ngisor , kaget menowo , men ujak key waei , 
(Katak itu..............dari atas ke bawah, terkejut agaknya , biarkan sahaja (katak itu) )
A) Melaku
B) Mencolot 
C) Modhar 
D) Molor 
E) Mencopot 

11. Abot kui Njalok ............ngowo, wes tuo melas, ojo ndelok key waei. 
(Berat tu.................bawa , sudah tua kasihan, usah di tengokkan sahaja)
A) Rewang 
B) Di Rewang-ngi 
C) Ujak 
D) Ujak-Key 
E) Orak weroh 

12. .......................sego seng akeh, iki dihino mantu ney teko ngowo putu ney kabeh 
(...................nasi yang banyak ,hari ni menantunya datang bawa semua cucunya)
A) Ngodok 
B) Ngelewet 
C) Ayem-ayem 
D) Ngolek 
E) Wisoh 

13. Ngakon...................orak gelem ,awak ei mambu kui , peliket seko kebon mau 
(Disuruh....................tidak mahu , badannya berbau tu , lekit dari kebun tadi)
A) Arip 
B) Turu 
C) Alom 
D) Adhos 
E) Ngomomg

14. ...................pak ngerti wong kui apik ? seko sandangan ney ke ? omongan-ney ?
( ...............nak tahu orang itu baik ? dari pemakaiannya ke ? pertuturannya ?)
A) Kapan 
B) Angger 
C) Kepre ei 
D) Owalah 
E) Ojo 

15. Kabare ? Aku Alhamdulillah.............iso dholan-dholan iki 
(Apa khabar ? Aku Alhamdulillah............boleh jalan-jalan ni)
A) Wedhang 
B)Meriyang
C)Waras 
D)Ambrok 
E) Modhar 

16. ...........ku mumet , mau isuk orak mangan , kerain-nan mau isuk 
(...............ku pening , tadi pagi tidak makan , terlewat bangun pagi tadi)
A) Entek 
B) Sikel 
C) Raei 
D) Endas 
E) Gulu 

17. Njalok...................angger abot , ojo di gawe dewe, mengko sakit kabeh awak ei 
(Minta.........................jikalau berat , usah di buat sendiri , nanti sakit semua badannya)
A) Idhu 
B) Ndelok-key
Ct) Santet 
D) Rewang-ngi 
E) Semprot
 
Kertas soalan tamat
Sorry....,

S

Sesi Fotografi Majalah Sekolah 2014

Cikgu Iza | May 06, 2014 | 5 Komen |
Nak cerita banyak? Biarlah gambar yang menggambarkan semua...

syarikat pencetak 2014 majalah sekolah

Kita tunggulah hasilnya nanti, apabila semua gambar yang diambil siap diproses oleh Canpho studio ni. Tak banyak maklumat nak dikorek dalam blog syarikat ni, seolah-olah blognya tidak begitu aktif. Syarikat ni pun terpilih atas kesungguhan wakilnya yang datang berjumpa Pengetua tempoh hari. Seolah-olah beliau ada ketrampilan yang baik le untuk mengendalikan urusan percetakan majalah sekolah... Facebook syarikat ini juga boleh kita layari untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tujuan mama bukan mahu mempromosikan syarikat ini tapi mahukan pendapat rakan2 yang ada pengalaman dengan syarikat ini. Almaklum, tahun ini baru berubah angin, nak cuba syarikat baru. Sebenarnya pemilihan syarikat ni pun bukan atas dasar persetujuan semua pihak, 2nd boss mahukan syarikat lama tapi boss besar kata cuba syarikat baru. Mama memang mahukan syarikat baru kerana reputasi syarikat lama memang le menyakitkan hati. Tapi... dah hampir nak masuk 2 minggu mama hantar e-mel bahan, mohon dihantar contoh layout majalah, namun? Entahle, berprasangka baik la ye, mungkin mereka sibuk me'reka' layout tercanggih dan tercun buat majalah sekolah kami, in sya allah...

siapa ada pengalaman atau syarikat yang boleh dicadangkan???

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com