Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Subsidi Petrol Ron 95 dihapuskan 1 September?

Haaa? Malangnya kita yang bergaji melebihi rm5000 dan menggunakan kenderaan 2000cc ke atas..



Betulke pernyataan dalam keratan akbar ni? Jika betul, kasihanlah pada kami wahai pak menteri yang budiman! Gaji di slip gaji, termasuk elaun mama memang melebihi rm5000 tetapi gaji bersih setelah ditolak pinjaman rumah, pinjaman kereta dan semuanya, hanya tinggal berapa? Selama ini pun, kami 'mengikat perut' dan berjimat membeli minyak yang semakin naik harga, inikan pula apabila minyak tidak lagi bersubsidi! Gaji rm5000 pada tahun 2014 dengan kehidupan di bandar dan anak2 kecil bukanlah tanda aras kemewahan hidup. Setiap bulan kami hanya tersenyum beberapa minit sewaktu melihat gaji dah masuk tetapi terkedu semula melihat baki setelah semua hutang dibayar! Harap2 kerana marahkan nyamuk, janganlah habis kelambu dibakar. Hanya kerana marahkan minyak bersubsidi yang 'terlepas' keluar ke negara jiran menyebabkan semua rakyat tidak lagi menikmati subsidi minyak. Cuba fikir sejenak, situasi ni x berlaku di selatan tanahair, tetapi galak berlaku di sempadan negara dengan selatan Thailand? Memang tidak dinafikan le sempadan negara begitu luas, namun tanggungjawab kerajaan yang dipilih le untuk mengatasinya. Masalah ni bukan baru tahun ni berlaku, malah semenjak dulu2 lagi. Kenapa sudah terhantuk baru nak tengadah, hutang dah berbillion baru 'perasan' hasil mahsul negara 'dicuri' di depan mata? Berapa banyak dah kekayaan yang dikaut yang dipejamkan je mata? Harap2 kerajaan yang dipilih bersikap lebih mesra rakyat, prihatin terhadap kami yang ramai tetapi 'tangkap' segelintir individu yang 'berjaya' membawa keluar minyak kita. Lepas ni tingkatkan lagi pengawasan di sempadan negara, bukannya tingkatkan kos yang perlu ditanggung oleh rakyat...

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

7 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Aduh... makin terseksa lah rakyat.. kata rakyat didahulukan.. memang betul pun eza.. mana cukup RM5k tu dgn perbelanjaan yg tinggi dibandar ni..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Aduh... makin terseksa lah rakyat.. kata rakyat didahulukan.. memang betul pun eza.. mana cukup RM5k tu dgn perbelanjaan yg tinggi dibandar ni..

Khai♥Rin : anies said...

terduduk sy!!

lia said...

speechless... Allah...

ary_lee said...

yang gaji 5k pun dah mengeluh, inikan pula gaji 2k macam ary ni.

Bukan nak sokong kerajaan.

But then, cer tengok orang yang lagi susah dari diri kita. Tidak bersyukurkah kita dgn apa yang kita ada? *Tetiba. HahahaXD

ary_lee said...

Takpe. Lama lagi ni dia punya application.
Sempat beli bas dan buat perkhidmatan awam :-P
*Ok. Gurau., Jangan marah hah..

Cik Itah@RRP said...

salam. hmm..malas nak komen p.s tak tau nak cakap apa ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012