Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Perang Dunia Ketiga : Realiti Orang Islam

Perang Dunia Ketiga bakal berlaku dalam masa terdekat! Obama dan Bush dah duduk semeja membincangkan strategi mereka?



Moral daripada dialog kartun tu ialah, kita sebagai umat Islam tidak pernah peka, tidak pernah prihatin dan anggap remeh apa-apa yang berlaku termasuklah penindasan terhadap umat Islam yang semakin galak berlaku. Namun, kita mudah peka apabila sesuatu berlaku kepada bangsa lain. Seolah2 sesuatu yang berlaku terhadap umat Islam hanya isu remeh, sedangkan isu bangsa lain amat besar impaknya. Sebenarnya, inilah Perang Dunia Ketiga sebenarnya. Sebelum meletusnya perperangan senjata canggih antara kuasa besar dunia, telah lama mereka tiup perang psikologi dalam minda umat Islam. Mereka percaya dan amat yakin, umat Islam sendiri tidak akan membantu umat Islam yang lain, sedangkan sebenarnya mereka bersaudara! Kita sibuk melenting apabila Dyana Sofya menjadi 'boneka' Dap, tapi kita tak sibuk yang selama ni kita bukan sahaja menjadi boneka bangsa asing, malah boneka PATI, kan kita ni hanya 'ali baba',semua kerja mahu yang mudah, akhirnya kita tertindas di bumi sendiri. Di Pelabuhan Klang ni sahaja, kita bergantung hampir 90% dengan doktor India, 95% pekedai runcit banga Acheh, sehinggakan ayam yang kita makan pun disembelih oleh orang Bangla! Mana anak muda Melayu? Sibuk meraikan Hari Belia di Putrajaya, terkinja-kinja, pulang ke rumah merempit, melepak, akhirnya kuasa ekonomi kita pun tergadai pada bangsa asing! Rasa-rasanya 'pemimpin' kita nampak ke? Atau Pelabuhan Klang ni di Gaza atau di Syria kot? Jom semak peta dunia sebelum sambung p China!

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012