Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Tudung Pearl Haya vs D'Haja vs Ariani vs Hajra

Siapa pernah pakai tudung jenama tu? Betullah orang kata alah membeli menang memakai, makin banyak yang keluar dari poket, makin selesalah tudung yang dipakai.





Tujuh tahun lepas, time mula berpindah ke Shah Alam, mama memborong Ariani. Kebetulan time tu komitmen kurang, so duit tu boleh 'dilabur' ke tudung. Tahun-tahun awal memakai Ariani, memang nampak eksklusif tambah2 dengan awning thai silk yang memukau. Tapi tudung Ariani ni bahayanya bila dah masuk tahun ketiga, lycranya mengembang dan nampak le cuping telinga yang mencapah! Awningnya pula agak sensitif, jika dibasuh berlang kali, memang kira 'patah' le dia. Tapi mama tak tau le generasi terbaru Ariani, kerana mama beli generasi 7 tahun lalu! Lepas Ariani, mama buat koleksi Hajra, siapa beli 10 dapat harga rm50 sehelai, so mama borong 10. Habis bonus raya yang Datuk Najib pagi 2 tahun lepas! Sesies Hajra ni lebih kurang sama masalah dengan Ariani kerana awningnya thai silk, so bagi yang ganas macam mama, yang jenis ' tercampak' tudung ke dalam wadhing machine, baik jangan beli! Episod sedih mama terjadi bila koleksi Hajra mama di'musnahkan' oleh pekerja Indon kedai dobi! Dia basuh entah macam mana menyebabkan semua awningnya patah!

Baru2 ni mama mula berkenalan dengan PH dan D'Haja. PH ada le 6 helai msma beli baru kat galeri PH di seksy 7, tapi yang banyaknya mama rembat preloved je secara online, harganya memang jauh berbeza, so pada yang nak mensmbah koleksi bolehle beli preloved je. D'Haja pun mama beli preloved juga dan tak pernah beli yang baru pun. Tapi selepas ada PH dan D'Haja, mama rasa PH yang paling best. Awningnya terlekat je di muka, berbanding D'Haja... awningnya melekat terletak je kat muka, cuma mama rasa awning kerasnya terlalu kecil, x selebar PH... so muka nampak lain. Pada sesiapa yang biasa dengan kedua2 tudung ni bolehlah komen ye.

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

4 comments:

Khai♥Rin : anies said...

Oooo br sy tau... sbb sy bkn pemakai tudung ni ;)

munna said...
This comment has been removed by the author.
munna said...

Duly selalu pakai ariani... Skrg ni selesa dgn hajra....

norhidana miswan said...

takpe selagi ada duit n mampu apa salahnyer... jnji jgn sampai sibuk beli tudung yg lain2 terlupe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012