Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Lenovo A529 :Milik Dia..

Mama.., Note tertinggal dalam kereta!
Haaa!..Abah dah 2 jam pi balik Klang dan 14 Jun nanti baru balik!
Mama, nak main game..,
Mama, nak tengok youtube..
Mama...







Akhirnya, oleh sebab malas nak mendengar rengekan anak2 dan tak mahu tab mama jadi bahan mainan, almaklum.. tab tu le mama guna untuk urusan kerja, eg masuk markah saps, jadi mama rela dalam paksa merembat sebuah lenovo di Carrefour siang tadi. Maka, malam ni, sah le A529 jadi bahan rebutan mereka bertiga. Sebelum tidur ni pun masih mendengar tangisan mereka dek berebut... So, mama yang 'baik hati' ni terpaksa le merelakan pula tab dijadikan tempat sibongsu menonton upin ipin dan lenovo menjadi tempat sikakak dan siabang men'download' game. Cara ni saja boleh mama 'lari' daripada mereka dan menghadap kertas periksa.. Apa taknya, tensyen ni memandangkan tarikh akhir key in markah dalam saps ialah 8 jun! Cuma tinggal 7 hari je lagi sedangkan paper kertas 2 ada yang beloom sentuh pun plastiknya lagi! So, pada suara2 sinis yang menganggap guru 'bertuah' kerana cuti lama, tolong tarik balik yer... Memang kami bercuti kerana murid bercuti tetapi kerja sekolah tak pernah 'cuti'. Malah, jika hari sekolah, tugas menanda lebih cepat dapat disiapkan berbanding time cuti kerana 24 jam menjadi ibu di samping perlu menanda juga! Ada ke patut, markah saps perlu diisi pada pertengahan cuti! Macam tak ikhlas je memberikan cuti pada guru, kan? Dah le naik cuti, para pentaksir ULBS macam tak der masa terus nak menyerbu sekolah, alasannya tak mahu bertembung dengan puasa! Habis, yang korang amik jadi pentaksir buat per? Ingat puasa x boleh bekerja ke? Yang jadi pentaksir ni biasanya paling koman pun GKMP. Waktu pdp cuma 18 waktu dan bukan jadi su apa2, pokok pangkal bukan 'kuli ' le... Jadi, apa mereka faham tentang beban guru biasa nih..,, Entahle, mampu ke dak mama buat sumer kerja ni? Fail semua tak siap lagiiiiii.....
Ooppps sibuk membebel, google harga a529 ialah rm290! Haaa, mama bli rm310 ooiii, tapi dpt free memory card 8gb.., berbaloi ke tertipu?

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

1 comment:

lia said...

mencabar sungguh jd cikgu ni... InsyaAllah berlipat kali ganda pahala tu ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012