Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Logikkah Guru Mengeluh?

Mama tak mahu cerita tentang beban kerja cikgu. Nanti orang kata cikgu kerja 'setakat pukul 2, cikgu banyak cuti, cikgu gaji besar'... jadi mama simpan semuanya jauh-jauh di sudut hati.


guna duit gaji cikgu yang banyak tuu..


guna duit gaji cikgu yang lebih tinggi drpd kakitangan awam DG41 lain....


Sudah menjadi viral di FB kisah apa akan jadi jika doktor melakukan semua tugasan pengkeranian, membawa ambulans, memberi ubat, membasuh berak hatta menulis nama pesakit. Oleh sebab itu doktor diberikan pembantu iaitu staffnurse, nurse, jururawat masyarakat, attendan dan lain-lain. Tapi guru, semua kerja dari a sampai z dilakukan sendiri demi membina negara bangsa yang boleh dibanggakan! Bukan setakat tenaga, duit poket kami pun 'disedekahkan' demi anak-anak rakyat Malaysia. Tak apa, kami tak kisah kerana semua itu diharap akan menjadi saham akhirat buat kami, in sha allah!

Namun, logik tak jika kami mengeluh? Gambar di bawah menunjukkan senarai teks KOMSAS baru untuk tingkatan 1 dan 4 2015 yang baru saja diwassapkan oleh rakan SPBT semalam!. Lihat nombor 1 dan nombor 6. Antologi KOMSAS sahaja yang dinyatakan, tanpa sebarang nama! Bilakah nak diberi nama buku wahai KPM budiman? Kasihanilah kami kerana semua kerja perlu dilakukan secara bidan terjun!. Rancangan Pelajaran Tahunan 2015 sudah kami siapkan kerana menurut tuan pada hari pertama persekolahan, PdP harus berjalan, nanti tuan-tuan tengok kami, nanti kami dipersalahkan, namun.. kami mahu mengajar apa jika nama buku pun kami belum tahu!

Jika begini kisahnya, bagaimana kami mahu bersedia untuk mengajar anak bangsa, buku teks tiada, malah nama buku pun belum ada! Kami mengambil langkah proaktif, cuba mencari teks di MPH bookstore, namun buku belum ada! Apalah malangnya nasib kami... jadi, wajarkah kami mengeluh? 

wajarkah kami mengeluh?


Sudah baca sila komen

2 comments:

Khai♥Rin : anies said...

kalau itu dpt mengurangkan rs terbeban di hati....

Umi Nazrah said...

mengeluh tak salah andai itu boleh membuka mata sesetengah pihak untuk mereka mengambil tahu & tindakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012