Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Selamatkah membeli online di MyDeal.com.my?

Mama pernah membeli barang mainan anak-anak di Lelong.com, alhamdulillah dalam sehari barang tiba dengan selamat dan kami berpuashati. Hari ni, sempena cuti hari Ahad, dalam melayan rasa boring yang teramat, tangan mama menggatal lagi untuk cuba membeli secara online menerusi MyDeal.com.my pula. Selamatkah membeli barang di sini? 


siapa tak terpengaruh ooi dengan iklan macam ni...

Setelah confirmkan pembelian, kita akan dapat voucher pembelian seperti di bawah. Yang syoknya, kos penghantaran ke seluruh semenanjung percuma, maknanya kita hanya perlu membayar kos barang sahaja. Jika membeli di Lelong.com, kos penghantaran dicaj sama, kekadang kosnya tak berbaloi juga, tapi pengalaman mama sebelum ni, barang memang selamat tiba dan cepat pulak tu. Tak tahulah pula macam mana Mydeal.com.my ni, harap-harap mama tak kecewa hendaknya. Jadi, untuk langkah keselamatan, mama screen capture bukti pembayaran, segala voucher dan emel yang dihantar oleh pihak Mydeal.com.my. 

 Ini untuk anak-anak tersayang... dari RM190 tinggal RM75 jer...
mama order dinner playset

Ini untuk mama, handbag murah-murah jer, dari RM180 tinggal rm39 jer...
mama beli yang hitam

Tak sabar nak tunggu barang-barang ni sampai. Harap-harap berbaloi2 la coz barang dalam gambar tak semestinya sama dengan barang sebenar. Sebenarnya, itulah satu keburukan membeli secara online ni. Tapi sikap manusia, tidak pernah bertaubat nasuha!... Semenjak Google telan RM 300++ duit mama selepas membeli game secara online menggunakan kad kredit, mama beli lagi barang secara online! Tapi kali ini dan kali-kali yang akan datang mama tak mungkin gunakan kad kredit lagi untuk membeli secara online. Ini nasihat tau, nasihat berguna yer... Kalau beli di Mydeal ni boleh guna debit Maybank2u, sebab tu mama berani untuk mencuba lagi....

Sesiapa ada pengalaman bolehlah kongs ye...


Sudah baca sila komen

6 comments:

Anonymous said...

service yg sgt teruk. sy pernah membeli beberapa barang dr mydeal tp sehingga hampir 5 Bln baru dpt brg. nak tak nak kna la tgu sbb dah byr. brg yg dijanji tak smpai pd tarikh delivery, lpas tu diorg pun takde inform kita delay ke. kena chase sendiri seller. seller pula kebanyakan online blogger yg mana sush dihubungi sbb no details. sy dh byk kli complaint pd mydeal customer service tp no respond. nasib seller bg respond . ada yg kate mydeal ni spam. I will say NO to mydeal!

lia said...

x pernah dgn mydeal... dgn groupon ok ;)

Farah Waheda Wahid said...

sayalah orang yang paling jarang membeli online...

Aimaniman Ezaiza said...

takutnyaa... tpvdah terbeli ni cam neee

Siti Anirah Azuri said...
This comment has been removed by the author.
Siti Anirah Azuri said...

Saya pernah beli.. alhamdulillah.. servis okey je.. sampai cepat dan keadaan barang elok.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012