Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Persaraan Big Boss : Berselfie meriah

Tanggal 27 Jun 2014 menandakan detik terakhir buat insan bernama pengetua ke-4 sepanjang 10 thn usia sekolah mama. Maknanya, pengetua yang berkhidmat di sekolah ni, x da yg lama..majoriti hanya 2-3 tahun sahaja!








Cuba bayangkan kalau setiap 2 tahun sekali kami terpaksa mengadakan majlis yg begitu meriah seperti ini? Rehearsal saja makan seminggu tiada pdp, belum lagi perancangan awal, rasanya 3 bulan kami terpaksa balik lambat untuk meeting! Sebab tu mama rasa tugas hakiki guru tidak terlaksana sepenuhnya. Seolah2 pengetua ni berlumba2 untuk diraikan.. mahukan majlis mereka paling gah! Entahlah, yang jadi mangsanya tentulah guru dan anak murid. Dengar kata bakal pengganti big boss kami juga bakal bersara pada 2016! Entah apa nasib kami... Bukan soal penat yang kami perbesarkan, namun perancangan dan visi pengetua tidak mungkin tercapai hanya jika perkhidmatannya tinggal setahun dua. Perkhidmatan diakhir usia juga bisanya tidak seaktif ketika mula2 terjun ke alam pendidikan. Harap2 ada pihak yg mendengar rintihan kami, jangan jadikan kami pusat penerimaan boss yang bakal memamatkan karier.

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012