Klik@Lazada

nuff

Group WhatsApp : Memori Duka

Cikgu Iza | October 31, 2014 | 1 Komen |
Malam ni mama exit dari satu kumpulan whatsapp ni...





Memang seronok berwassap, tapi kalau sampai anak pun berasa tertekan, mama terpaka keluar aka x join lagi grup ni. Sebabnya? Tadi kakak Iman balik sekolah dengan muka pucat lesi. Di sekolah pun dia muntah-muntah. Kesian tengok kakak, korek punya korek rupanya dia tertekan dengan grup wassap mamanya yang membanding2kan pencapaian akademik anak2. Grup yang dibina pada awalnya untuk membincangkan masalah anak2 yang kebetulan berada di kelas yang sama berubah fungsi kepada grup untuk membandingkan markah anak2! Siibu yang anaknya memperoleh deretan markah 100 bersaing dengan ibu lain yang juga markah anaknya tidak jauh berbeza. Perbandingan tersebut rupa2nya membuatkan mama dalam diam memaksa kakak iman untuk jadi seperti mereka! Sorry kakak iman kerana sikap mama yang egois. Sebenarnya, mama berbangga dengan kakak iman kerana mama tahu kakak dah buat yang terbaik untuk mengembirakan hati mama. Mungkin belum masanya Allah nak tunjuk kakak iman mampu mencapai keputusan seperti mereka. Apa yang penting, bagi mama kakak dah berusaha dan semoga markah 74 untuk matematik yang akak peroleh tu menjadi pembakar semangat untuk kakak meningkatkan pencapaian pada masa akan datang. Mama percaya anak mama boleh, kerana masa ppt kakak boleh dapat 96 markah tapi pat cuma 74! Mama flashback balik apa yg mama buat 2-3minggu lepas iaitu minggu sebelum kakak exam, rupa2nya mama sibuk sampaikan tidak melayan dan memantau kakak belajar. Ada seminggu tu mama masih berada di shah alam sehingga pukul 12 tengah malam dan meninggalkan kakak di taska semata2 untuk menyiapkan kerja! Mungkin prestasi kakak yang buruk ni nak membuka mata mama agar jangan terlalu mementingkan kerja sehingga anak2 terabai. Sorry kakak iman....

posted from Bloggeroid

1 comment:

intanfirdaus247 said...

salam...x per..at least kakak iman sudah berusaha..yg penting kita as parents always support diaorang..kan..:)

Post a Comment

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com