Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

JDT Juara Oppo Piala Malaysia 2014!

JDT juara ?



Tentu ramai yang muntah darah membaca tajuk ni. Bukan kerana mama orang Johor, namun kerana permainan JDT ada kelas tersendiri menyebabkan mama berani menyatakan JDT juara! Dalam kesebelasan utama termasuk di bangku simpanan, menemukan pemain terbilang tempatan dilengkapkan dengan pemain import ternama menyebabkan mama meramalkan JDT bakal juara. Game malam tadi contohnya, bukan Felda United x bagus, mereka kalah secara terhormat kerana semangat juang yang tinggi, namun mereka terlalu mengharapkan bintang 'hitam' import mereka untung menjaringkan gol, anak tempatan tidak menyinar langsung. Sebaliknya dalam pasukan JDT, kalau 2 penyerang import tu x menjaringkan gol, syafig nasih ada, amri yahyah masih ada, nur izlan masih ada dan ramai lg masih ada yang mampu menjaringkan gol, sekurang2nya pemain tempatan 'belajar' daripada teknik pemain import yang memang terbilang tuh. Tapi kejayaan JDT malam tadi terpaksa 'dibayar' dengan air mata kerana JDT kehilangan aidil dan nazrin nawi. Kesian mereka, dan kesian syafiq serta boyan hodak kerana digelar 'gengster' dan bermain ala ragbi oleh ramai yg benci akan JDT. Tidak sedarkah mereka yang membenci dan menghina tu, 3 drpd mereka merupakan anak tempatan yang menyarung jersi kebangsaan! Kalaulah mereka bertindak sedemikian, nazrin dengan ala-ala tomoi terhadap pemain thailand, adakah mereka dianggap 'pengkhianat', adakah tindakan aidil membentes striker lawan ketika malaysia menyerang Singapura dianggap sebagai gengster? Itulah peminat bola sepak di Malaysia, jika pemain tu mewakili pasukan negeri yang menang mereka dianggap 'musuh', namun jika mereka mewakili Malaysia tindakan mereka menjadi 'halal'! Inilah sebenarnya harga kemenangan, perlu dibayar dengan tangisan dan kebencian. Dulu sahabat kini musuh, dulu mampu duduk semeja kini saling bermasam muka. Siapa yang menang sebenarnya? Selagi mentaliti peminat dan pengulas sukan tak bertauliah di luar sana tidak positif, selagi itulah kita tidak dapat membina satu team bola sepak yang mantap dengan pemain dan penyokong yang positif... betul tak?

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012