Pages

@aimaniman |

Group WhatsApp : Memori Duka

Malam ni mama exit dari satu kumpulan whatsapp ni...





Memang seronok berwassap, tapi kalau sampai anak pun berasa tertekan, mama terpaka keluar aka x join lagi grup ni. Sebabnya? Tadi kakak Iman balik sekolah dengan muka pucat lesi. Di sekolah pun dia muntah-muntah. Kesian tengok kakak, korek punya korek rupanya dia tertekan dengan grup wassap mamanya yang membanding2kan pencapaian akademik anak2. Grup yang dibina pada awalnya untuk membincangkan masalah anak2 yang kebetulan berada di kelas yang sama berubah fungsi kepada grup untuk membandingkan markah anak2! Siibu yang anaknya memperoleh deretan markah 100 bersaing dengan ibu lain yang juga markah anaknya tidak jauh berbeza. Perbandingan tersebut rupa2nya membuatkan mama dalam diam memaksa kakak iman untuk jadi seperti mereka! Sorry kakak iman kerana sikap mama yang egois. Sebenarnya, mama berbangga dengan kakak iman kerana mama tahu kakak dah buat yang terbaik untuk mengembirakan hati mama. Mungkin belum masanya Allah nak tunjuk kakak iman mampu mencapai keputusan seperti mereka. Apa yang penting, bagi mama kakak dah berusaha dan semoga markah 74 untuk matematik yang akak peroleh tu menjadi pembakar semangat untuk kakak meningkatkan pencapaian pada masa akan datang. Mama percaya anak mama boleh, kerana masa ppt kakak boleh dapat 96 markah tapi pat cuma 74! Mama flashback balik apa yg mama buat 2-3minggu lepas iaitu minggu sebelum kakak exam, rupa2nya mama sibuk sampaikan tidak melayan dan memantau kakak belajar. Ada seminggu tu mama masih berada di shah alam sehingga pukul 12 tengah malam dan meninggalkan kakak di taska semata2 untuk menyiapkan kerja! Mungkin prestasi kakak yang buruk ni nak membuka mata mama agar jangan terlalu mementingkan kerja sehingga anak2 terabai. Sorry kakak iman....

posted from Bloggeroid

Genie Bra : Best atau Poyo?

Best ke? Selesa ke? Poyo je ke?



Siapa yang pernah pakai sila angkat tangan. Genie bra seolah2 seperti fenomena baru bagi kawan2 satu sekolah. Masing2 cuba membeli dan ada yang sudah ulang order. Ada yang mahukan warna pastel dan ada yang berani dengan warna summer. Pendek kata semua kata ok, betul ke ok? Mama cuba google harganya, terperanjat juga kerana kebanyakan website menawarkan harga paling murah pun rm50. Malah ada yang menawarkan harga rm70 atau rm100 untuk pek combo dengan seluar dalam yang kononnya boleh mengempiskan perut! Pada yang mudah percaya, seluar dalam tu cuma poyo je coz mama ada beli, bukan x bergulung, malah langsung x dapat menutup perut! Balik pada harga genie bra, mama pelik kenapa harganya tidak standard? Tadi mama beli satu set dengan harga hanya rm35. Pelik lah peniaga online ni, di fb mereka saling berlumba untuk menarik pembeli tanpa mempamerkan harga, namun apabila pm harga yang ditawarkan jelas jauh lebih tinggi. Jika pembeli tiada maklumat lain, mereka pasti tertipu! Bilalah peniaga di fb ni nak jujur dalam peraniagaan mereka? Janganlah dek ingin mengaut untung yang banyak sehinggakan sanggup memperdaya pelanggan...

posted from Bloggeroid

JDT Juara Oppo Piala Malaysia 2014!

JDT juara ?



Tentu ramai yang muntah darah membaca tajuk ni. Bukan kerana mama orang Johor, namun kerana permainan JDT ada kelas tersendiri menyebabkan mama berani menyatakan JDT juara! Dalam kesebelasan utama termasuk di bangku simpanan, menemukan pemain terbilang tempatan dilengkapkan dengan pemain import ternama menyebabkan mama meramalkan JDT bakal juara. Game malam tadi contohnya, bukan Felda United x bagus, mereka kalah secara terhormat kerana semangat juang yang tinggi, namun mereka terlalu mengharapkan bintang 'hitam' import mereka untung menjaringkan gol, anak tempatan tidak menyinar langsung. Sebaliknya dalam pasukan JDT, kalau 2 penyerang import tu x menjaringkan gol, syafig nasih ada, amri yahyah masih ada, nur izlan masih ada dan ramai lg masih ada yang mampu menjaringkan gol, sekurang2nya pemain tempatan 'belajar' daripada teknik pemain import yang memang terbilang tuh. Tapi kejayaan JDT malam tadi terpaksa 'dibayar' dengan air mata kerana JDT kehilangan aidil dan nazrin nawi. Kesian mereka, dan kesian syafiq serta boyan hodak kerana digelar 'gengster' dan bermain ala ragbi oleh ramai yg benci akan JDT. Tidak sedarkah mereka yang membenci dan menghina tu, 3 drpd mereka merupakan anak tempatan yang menyarung jersi kebangsaan! Kalaulah mereka bertindak sedemikian, nazrin dengan ala-ala tomoi terhadap pemain thailand, adakah mereka dianggap 'pengkhianat', adakah tindakan aidil membentes striker lawan ketika malaysia menyerang Singapura dianggap sebagai gengster? Itulah peminat bola sepak di Malaysia, jika pemain tu mewakili pasukan negeri yang menang mereka dianggap 'musuh', namun jika mereka mewakili Malaysia tindakan mereka menjadi 'halal'! Inilah sebenarnya harga kemenangan, perlu dibayar dengan tangisan dan kebencian. Dulu sahabat kini musuh, dulu mampu duduk semeja kini saling bermasam muka. Siapa yang menang sebenarnya? Selagi mentaliti peminat dan pengulas sukan tak bertauliah di luar sana tidak positif, selagi itulah kita tidak dapat membina satu team bola sepak yang mantap dengan pemain dan penyokong yang positif... betul tak?

