Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

MH370: Putera Lahir tanpa Ayah di sisi

Setiap kali membaca kisah ini di FB, setiap kali itu air mata mama bercucuran membasahi pipi...





Pada mama, setiap insan bergelar ibu pasti akan tersentuh apabila membaca kisah ini. Apa taknya, dalam kita bertarung nyawa melahirkan zuriat tanda ikatan kasih antara suami isteri, pada masa yang sama tiada insan tersayang untuk menguatkan semangat! Bukan tidak sanggup berkorban untuk melahirkan permata hati, namun hati mana yang tidak luluh jika tanpa insan tersayang di sisi.. Semuga kelahiran Muhammad akan menjadi penguat jiwa siibu walaupun melalui detik yang amat sukar. Walaupun pelbagai spekulasi tentang kehilangan MH370, namun selagi bangkai pesawat tidak ditemui, peluang masih ada. Manusia mana yang tidak pernah membuat silap, mungkin kesilapan manusia mengandaikan MH370 telah tamat di Lautan Hindi, namun sebenarnya hanya 'disembunyikan' sahaja! Mana tahu kan, kuasa Tuhan menentukan segala2nya. Semoga harapan manis Muhammad bertemu siayah akan menjadi bualan hangat..menghangatkan kembali kisah kehilangan MH370 yang semakin dilupakan...

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

7 comments:

Fazil Hamid said...

sebak....doakan yang terbaik untuk beliau sekeluarga..

Nurulhuda Abdul Latip said...

Saya harap satu hari nanti ayahnya akan kembali..Saya juga percaya mereka semua masih hidup..Semoga wife ini kuat demi anak-anaknya..

lia said...

x pernah x bergenang air mata bler baca tulisan isteri & ibu yg tabah ni...

ma ❥ said...

:( semoga Allah lindungi mereka yang terlibat...

Cik Itah@RRP said...

salam. hmm kesiann

Sue-Rya Qistina said...

sebak..simpati..hampir menitis airmata ini..
jika benarlah MH370 berakhir di lautan hindi, di manakah bangkainya..tidak mustahil ianya disembunyikan di diego garcia yg digembar gemburkan sebelum ini.
semoga segalanya menemui jawapan...

Irfa said...

serius sebak :(
moga dia tabah mmbesarkan anak tanpa suami, masih mendoakan keajaiban utk mh370

#setiap kali nampak crew bertugas, berjalan ke kapal.. mmg hati rasa sayu teringat mereka dlm mh370

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012