Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

LEGOLAND : Indah Khabar dari Rupa?

Akhirnya... sampai juga mama ke sini, bermaksud RM 420 duit mama melayang hanya untuk tiket dan ber rm2 lagi untuk mainan dan makanan. Betul ke Legoland hanya indah khabar dari rupa? Jom tengok gambar keriangan kami anak-beranak dulu...

bergaduh le tu..

mandi

mandi lagi

syiook

ummph


seronok dengan anak

memang best

syami sorang2 je

yeya ngan abah


kakak


kakak tolak lego giant

pedih mata

yeya

syami



















































Tak larat nak cerita satu-satu. Biar gambar yang berbicara tentang tahap kegembiraan kami anak-beranak sehari di Legoland. Kami tiba seawal pukul 9.30 pagi, kebetulan rumah adik di Nusajaya, so kami tak ambil masa yang lama untuk ke sana. Pada malamnya, tergerak hati untuk membeli tiket secara online, iaitu rm150 untuk dewasa dan rm120 untuk kanak-kanak jika mahukan tiket combo iaitu tiket untuk theme park dan water park. Tetapi niat dibatalkan memandangkan discount pembelian online hanya untuk pembelian awal 7 hari sebelum tarikh. So pagi tu mama beli saja tiket di kaunter, tetapi nasib kami baik kerana pihak Legoland ada membuat promosi untuk pemegang kad debit dan kredit Maybank iaitu diskaun 35% untuk 2dewasa dan 2 kanak-kanak, bermakna hanya 1 tiket kanak-kanak yang perlu dibayar dengan harga normal. Alhamdulllah, dapatlah mama berjimat sedikit. Dengar kata promosi ni sehingga 30 September ni, so untuk sesiapa yang berniat nak pergi ke sana, bolehlah pergi sekarang!

Indah khabar dari rupa? Mungkin betul untuk water park kerana pada sesiapa yang duduk di Selangor tentu biasa dah membawa anak ke wetworld di Shah Alam. wetworld ICT dan Desa Water World serta banyak lagi water park lain di Selangor, mama rasa.... So, perbandingannya? Waterpark Legoland cuma biasa-biasa je. Bahagian kolam yang sepatutnya ada ombak, sebenarnya tiada pun! Kawasan-kawasan lain biasa-biasa je! Cuma yang bestnya, pengujung boleh membawa makanan sendiri dari luar, itu je yag best....

Theme park pula... mungkin best untuk pengujung kali pertama. Untuk kunjungan kedua dan seterusnya, mesti kita berfikir banyak kali sebelum sanggup mengeluarkan cash hampir separuh 1k hanya untuk tiket melihat tempat yang kita dah lihat sebelumnya. Tayangan 4D, starwars, roller coaster,  dan banyak lagi permainan lain memang best untuk kunjungan pertama. Tapi serius, mama tak sanggup keluarkan hampir rm500 hanya untuk melihat benda yang sama buat kali kedua! Lebih baik bawa anak-anak ke Kidzania, ada pembelajaran yang diperoleh dan tiket untuk masuk juga masih dalam kemampuan. Untuk ke Legoland, bukan setakat tiket yang mahal, malah makanan juga mahal, misalnya untuk nasi lemak harganya ialah rm22, belu termasuk mainan Lego yang memang menjadi kegilaan anak-anak. Pendek kata jika tiada rm1500 dalam poket, baik tak payah mengidam nak ke Legoland. Satu je yang mama salute, toiletnya dan bilik tukar bajunya memang tiptop kebersihannya, lantai langsung tak basah kerana ada saja orang yang mengemop lantai. 

Itulah kisah kami ke Legoland..
Mungkin faktor pengunjug Singapura menyebabkan tiket mahal sangat
almaklum,. rm150 tidak sampai 70 pun sing dollar..
Itulah Malaysiaku yang permai..




Sudah baca sila komen

3 comments:

Khai♥Rin : anies said...

sy jg yg lom smpi...ntah bla ;-)

mama darwisy said...

Fuhhh boleh tahan yea harganya. Huhu


www.ourlovebonding.com

mummY daniSha said...

pena pegi sekali memang best tp tulaa mahal huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012