Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Aku Cinta Padamu : Pearl Haya Shah Alam Clearance Sale!





Betullah orang kata, tak kenal maka tak cinta. Dulu-dulu, mama takut untuk masuk ke butiknya kerana harganya yang mahal. Namun, selepas mencuba sekali, memang betul .. alah membeli menang memakai. Jika kita dah mula memakainya, pasti kita akan mencintainya! Hari-hari mama membelek official website PH untuk melihat design PH terbaru yang confirm di luar kemampuan mama! Pendek kata, mama hanya mampu menelan air liur je... Bukan setakat official website, malah FB preloved PH pun mama redah. Akhirnya, kerana perasaan cinta yang membuak-buak, mama turutkan hati. Mama kidnap cinta hati mama walaupun sidia sudah 'bekas' orang. Maknanya, mama beli preloved PH. Pada mulanya timbul juga kegusaran di hati, namun setelah pos laju sampai, confirm puas hati... Tak macam preloved pun, malah tudung yang harganya rm156 sehelai mama rembat dengan harga rm100 2 helai! Tak puas hati lagi, mama pergi pula ke butik PH di seksyen 7 Shah Alam dan rembat lagi 3! Jangan pula terjojol biji mata ye, bukan mama banyak duit tapi mama jenis 'berani'... berani mengeringkan poket walaupun baru 13 hb... ada 12 hari lagi baru gaji!
Kepada kawan2 yang baru nak berjinak-jinak ke PH, kalau berkesempatan ke butik PH di seksyen 7 Shah Alam, pihak butik ada buat ala-ala clearance sale untuk PH edisi lama yang pattern tu dah tak dikeluarkan lagi. Harga memang mengancam jiwa dan raga, apa taknya, jika tudung yang berharga rm249 tinggal hanya rm140 dan yang 1 ratus lebih tu, cuma tinggal 70 saje! So apa lagi, datanglah rembat? Mama tak dapat nak merembat banyak dan tak boleh nak buat koleksi tone warna kerana almaklum harganya yang mahal. Tudung yang clearance tu pun tak banyak pilihan warna sebenarnya... yang banyak warna purple, pink, biru dan coklat. So pada yang baru nak mula jatuh cinta tu, cuba2lah pergi...
Satu lagi, sebelum nak beli, kita kena kenal beberapa istilah PH, antaranya SP1,2 atau3 s, m dan l.... sp tu maksudnya slim, paras2 bahu je sementara s,m, dan l tu saiz muka kita. Mama biasa rembat sp2m.. sp1 atas dada, sp2 bawah dan sp3 labuh le, bagi mama sp2 dah ok dah... memandangkan harganya yang memang berbeza antara sp1,2 dan 3. Lepas tu doz dan trez chic pula membezakan antara layer tudung... istilah lain, mama lupa coz rambang mata apabila menerjah ke butik ni.
Ok selamat membeli PH!

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

2 comments:

Self-Hypnosis said...

Sorry.Pening baca artikel awk.paragraph rapat2.

Aimaniman Ezaiza said...

ala ciannya,...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012