Pages

@aimaniman |

E-Majalah : Inersia SMKBBSS 2014

Tajuk kalau dengar macam nak bernanah telinga. Tapi in sha allah jika ada kemahuan, di situ ada jalan kan...?



Sebenarnya, baru 30% je siap. Cuma mama nak kongsikan bahawa kita boleh publish majalah atau apa-apa bahan dan menjadi tatapan semua orang semudah 1, 2, 3 sahaja! Jom klik issuu.com. Upload la seberapa banyak bahan yang cikgu ada untuk dikongsi bersama. Inilah sebenarnya saham kita.

Trend Jilboobs dan Lycra Ketat di Malaysia!

Jilboobs merupakan singkatan untuk jilbab dan boobs, mahkota wanita. Trend jilboobs bermakna, semakin ramai yang berjilbab atau bertudung tetapi mendedahkan bahagian berbukit atau bergunungnya untuk tontonan umum! Malah, fenomena ini sudah seakan-akan trend dalam kalangan wanita muslim Malaysia masa kini!





Majlis Ulama Indonesia sudah mengharamkan pakaian sebegini. Jabatan Agama Islam Malaysia, bila lagi ya? Rasanya macam jauh je lagi kerana lawan dengan kes pondan berpakaian perempuan pun kalah, inikan pula nak melawan pakaian bertudung! Alaaa, pejamkan mata je laa kot. Betapa lemahnya sistem perundangan Islam di negara kita kan? Fenomena ini jika tidak dibanteras akan menjadi trend yang payah untuk diatasi. Apatah lagi jika jilboobs dipadankan dengan lycratat! Fuiiih, tak berkelip mata cik abang. Akibatnya, kes rogol, penceraian dan haruan makan anak pun meningkat. Jom katakan no pada jilboobs dan lycratat...

posted from Bloggeroid

Piala AFF Suzuki 2014 : Tahniah Pemain Otai!

Malam tadi semua kritikan pedas terhadap Coach Dolah memilih otai-otai mewakili HM terpadam terus! Semua mulut ternganga, semua pihak tertanya-tanya...betulke, mimpike? Sebenarnya anda masih di alam realiti!









Terima kasih daun keladi kepada otai-otai HM, safiie, shafiq rahim dan indera. Semoga anda mampu beraksi lebih cemerlang dan tidak mengecutkan perut mama apabila melawan vietnam nanti. Serius, semasa game tadi, ketika shafiq nak menendang penalti, mama keluar rumah kerana tidak sanggup melihat. Mama takut jika kejadian mat yo ketika game jdt vs pahang berulang! X sanggup rasanya tau..

Jika dilihat pada gambar, semua ramalan berpihak pada Singapura. Tu maksudnya, HM ni x boleh terlalu diharap2kan kerana biasanya apabila terlalu mengharap mereka akan mengecewakan, namun jika tidak diberi perhatian, mereka boleh menang pula!

Namun, percayalah HM, walau abah x lagi duduk menyokong, mama tetap x berganjak. Mama tetap menyokong dan sanggup menonton live walau apa-apapun keputusannya. Cuma satu yang mama harap, mungkin kali ini kita terpaksa bergantung pada otai, namun sampai bila benda ni nak berterusan. Cuba tengok player thailand yang rata2 muda2 lagi. Salah satu faktor HM kalah game dgn thai kerana faktor stamina. Otai mungkin banyak pengalaman dan dapat menandingi kesebelasan muda thai, namun orang muda tenaga banyak, tu yg saat2 akhir kita ditewaskan! Tragis betul saat tu. Malah game malam tadi pun seakan2 nak berakhir macam tu, tapi nasib baik kita dapat penalti dan nasib baik keeper singapura ada di gawang malaysia.

Mama harap game seterusnya tiada faktor 'nasib baik'lagi. Caiyok HM!

posted from Bloggeroid

Logikkah Guru Mengeluh?

Mama tak mahu cerita tentang beban kerja cikgu. Nanti orang kata cikgu kerja 'setakat pukul 2, cikgu banyak cuti, cikgu gaji besar'... jadi mama simpan semuanya jauh-jauh di sudut hati.


guna duit gaji cikgu yang banyak tuu..


guna duit gaji cikgu yang lebih tinggi drpd kakitangan awam DG41 lain....


Sudah menjadi viral di FB kisah apa akan jadi jika doktor melakukan semua tugasan pengkeranian, membawa ambulans, memberi ubat, membasuh berak hatta menulis nama pesakit. Oleh sebab itu doktor diberikan pembantu iaitu staffnurse, nurse, jururawat masyarakat, attendan dan lain-lain. Tapi guru, semua kerja dari a sampai z dilakukan sendiri demi membina negara bangsa yang boleh dibanggakan! Bukan setakat tenaga, duit poket kami pun 'disedekahkan' demi anak-anak rakyat Malaysia. Tak apa, kami tak kisah kerana semua itu diharap akan menjadi saham akhirat buat kami, in sha allah!

