Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Anak semakin tidak mengenali mama mereka!

Kisah sedih yang menjadi teladan buat semua...







Sebab sibuk buat semua kerja sekolah, sampai anak-anak lupa akan mama sendiri! Sedih sangat rasa hati, semalam anak tumpang kereta pengasuh, balik rumah nak ambil puting susu tapi enggan tinggal di rumah bersama mamanya sebaliknya ingin bersama pengasuh! Inilah akibatnya terlalu sibuk dengan segala macam kerja sekolah, hubungan mesra dengan anak diabaikan. Apa taknya, ambil anak dr rumah pengasuh pkl 1230 tengah malam dan hantar semula pkl 7 pg! Anak mana yang tak mesra dengan pengasuh kalau macam tu. Itu kisah anak guru yang kata ramai orang tugasnya hanya separuh hari, tugasnya mudah, senang dan gaji banyak. Hakikatnya? Itulah kenyataan yang harus kita telan demi mencari rezeki yang halal. Kadang2 terfikir, cikgu... 5 minit cikgu lambat ke kelas akan ditanya oleh anak murid di akhirat nanti ttg hak mereka. Tetapi berpuluh2 minit malah berjam2 waktu yang kita habiskan untuk kerja sekolah yang bukan core bisness kita tuh, tak dikira sebagai hutang yang perlu dituntut di sana nanti? Itulah cikgu, dimomok2kan dengan kelewatan tak disengajakan ke kelas tetapi tenaga dan masa kita yang diperah sehingga tinggal sisa tidak pernah diambil kira!

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012