Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

SPM 2014 : Bengkel Soalan Ramalan Bahasa Melayu SPM 2014 di MSU

Soalan Ramalan..suatu amalan syirik tapi cikgu-cikgu boleh memberikan soalan agakan kepada murid-murid..suatu ilmu baru daripada Cikgu Mohd Nor, Munsyi Bahasa, GC dan deretan pengalaman sepanjang 41 tahun melayari bahtera sebagai guru!


Semasa di atas...


Semasa di bawah

Oleh sebab sambutan menggalakkan iaitu 1500 peserta dalam Bengkel Bahasa Melayu anjuran MSU dengan PPD Klang, maka mama terpaksa mengikuti ceramah dari tingkat atas, apabila para peserta beransur pulang baru mama berpeluang duduk lebih dekat. Mereka pulang awal bukan kerana bosanvdengan ceramah, namun anjakan masa yang digunakan oleh penceramah memaksa mereka pulang awal. Apa taknya, dalam surat, bengkel hanya setakat pukul 1 oagi, namun sehingga 1230 bengkel tidak berkesudahan. Pada mama pengisian bengkel siang tadi bolehlah diangap sebagai ceramah dan bukannya bengkel kerana penceramah lebih banyak bertindak sebagai pemberi info sedangkan peserta hanya mendengar sahaja. Alangkah indahnya jika pengisian tadi lebih panjang dan murid2 berpeluang untuk berbengkel bersama penceramah.





Ini antara pengisian yang perlu dikongsi bersama. Soalan agakan yang disarankan oleh penceramah agar guru2 melakukan latihan bersama anak-anak murid di sekolah. In sya allah jika kita lakukan dengan penuh kesabaran disulami dengan kesungguhan dan komitmen tanpa mengenal erti putus asa, usaha kita akan dapat membantu anak didik kita memperoleh A+ dalam SPM 2014. Bak kata penceramah, 'ayah' tak marah jika kamu tidak memperoleh A+ dalam bahasa Inggeris, ayah tak anggap kamu 'murtad' jika gagal memperoleh A+ dalam Pendidikan Islam, namun ayah berang jika kamu gagal mendapatkan A+ untuk bahasa Melayu...itulah harapan ayah dan mama percaya harapan semua guru bahasa pada anak2 muridnya...

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

1 comment:

Kakizan Omar said...

teringat zaman2 amik SPM dolu2.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012