Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Bercuti di HTAR : wow wow!







Bilik 2C 4E, di situlah mama dan kakak bercuti! Macam-macam pengalaman yang dikutip sepanjang percutian yang tidak dijangka menjangkau 5h4m ni. Mula-mula chek in untuk 2h1m atau paling lama pun untuk 3h2m, tetiba kami extend ke 5h4m! Mula-mula mama ingin memberontak juga, tapi selepas mendengar penerangan Dr Nury, hati terus cair! Bukan faktor hensem, coz dr Nury bukan muda lagi dan mama bukan sweet 17 yang menaruh harapan apabila berjumpa dr hensem. Namun, kebijaksanaan Dr Nury menyusun kata membuatkan hati ini cair dan dalam keterpaksaan mama rela untuk 'menyambung' percutian kami! Pada mama, beginilah kualiti doktor yang perlu ada di semua GH, lembut dalam tutur kata tetapi tegas berbicara.
Pengalaman ketika bercuti, mendewasakan mama dengan budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana di bilik besar kami berkongsi sama dengan ibu berbangsa Cina dan ibu dari merata-rata negeri dan daerah di Malaysia. Ibu Cina begitu yakin dengan diri dan tidak terlalu 'menghormati' misi. Kalau nak dikira, misi tu cuma ada SPM dan yang pasti mama 'lebih tinggi' daripadanya, namun rasa hormat tu amat tebal berbanding dengan ibu Cina. 1st day sampai je, siibu dah bising2 dengan bilik permainan yang sentiasa berkunci. Berkat kuasa 'veto' nya, dia membawa sama dr Cina lalu pintu dibuka! Sedangkan selama ini, kami hanya menjeling manja ke arah bilik kegilaan anak-anak tu. Hari kedua, mama dikejutkan dengan seketul produk buangan perut di lantai toilet, scan punya scan, batu mama teringat ada budak melayu berumur 4 tahun ni tak reti menggunskan tandas duduk, lalu mencangkung di lantai! Oleh sebab hidung yang mudah terangsang, mama pun mencapai pili lalu menyembur produk buangan itu dan hasilnya hidung mama mampu bernafas sempurna!
Hari ketiga, mata mama asyik memerhati tong kuning di sudut bilik. Mungkin perasan dengan pandangan tajam mama, cleaner berbangsa seberang itu menerangkan tanpa dipinta! Tong kuning cuma untuk modes, kapas berdarah dan pampers, barangan lain dibuang di tong hijau, sebab tu kami tak angkat! Haa... ko tu dahle menumpang kekayaan negara ini, pandai tunjuk lagak pula! Apalah salahnya jika sampah yang sudah melimpah tu dibuang, kan kamu tu cleaner! Satu lagi yang mama musykil, para doktor yang mengagung2kan kebersihan tu tak terpandang ke... atau hidung mereka tersumbat kot?
Sebenarnya banyak lagi kisah suka duka percutian di HTAR, namun cukuplah 3 kisah ini untuk dikongsi ... lepas ni nak cuba berus gigi iman, aktiviti rutin kakak yang sekarang amat2 sukar unyuk dilakukannya... kesian kakak iman...

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012