Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Ambang Kemerdekaan 2014

Tanggal 31 Ogos 1957, kira-kira 57 tahun yang lalu.. "Di sinilah Lahirnya Sebuah Cinta..." Tahun-tahun lepas hanya sambutan Pelancaran dan Penutupan Bulan Kemerdekaan sahaja diadakan, namun tahun ini ditambah satu lagi iaitu, Ambang Merdeka!.
















Meriah? Bolehlah... Kenapa mama kata bolehlah.. Tentu ada sebabkan. Majlis bermula pada 7.20 pagi! Bayangkan, pegawai di sektor lain masih dibuai mimpi dan masih terkedek-kedek menghidupkan enjin kereta, namun guru sudah memerah tenaga mengisi keperluan membina modal insan. Segala persediaan dilakukan sepenuhnya oleh guru, guru bersekang mata, guru berkorban masa dan tenaga, guru mengorbankan duit, guru menghimpunkan idea untuk majlis yang begitu besar demi membina modal insan dan negara bangsa, namun majlis hanya berjalan tidak sampai 1 jam setengah! Segala-galanya dijalankan dengan penuh ringkas, seolah-olah tiada apa-apa penghayatan. Betullah kata peribahasa, lain padang lain belalang, lain nakhoda, lainlah 'songelnya'. Dengan alasan pdp perlu dijalankan segera, kami perlu 'mengawalkan' program dan menjalankan program dengan serba ringkas!. Kadang-kadang terasa, penat belum habis, majlis pula dah selesai! Tapi, walau apa-apa pun matlamat yang ingin dicapai, semoga sambutan ambang kemerdekaan ini menjadi pemangkin meningkatkan rasa cinta terhadap bumi bertuah ini dalam kalangan anak didik kami. Semoga penat lelah ini berbaloi-baloi hendaknya..

satu persoalan..
perlukah sebuah cinta? kan cinta itu abstrak, tidak memerlukan penjodoh bilangan..
inilah bahananya jika pembuat dasar bukan pengaplikasi dasar..
malang sekali 57 tahun merdeka namun,
 bahasa kita belum lagi merdeka!



Sudah baca sila komen

1 comment:

Cik Itah@RRP said...

salam kak. yeahhh..I LOVE MALAYSIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012