Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Ahlan Wa Sahlan Pengetua Baru 2014

Cikgu Iza | July 16, 2014 | 5 Komen |
Dia kata, sudah 4 tahun menjadi pengetua. Biarlah.. dalam hatiku. Haa.. 4 tahun jadi pengetua dan ini sekolah keempat? Kesian dia.. Tapi dia mahu bersara di sekolah ini! Bermakna 2016 akan ada satu lagi majlis persaraan pengetua yang hebat macam nak menyambut menantu. Bermakna 2016, sekali lagi kami bersengkang mata membanting tulang memeriahkan majlis persaraan boss. Beruntung atau bencana? 

bersabar menanti

Menanti lagi

sejambak bunga tanda mengalu-alukan kedatangan

bersalaman

bersalaman lagi

mesra

berkenalan

berkenalan lagi

Penanda hormat

dia disambut penuh mesra

Inilah tempat duduk kami... 

Tugas pertama - menyampaikan hadiah kelas terceria menengah atas.. yang pasti kelasku!

Kelas terceria menengah rendah

Bersama PK Pentadbiran melawat sekolah

Kadang-kadang tertanya-tanya juga, apakah motif KPM menukar-nukarkan pengetua saban tahun. Sebarang misi dan visi pengetua yang sering bertukar-tukar sekolah memang pasti tidak mungkin direalisasikan. Bukan sahaja kesian terhadap pengetua, tapi yang lebih utama, kasihanilah kami guru-guru dan anak murid yang pening dengan karenah birokrasi pihak atasan. Apalah salahnya jika pengetua di'biarkan' merencanakan visi dan misinya tanpa di'ganggu' oleh mana-mana pihak. Yang peliknya, guru-guru yang memohon pindah untuk mengikut suami dipandang sepi, tapi sibuk pula 'mereka' menukarkan guru yang sudah 'selesa' dengan persekitaran sekolahnya. Secara logiknya, patutkah pengetua yang bakal bersara lagi 2 tahun ditukarkan ke sekolah baru? Entah apa hasrat mereka... kasihanilah kami, bukan merintih hanyalah bertanya...

5 comments:

  1. wah dah dapat pengetua baru...

    ReplyDelete
  2. salam. harapla pengetua baru ok hehehe

    ReplyDelete
  3. slmt datang pengetua baru...hope dia ok ok je...kannn hehehehe

    ReplyDelete
  4. salam. singgah sini sebelum bercuti raya esok hehe

    salam jumaat & selamat hari raya serta salam kosong kosong hee ^_^

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com