posted from Bloggeroid

Note 10.1 Milikku di FB!

Percaya? Adakah diri ini bermimpi?



Sebenarnya belum ada snap pict guna camera note 10.1 ni. Beli pun macam bidan terjun, pm di fb, sembang2 di mesenger, terus jadi! Penjual kata dia x reti guna samsung coz biasa guna iPad. Beli pun coz 'terbeli' so drpd terus berabuk baik dia jual harga kasih sayang saja. Sebenarnya, mama baru je beli tab 4 7.0 kerana tab 2 7.0 mama rosak. Almaklum sekarang kena online sps, keyin saps dan macam2 lagi, so tab ni mcm keperluan bukan brg mewah lagi buat guru. Baru 2 minggu beli tab 4 7.0, mama terbeli lagi note 10.1 ni! Mudah sangat mama percaya akan iklan fb! Kekadang terfikir kenapa mudah sangat orang berurusan jual beli di fb, sedangkan mama cuba nasib nak jual preloved pun tak laku2! Akhirnya note 10.1, dob nya April 2013, bertukar tangan menjadi milik mama dengan harga rm650. Rasa2nya berbaloi ke? Separuh hari dah guna ni, nampak macam ok... harap2 mama tak tersilap langkah... doakan ye...

posted from Bloggeroid

Birthday ke-4

Happy birthday buat yeya, sorry yeya sambut birthday dengan kakak nisha n kawan2 ye...










Inilah anak cikgu, walaupun cuti, anak sambut birthday di taska bersama2 kawan2 je... mama? Nun di sekolah siapkan dummy majalah... Tak pa Yeya, walaupun mama x sambut sama, tapi yeya tetap di hati mama dulu, kini dan selamanya...

posted from Bloggeroid

Doa Tidur Anak...

Sesuatu yang harus diperhatikan oleh ibu bapa, anak2 memang mudah belajar melalui teladan....



Tak terkata ustazah tuh....

posted from Bloggeroid

Anak semakin tidak mengenali mama mereka!

Kisah sedih yang menjadi teladan buat semua...







Sebab sibuk buat semua kerja sekolah, sampai anak-anak lupa akan mama sendiri! Sedih sangat rasa hati, semalam anak tumpang kereta pengasuh, balik rumah nak ambil puting susu tapi enggan tinggal di rumah bersama mamanya sebaliknya ingin bersama pengasuh! Inilah akibatnya terlalu sibuk dengan segala macam kerja sekolah, hubungan mesra dengan anak diabaikan. Apa taknya, ambil anak dr rumah pengasuh pkl 1230 tengah malam dan hantar semula pkl 7 pg! Anak mana yang tak mesra dengan pengasuh kalau macam tu. Itu kisah anak guru yang kata ramai orang tugasnya hanya separuh hari, tugasnya mudah, senang dan gaji banyak. Hakikatnya? Itulah kenyataan yang harus kita telan demi mencari rezeki yang halal. Kadang2 terfikir, cikgu... 5 minit cikgu lambat ke kelas akan ditanya oleh anak murid di akhirat nanti ttg hak mereka. Tetapi berpuluh2 minit malah berjam2 waktu yang kita habiskan untuk kerja sekolah yang bukan core bisness kita tuh, tak dikira sebagai hutang yang perlu dituntut di sana nanti? Itulah cikgu, dimomok2kan dengan kelewatan tak disengajakan ke kelas tetapi tenaga dan masa kita yang diperah sehingga tinggal sisa tidak pernah diambil kira!

posted from Bloggeroid

Are You Ready?

Kalau dah ready pun rasanya tak sanggup nak letak iklan macam ni.



Sanggupkah anda?

posted from Bloggeroid

Berpakaian tetapi hakikatnya Bogel!

Ke manakah hilangnya rasa malu?



