Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Artis Mengandung Bergaya Seksa di Carpet Merah

'Mereka berjaya menyelesaikan tugasan sebagai pengacara carpet merah walaupun sarat...'
'...terpaksa mendapatkan surat kebenaran doktor kerana usia kandungan hanya tinggal seminggu....'



Alahai.., manjanya! Baru berdiri 1-2 jam pun dah kecoh satu kampung, perlu dapat kebenaran doktor bagai. Ketawa pecah perut kot doktor, malah doktor galakkan lagi banyak berjalan supaya mudah melahirkan. Lagipun tarikh due tu tak semestinya tepat, mungkin lebih lewat drpd yang dijangka. Dalam hati mama, betapa manjanya artis2 nih. Kalau jadi cikgu, tak kisahlah usia kandungan waima sehari lagi nak due pun cikgu masih perlu dan wajib menapak naik tangga ke tingkat 4! Cikgu masih perlu berdiri mengajar sekurang2nya 6 waktu atau 240 minit sehari. Cikgu masih perlu menjerit macam nak terkeluar baby, mengajar anak murid. Tak pernah pun guru mendapatkan surat kebenaran doktor! Malah, memang kami lagi 'aktif' bergerak agar mudah melahirkan. Cuma guru2 sekarang diberi sedikit keistimewaan untuk mendapatkan cuti sebelum bersalin, tapi rata-rata tidak diambil kerana 'sayang' dengan jumlah 300 hari yang diperuntukkan. Takut nanti tak boleh anak ramai ooiiiii... Itulah bezanya 'kekuatan' guru yang tidak dimiliki oleh 'orang' lain. Tapi mak2 kita dulu, perut memboyot pun masih menimba air telaga kan.. mereka ada 'kuasa' lain atau mereka memang 'berkuasa'...?

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

4 comments:

lovelywa said...

ngade sgt kan nak surat2 dokte bagai..koser dgr heh!! hehe

Kakzakie said...

Alahai manja gitu.
Kita ni drive pergi-balik kerja lagi sampai due kan.. Siap boleh menapak naik tangga utk ke pejabat.

lia said...

sungguh.... dekat nak due, lg ligat berjalan nak mudahkan bersalin... sanggup turun naik tangga lagi, mop laintai bagai... hurmmmm kelakor ;p

mama ila said...

hehehe..biasa lerteww..retis kann...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012