Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Panda : Lambang Membodek Alaf Baru?

Fu Wa dan Feng Yi lambang membodek alaf baru?



Macam-macam cerita tentang Fu Wa dan Feng Yi menghiasi paparan Fb. Pada pihak yang 'menyokong' panda, mereka berkata panda gergasi tersebut melambangkan persahabatan erat antara Malaysia dengan China, apatah kagi hanya 17 zoo di 12 buah negara yang memiliki panda, jadi Malaysia dianggap bertuah dan sekaligus dapat menarik kehadiran pelancong asing yang bakal 'menabur' duit di Malaysia. Panda ni ibarat 'ibu duit' la bagi mereka. Selain itu, penerimaan panda ni juga untuk 'menjaga hati' China memandangkan China merupakan negara dagangan terbesar Malaysia. Seterusnya untuk 'menutup mata dan mulut' China daripada kes Mh 370 dan kes penculikan warga mereka di Sabah. Jadi pembelian Panda ni dikira 'kos' yang perlu dibayar tanda 'bersalahnya' kita atas kedua2 tragedi. Fuuiiiih betapa kerdilnyacMalaysia kan, dulu2 kena bayar ufti kepada kuasa besar untuk melindungi kedaulatan negara, pada alaf baru ni pula terpaksa 'menerima' panda sebagai lambang 'terima kasih' atas pelaburan dan tanda 'mohon maaf'. Hai Malaysia,.. sampaibila kita nak 'keluar' dari bayang2 kuasa besar ni?









Antara gambar panda yang dikira 'lebih beruntung' daripada rakyat sendiri. Kos arumah dan makanannya sahaja jauh lebih besar daripada pendapatan bulanan dan rumah sebilangan rakyat. Sebagai insan biasa tentu berasa 'jealous' terhadap pasangan panda ni. Malahan, tempoh mengawannya selama 72 jam setahun juga menjadi kerisauan, dan akan dilakukan permanian berhadas jika mereka tidak berjaya mengawan secara natural. Untungnya panda, sedangkan ramai lagi pasangan rakyat yang tidak mempunyai zuriat malah tidak mampu untuk melakukan teknik modern yang tentunya mahal untuk mendapatkan zuriat sendiri...

Yang tak boleh tahan, kenyatan daripada Dr Maza, jangan ada hukum hakam dangkal dan menyerlahkan 'kebodohan' kita hanya kerana untuk membela panda!

Sebagai rakyat yang prihatin, tepuk dada tanyalah akal ye...

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012