Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Monday @ Eagle Ranch PD

Semalam abah ada team building di Eagle Ranch PD, so mama ngan anak-anak menyibuk sama sekaligus bercuti di situ. Apa yang best? Jangan terpedaya dengan gambar ok, kerana gambar ni mama ambil daripada mr Google saja kerana mama belum sempat nak masukkan gambar yang bersepah2 dalam tab tu.



Sebenarnya pada mama percutian di Eagle Ranch PD ni biasa-biasa saja. Sebelum ke sana mama sebenarnya dah google kemudahan di sana. Oleh sebab tu, mama terus je memilih bilik ala-ala kereta kuda tu yang ratenya rm200 untuk satu malam. Pada mama, bayaran tu agak mahal kerana sepatutnya dengan bayaran tersebut bilik perlulah tersedia dengan aircond yang betul2 sejuk, tv satelit, dan wifi yang laju. Tapi lain keadaannya dalam bilik. Semua kemudahan tu, kira macam yang kita dapat dalam bilik rm80 je. Memang tak berbaloi dengan duit yang dikeluarkan!


Perkara kedua yang agak menyedihkan di sini ialah segala kemudahan yang ada bagaikan terbiar. Apa taknya, semuanya kering dan berdebu. Mama difahamkan bahawa segala kemudahan tersebut banyak digunakan oleh sektor koperat yang mengadakan team building di situ. Kebiasaannya, tempat itu akan sibuk ala-ala full house time weeken. tapi tak macam baru lepas menerima pengunjung pun, kerana sewaktu tiba pada Ahad, suasana memang sepi... sampai apabila mama mengomel tanya 'mana orang ni'... Yeya yang 4 tahn tu spontan menunjuk ke arah cowboy pekerja di situ! Maknya, orang yang ada hanyalah pekerja sahaja!.


Kawasan yang agak meriah hanyalah di swimming pool sahaja.  Tetapi malangnya, mengamalkan peraturan ala-ala zaman Jahiliah! Pakaian yang dibenarkan hanyalah seluar pendek ala spender untuk lelaki dan untuk perempuan swimming suit yang 'menyeramkan' untuk dipakai tu je!


Baju renang muslimah apatah lagi, memang confirm tak dibagi!. Abah cuba memakai track suit pun disuruh meninggalkan kolam. Memang le peraturan di kolam renang perlu dipatuhi, namun peraturan yang menyusahkan dan tidak mengambarkan Malaysia sebuah negara Islam haruslah difikirkan semula oleh pihak pengurusan. 

Kisah lain, tunggulah mama update kisah mama bercuti di sini supaya kawan-kawan yang tercari2 tempat untuk bercuti dapat memilih secara bijak.  Biarlah duit yang kita keluarkan tu, berbaloi dengan apa yang kita dapat kan?



Sudah baca sila komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012