Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Anak-anak yang Mewarnai Hidup Ibu 2014...

Orang kata banyak anak, hidup lebih berwarna-warni. Bukan ibu tak mahu banyak anak, tapi ibu takut....

Anak sulung yang sederhana...

Anak sulung yang sederhana lagi...

Anak no 2 yang lemah...

Anak no 2 yang lemah....

anak no 3 yang agak ok

Anak no 3 yang agak ok...

Anak bongsu yang lemah plus nakal..

Anak bongsu yang lemah plus nakal..

Maafkan ibu kerana melabel kamu. Namun, hati mana yang boleh bersabar apabila dihidangkan dengan 1001 karenah kamu yang pelbagai. Anak sulung dan anak no 2, sudah 2 tahun diasuh oleh ibu. Fajar 4 Januari 2013, kamu menerima ibu seadanya dan ibu juga menerima kamu dengan hati yang rela dan pasrah. Kita ada satu perjanjian yang pasti iaitu melayakkan kamu untuk menerima sekeping sijil bergelar SPM sebagai kunci untuk kamu mampu bersaing di dunia luar yang lebih mencabar. Ibu akur dengan tanggungjawab maha berat itu, namun ibu tak mampu untuk menipu diri ibu menelan segala kepahitan mematangkan kamu yang sebenarnya sudah pun dewasa. Kamu sudah dewasa dari segi umur namun kematangan sukar untuk menampakkan wajah! Mungkin salah ibu, anak-anakku kerana gagal mematangkan kamu dalam meniti arus kehidupan. Kini 2013 semakin hampir melabuhkan tirai, perjanjian kita juga sudah terlerai setelah kamu menamatkan ujian maha besar dalam alam persekolahan. Hanya doa yang mampu ibu titipkan buat anak-anak sulung dan anak no 2 ibu. Semoga kamu bahagia di luar sana dan semoga menjelangnya 3 purnama 2015 nanti, kita mampu mengukir senyuman lebar, anak-anakku.

Anak no 3 dan anak bongsu ibu, kita masih ada 12 purnama untuk 'bermain' bersama. Ibu berharap agar kamu tidak leka dengan terus bermain dan melupakan tugas hakiki kamu. Ingat perjanjian kita. Ibu harus mempersiapkan kamu, dan ibu tak mampu bertindak sendiri. Yang pasti kamu juga harus membuka langkah agar hayunan langkah ibu tidak 'tempang'. Sepurnama kita tidak bersua muka, ibu harap kamu tidak lupa dengan nasihat ibu dan yang penting kamu tidak lupa akan perjanjian kita kerana setelah 12 purnama nanti, perjajian itu akan terlerai. Namun ibu tak mahu kamu menangisi perjanjian yang tidak lengkap dek kealpaan kita. Ayuh anak-anakku, semoga fajar 4 Januari 2015 menjadi saksi untuk kita mengorak langkah mencipta kecemerlangan.

maaf... emosi la pulak!



Sudah baca sila komen

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

Scarlett O'Hara said...

Syukur... Hanya guru yang betul-betul memahami hati guru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012