Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

AidilFitri di Sungai Pahang






Keistimewaannya? Tentulah patin sangkar khas dari Sungai Pahang. Kata suami patin liar lagi manis dagingnya, tapi patin sangkar pun kira ok juga le coz rasanya memang berbeza dengan patin bela yang ada di Klang. Patin sangkar Sungai Pahang ni kulitnya je putih berkilat banding patin Klang yang hitam. Patutlah encik suami x mahu makan kalau dijamu patin klang, berbanding patin sangkar hasil air tangan bondanya. Anak2 pun makan 3 kali tambah! Memang berbeza sungguh beraya di Sungai Pahang. Cuma anak2 kena didedahkan dengan adab sopan sikit. Almaklum, budak2 kecil ni mana pandai nak menipu berbanding orang tua yang hampir plastik je ,.. Selama ni masa kecik, masih belum pandai merungut ... mama x sedar pun 'kebijaksanaan' anak2 yg boleh memalukan orang tua. Apa taknya, ketika masuk ke toilet neneknya, sianak bertanya dengan nyaring.. "mama, knapa bilik air nenek kat luar, knapa bilik air nenek sini x sama macam kat rumah kita, knapa x sama macam nenek mama, nenek abah tak kaya ya? " Tersipu2 mak mentua... Moralnya, anak2 bukan saja perlu diingatkan agar salam cium tangan apabila beraya, ucap terima kasih apabila menerima duit raya, malah perlu dilatih agar menjaga perasaan orang lain, dilatih agar menjaga tutur kata.., Tapi persoalaannya, perlukah anak2 dididik agar menjadi 'plastik'?

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

1 comment:

Khai♥Rin : anies said...

best nyer ikan patinnnnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012