Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Raya 2014 : Queen of Pearl Club

Alah membeli menang memakai...











Tahun lepas beraya dengan hajra.. tahun ni beraya dengan ph pula dan terus menjadi queen of pc! kalau tahun lepas, mama kena borong 10 helai baru dapat harga rm50 sehelai dan hangus rm500 untuk hajra, tapi tahun ni, mama hangus rm450 lebih hanya untuk 4 helai je ph! tu pun sbb ada disc 30%, klu tak?... mula2 mama ikut2 je p butik ph kat seksyen 7 shah alam tu, tapi sekali kaki melangkah ke dalam, dan sekali mencuba, hati terus terpikat. patutlah orang kata alah membeli menang memakai, coz sesiapa yang sudah memakainya mesti akan buat koleksi! pd mama ph ni ok le, tone warnanya memang memikat, labuh tudung pun x le singkat sangat dan yg penting selesa, ngam2 kat muka. pada sesiapa yang duduk area shah alam, klang mcm mama, jom buat kad dan jadi queen of pc, kita akan dapat discount 30% utk 1 tudung n tudung2 lain disc 10% setiap bulan n bulan birthday plak disc 30% tuh tok 4 tudung! nampak gayanya disember ni mama boleh menjala 4 le! lepas p menjala di ph, p plak gulatis kat area situ juga utk cari lycra yg matching utk dibuat baju. kan bijaksana tu namanya? sebut pasal lycra, lycra gulatis lebih elegant coz designnya x macam lycra asli yg banyak dijual di jakel, pendek jata orang tak tahu yg kita ni memakai lycra pun! harganya pula kalau di gulatis ni kena bijak menawar coz depa letak mmg mahal, tapi geng mama mmg boleh dapat rm 12 semeter untuk yg tak de batu n rm16 semeter tok yg berbatu... so selamat bershopping di mahligai shopping seksyen 7 shah alam...

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

1 comment:

Cik Itah@RRP said...

salam. selamat raya sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012