Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Selamat Hari Guru : Mustard Cadbury Cun

Mustard Cadbury aka Safi Rania cunn... rasa nak jilat jer....

ikrarku....

Kami Guru Malaysia...

Kambing golek... nyum nyum nyum...

Uli-uli manjer...

cat walk..

catwalk 2

G8 menyanyi...

Tema kami pada tahun ini ialah mustard purple cadbury aka safi rania... Punya le susah nak mencari baju plus tudung yang bertepatan dengan tema, namun akhirnya hampir keseluruhan cikgu mencuba sedaya upaya untuk memenuhi tema yang ditetapkan. Walaupun ada yang purple ke arah biru dan mustrad ke arah kuning, yang penting semuanya pakai baju! Tahun ni, pengisian Sambutan Hari Guru dikendalikan sepenuhnya oleh Kelab Khalish, nampak berbeza le berbanding jika dikendalikan oleh para pengawas. Namun, pasangan MC tetap dipilih dalam kalangan pengawas. Hari ini cikgu2 nak 'menyimpan' suara mereka yang merdu kot... Pada tahun ni, tiada pertandingan berbentuk sukan, namun diubah dengan pertandingan yang menguji kreativiti para guru berpasangan dengan anak murid seperti uli2 manje, catwalk, sandwic dan menyusun buah-buahan. Nampak kurang menggunakan tenaga, namun guru2 lebih berpeluh memandangkan aktiviti yang memerlukan kreativiti lebih mencabar berbanding hanya menggunakan tenaga. Sambutan diakhiri dengan pengumuman Queen and King of the Day yang digondol oleh Ustaz dan Cikgu Zu.. Tahniah. Sorry gambar Queen dan King tiada kerana bateri Sidang Redaksi Inersia kong... Apa-apa pun, tahniah dan Ucapan Selamat Hari Guru kepada mama dan semua guru di Malaysia. Hanya kita yang faham akan diri dan tugas kita....


Sudah baca sila komen

5 comments:

lia said...

wallaaaa aada kambing golek tu...

Kakizan Omar said...

slamat hari guru.. :D

mama darwisy said...

Selamat hari guru akak :)

http://ourlovebonding.blogspot.com/

Anonymous said...

We are a group of volunteers and opening a new scheme in our community.
Your site offered us with valuable info to work on. You
have done a formidable job and our whole community will
be grateful to you.

My web blog :: natural body cleanse detox

Anonymous said...

I blog quite often and I truly appreciate your information. This article has truly peaked my interest.

I'm going to take a note of your website and keep checking for new
information about once a week. I subscribed to your Feed as well.


Visit my web page - fast weight loss diet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012