Walaupun mungkin pakaian ini telah disponsor oleh syarikat tertentu, namun sebagai manusia kita berhak untuk menolak. Atau mereka sengaja mahukan publisiti murahan sehinggakan rasa malu terletak jauh di dasar hati?.. Murahnya nilai kita sebagai manusia yang diberi akal fikiran kan. Harap2 F1 di Malaysia tidak dicemari dengan gadis2 sebegini hanya semata2 mengejar untung lumayan...Harap-harap le...

posted from Bloggeroid

Jauhi Handphone Anda mulai Tengah Malam ini!

Entah benar entahkan tidak, tetapi harus berhati-hati demi diri dan orang tersayang...



Mulai 00.30 - 3.30 kita perlu bertindak. Amaran sudah diberi, takut2 yang mengabaikannya akan dapat bencana! Takut juga kan, ... lagipun time tu memang time tidur. Buat apa kita berdating dengan handphone. Cuma yang risaunya, pada masa tu time bekerja mereka. So, panjang2kan le amaran ini demi kebaikan bersama..

posted from Bloggeroid

Saiful Nang berbicara tentang kenaikan ron95 : terusik kalbu!

Kepada sesiapa yang belum add friend Saiful Nang, silalah add dia di FB. Tulisannya menyentuh kalbu, kalah penulis tersohor. Dia tak condong pada sesiapa, mana yang dia rasa tak betul, dia terpanggil untuk menyuarakan isi hatinya...









Sorrylah jika prnt screen terlalu kecil dan sukar untuk dibaca. Apa2 hal pun, pliz add Saiful Nang supaya kita juga terkesan dengan intipati tulisannya, yang sinis tapi penuh makna. Bukan calang-calang orang mampu berkarya penuh informasi sepertinya. Semoga tulisannya mampu menyedarkan ramai pihak....

posted from Bloggeroid

Hot : Rahsia Sulit Tab 4 7.0!

Kata orang, tak kenal maka tak cinta... So, bila dah kenal, makin mendalam rasa cinta padamu...







Tentang android berapa, mama tak bole komen kerana mama memang tak kenal dengan jelly dan 'kacang' ni, tapi pendek kata memang laju habis. Cuma yang pasti, rahsia sulitmembuatkan mama bertambah cinta terhadapnya ialah, ada menu di kanan skrin yang memudahkan pengguna. Lepas tu, ada 2 page sekaligus, misalnya ketika tekan link di fb, kita dapat baca maklumat pada link dan masa yg sama kita dapat baca fb. Lagi satu, ada smart face, makna selagi kita pandang dengan rasa cinta, skrin tak 'gelap'. Hebat kan? Harganya, ok2 je le masih di bawah 1k. Cuma yg tak best, tab 4 7.0 ni memorynya cuma 8gb, so mama kena beli memory card pulak! Leceh le coz fulus pun kena tambah. Tapi bila mama search kat google, ada yg memorynya 16gb! Tak tau le, peniaga tu tipu mama atau mama mmg tertipu. Gerammm juga, tapi bila tahu rahsia sulit ni, hati geram terus cair!

posted from Bloggeroid

Tab 4 7.0 milikku...

Tab 2 7.0 dah menjadi kenangan. Kini tab 4 7.0 pula menjadi milik mama, Bukan sengaaja nak perabis duit yang x ada, tapi almaklum sps, saps, apdm dan macam2 lagi tugasan yang memerlukan sangat2 tab ni. Takkan le 24 jam nak buka laptop, coz apabila ada tab bolehle beron9 dengan pelbagai gaya. Kemudahan kan... Terfikir juga, drpd bagi guru laptop 1M baik bagi tab 1M... siapa setuju? Nak tau kenapa tab 2 7.0 jadi arwah? Salah mama juga, 'rendam' tab di Pantai Pd! Almaklum, gian snap gambar dlm air, terlupa yaang tab pun ikut mandi! Spesifikasi? Entaahle, mama buta IT, cuma x buta hati.. google je le, berkenan di hati terus p beli k..


SPS LITE yang tak mesra alam langsung

Siapa guru tingkatan angkat tangan!

muka skrin sps lite... sedey

Guru Tingkatan bukan bengang dengan kerja tambahan yang diberi kerana kerja ini akan memberi kemudahan kepada GT dalam jangka masa panjang tetapi kami amat bengang dengan  program ini. Almaklum, program baru tentu belum stabil, tambah2 lagi dengan kemudahan YES yang merangkak macam kura-kura semput.  Apa pandangan rakan-rakan? Ada alternatif terbaik?

Tragedi Oktober : Yahoo Mail Problem!

Parah.. Rosak... 

kenapa?

Siapa yang dapat membantu mengatasi masalah Yahoo Mail ni.  Sehari tanpanya, rasa 'tempang' sebelah kaki. Ada alternatif? Almaklum, tapak untuk SKT 2015 ada dalam emel.  Esok tarikh akhir hantar SKT. Macam mana ni??


Semoga perkongsian ini amat bermakna buat rakan-rakan... happy tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012