Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Malu Rasanya nak Mengaku Ibu...

Anak-anakku, di sekolah kau dilatih bertudung, di luar kau biar x bertutup. Anak-anakku, di sekolah kuajar kaubersopan, tapi di luar kau lupa dan buang terus rasa malu yang ibumu di sekolah ajarkan...





Anak-anakku, patutlah kita x mampu sehebat mereka. Patutlah keputusan kita x secemerlang mereka. Kerana mereka tahu menjaga aib ibu bapa di rumah, tahu menjaga aib ibu bapa di sekolah dan yang pasti tahu menjaga aib diri sendiri! Mereka bersujud syukur setelah spm selesai, tetapi anak-anakku bersyukur dengan membuang tudung, berkepit dengan lelaki, menjerit-jerit dan membakar mercun! Kadang-kadang ibumu ini berasa malu untuk mengaku kamu sebagai anak. Namun, jauh terselit di sudut hati ini, semoga kamu mampu berubah, habis spm bukan bermakna penghujung kehidupan. Kamu bersikap begini kerana kamu masih belum tahu, masih belum cukup dididik dan tugas kami sebagai ibu untuk terus mengajar kamu tanpa mengenal erti putus asa.







Semoga di luar sana kamu terdidik dengan sebaiknya kerana didikan kami selama 11 tahun di alam persekolahan belum mampu untuk mendidik kamu tahu menjaga aib diri sendiri! Maafkan 'ibu' anak-anak didikku!

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

4 comments:

Khai♥Rin : anies said...

sayunya...

smlm ternmpk bdk2 yg baju seragam mereka berconteng sn sini...tetiba tingat...br lps spm

Daddy Ziyyad said...

Saya berdoa moga adik adik lepasan SPM yg melampau keterlaluan menyambut " merdeka" tu, dikurniakan hidayahNYA...mereka masih muda..moga mereka cemerlang menjadi manusia,di dunia & akhirat..Insya Allah

norhidana miswan said...

sayu sedih baca ntry akak kali nih, terasa dana sedih kalau tau anak didik jd begitu, kite pun penah muda kan kak... tp rasanya masa dana muda dulu, masa dana lps spm dulu tak pnh terpkir nk bt gitu, paling2 pun pg kfc ngn kwn2 pastu tapau skit utk share ngn org kt umah...

tp bdk2 zmn skrg dh terlalu bebas terlalu terikut2 peredaran zmn sampai dh hilang rasa malu.... moga adik dana nnti tak buat gini, klu dia bt gini.... mmg sebulan lah dana tazkirah kt dia

aKSARAfENDI said...

agaknya sbb tak sabar nak habis..mybe jenis yg mmg mls blaja dorang ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012