Namun, logik tak jika kami mengeluh? Gambar di bawah menunjukkan senarai teks KOMSAS baru untuk tingkatan 1 dan 4 2015 yang baru saja diwassapkan oleh rakan SPBT semalam!. Lihat nombor 1 dan nombor 6. Antologi KOMSAS sahaja yang dinyatakan, tanpa sebarang nama! Bilakah nak diberi nama buku wahai KPM budiman? Kasihanilah kami kerana semua kerja perlu dilakukan secara bidan terjun!. Rancangan Pelajaran Tahunan 2015 sudah kami siapkan kerana menurut tuan pada hari pertama persekolahan, PdP harus berjalan, nanti tuan-tuan tengok kami, nanti kami dipersalahkan, namun.. kami mahu mengajar apa jika nama buku pun kami belum tahu!

Jika begini kisahnya, bagaimana kami mahu bersedia untuk mengajar anak bangsa, buku teks tiada, malah nama buku pun belum ada! Kami mengambil langkah proaktif, cuba mencari teks di MPH bookstore, namun buku belum ada! Apalah malangnya nasib kami... jadi, wajarkah kami mengeluh? 

wajarkah kami mengeluh?

Anak-anak yang Mewarnai Hidup Ibu 2014...

Orang kata banyak anak, hidup lebih berwarna-warni. Bukan ibu tak mahu banyak anak, tapi ibu takut....

Anak sulung yang sederhana...

Anak sulung yang sederhana lagi...

Anak no 2 yang lemah...

Anak no 2 yang lemah....

anak no 3 yang agak ok

Anak no 3 yang agak ok...

Anak bongsu yang lemah plus nakal..

Anak bongsu yang lemah plus nakal..

Maafkan ibu kerana melabel kamu. Namun, hati mana yang boleh bersabar apabila dihidangkan dengan 1001 karenah kamu yang pelbagai. Anak sulung dan anak no 2, sudah 2 tahun diasuh oleh ibu. Fajar 4 Januari 2013, kamu menerima ibu seadanya dan ibu juga menerima kamu dengan hati yang rela dan pasrah. Kita ada satu perjanjian yang pasti iaitu melayakkan kamu untuk menerima sekeping sijil bergelar SPM sebagai kunci untuk kamu mampu bersaing di dunia luar yang lebih mencabar. Ibu akur dengan tanggungjawab maha berat itu, namun ibu tak mampu untuk menipu diri ibu menelan segala kepahitan mematangkan kamu yang sebenarnya sudah pun dewasa. Kamu sudah dewasa dari segi umur namun kematangan sukar untuk menampakkan wajah! Mungkin salah ibu, anak-anakku kerana gagal mematangkan kamu dalam meniti arus kehidupan. Kini 2013 semakin hampir melabuhkan tirai, perjanjian kita juga sudah terlerai setelah kamu menamatkan ujian maha besar dalam alam persekolahan. Hanya doa yang mampu ibu titipkan buat anak-anak sulung dan anak no 2 ibu. Semoga kamu bahagia di luar sana dan semoga menjelangnya 3 purnama 2015 nanti, kita mampu mengukir senyuman lebar, anak-anakku.

Anak no 3 dan anak bongsu ibu, kita masih ada 12 purnama untuk 'bermain' bersama. Ibu berharap agar kamu tidak leka dengan terus bermain dan melupakan tugas hakiki kamu. Ingat perjanjian kita. Ibu harus mempersiapkan kamu, dan ibu tak mampu bertindak sendiri. Yang pasti kamu juga harus membuka langkah agar hayunan langkah ibu tidak 'tempang'. Sepurnama kita tidak bersua muka, ibu harap kamu tidak lupa dengan nasihat ibu dan yang penting kamu tidak lupa akan perjanjian kita kerana setelah 12 purnama nanti, perjajian itu akan terlerai. Namun ibu tak mahu kamu menangisi perjanjian yang tidak lengkap dek kealpaan kita. Ayuh anak-anakku, semoga fajar 4 Januari 2015 menjadi saksi untuk kita mengorak langkah mencipta kecemerlangan.

maaf... emosi la pulak!


Issuu.com : Publish digital!

Wow... wow... jom kita publish e-majalah, e-bahan, pendek kata segala-galanya e lah! Siapa kata kita bukan pro?


jom tengok akak punya e-Inersia

Tapi malangnya, akak cuma boleh upload sebahagian sahaja kerana saiz fail besar. Issuu.com percuma ni cuma membenarkan kita upload file kurang daripada 120mb, kalau lebih kena beli yang pro la. Rasanya, belum berkeinginan lagi untuk menjadi pro.. Almaklum, akak kan suka yang free je... Pada kawan-kawan yang mahu berkongsi bahan secara pro tapi free, jom la berkenalan dengan isuu.com. Tak ada ruginya ye kita beralih ke e-bahan pula, almaklum kita kan dah 'pro' dengan vle frog..

jom ke frog akak

Earning Nuffnang : Kempen CPUV berderet tapi .....

Kenapalah Nuffnang ni, macam nak beri.. tapi tak ikhlas pun...

cer tengok...

Oklah, siapa tahu rahsia cam ne nak tambahkan yang 0.00 tu, kongsi2 la ye..

Lagi satu, kalau rasa2 nak buat ebook macam orang lain, bolehlah ke website ni Issuu.com .  Mula-mula kena register, lepas tu upload la file kita dalam format pdf. 
Kalau nak tengok contoh, jom ke sini 



Malu Rasanya nak Mengaku Ibu...

Anak-anakku, di sekolah kau dilatih bertudung, di luar kau biar x bertutup. Anak-anakku, di sekolah kuajar kaubersopan, tapi di luar kau lupa dan buang terus rasa malu yang ibumu di sekolah ajarkan...





Anak-anakku, patutlah kita x mampu sehebat mereka. Patutlah keputusan kita x secemerlang mereka. Kerana mereka tahu menjaga aib ibu bapa di rumah, tahu menjaga aib ibu bapa di sekolah dan yang pasti tahu menjaga aib diri sendiri! Mereka bersujud syukur setelah spm selesai, tetapi anak-anakku bersyukur dengan membuang tudung, berkepit dengan lelaki, menjerit-jerit dan membakar mercun! Kadang-kadang ibumu ini berasa malu untuk mengaku kamu sebagai anak. Namun, jauh terselit di sudut hati ini, semoga kamu mampu berubah, habis spm bukan bermakna penghujung kehidupan. Kamu bersikap begini kerana kamu masih belum tahu, masih belum cukup dididik dan tugas kami sebagai ibu untuk terus mengajar kamu tanpa mengenal erti putus asa.







Semoga di luar sana kamu terdidik dengan sebaiknya kerana didikan kami selama 11 tahun di alam persekolahan belum mampu untuk mendidik kamu tahu menjaga aib diri sendiri! Maafkan 'ibu' anak-anak didikku!

posted from Bloggeroid

Hot : RPT Bahasa Melayu Tingkatan 4 2015

Selamat bercuti kepada rakan-rakan guru. Ada yang kena buat RPT untuk 2015? Kalau sama subjek, bolehlah muat turun RPT BM F4 2015 ni ye.....


Apa taknya, menjelang 21.11.2014, guru-guru kebanyakannya macam ni...

guru

Contohnya, mama sibuk dengan majalah 2014 yang terpaksa berubah pencetak. Fail Persatuan. Surat berhenti dan surat akuan F5. Belum lagi yang kecil2 spt key in markah PAT di saps dan key in kehadiran. Tak pa, sebab tu mama kongsi bonus RPT 2015 ni.

Rahsia Emas menjadi Jutawan!

Ramai orang cuba berjinak2 dengan perniagaan emas. Jom dapatkan info sahih sebelum berani menanggung risiko....



Tak rugikan kalau kita menambahkan ilmu daripada hanya mendengar kata orang dan terus terpengaruh! Mama pun dah baca, jadi apa salahnya jika semua orang baca dulu info sebelum mengorak langkah untuk menjadi jutawan! Jika berminat, bolehlah klik pada banner atau link di kanan website ni. Jom kita menambahkan ilmu tentang emas pada cuti sekolah ni.

posted from Bloggeroid

Download Pamplet Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum!

Meriah... Seronoknya mereka... Itulah kelebihan zaman persekolahan yang tiada dalam zaman2 yang lain. Tak percaya? Cubalah masuk ke zaman lain, adakah kamu akan dilayan macam zaman persekolahan? 

tt

ucapan perasmian

gimik

haa.. keluar dah...

cikgu cemerlang

tarian selingan

hanafi

nabila

sabhatin

ilyas

asraff

tahniah... sweet memories





kami makan...

anak-anak makan juga

fuuiih.... akhirnya, majlis penutup tahun 2014 berjalan dengan lancar. Banyak kenangan pahit manis yang semuanya pasti lebih mematangkan kami. Semoga tahun 2015 lebih menyinar...



muaahhh....

Kempen IWTTT Berjaya!

Baru2 ni kita digemparkan dengan kempen I want to touch dog.... tapi kempen IWTTT ni jauh berbeza ye... Namun, kempen ni khas untuk 18 sx saja ye!





Apa dia kempen IWTTT ni? Haaa, pada yang mahu kan baby macam dalam gambar, jom la mulakan kempen I Want To Touch Tuuut.... In sha allah berjaya.

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012