Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Piala AFF Suzuki 2014 : Tahniah Pemain Otai!

Malam tadi semua kritikan pedas terhadap Coach Dolah memilih otai-otai mewakili HM terpadam terus! Semua mulut ternganga, semua pihak tertanya-tanya...betulke, mimpike? Sebenarnya anda masih di alam realiti!









Terima kasih daun keladi kepada otai-otai HM, safiie, shafiq rahim dan indera. Semoga anda mampu beraksi lebih cemerlang dan tidak mengecutkan perut mama apabila melawan vietnam nanti. Serius, semasa game tadi, ketika shafiq nak menendang penalti, mama keluar rumah kerana tidak sanggup melihat. Mama takut jika kejadian mat yo ketika game jdt vs pahang berulang! X sanggup rasanya tau..

Jika dilihat pada gambar, semua ramalan berpihak pada Singapura. Tu maksudnya, HM ni x boleh terlalu diharap2kan kerana biasanya apabila terlalu mengharap mereka akan mengecewakan, namun jika tidak diberi perhatian, mereka boleh menang pula!

Namun, percayalah HM, walau abah x lagi duduk menyokong, mama tetap x berganjak. Mama tetap menyokong dan sanggup menonton live walau apa-apapun keputusannya. Cuma satu yang mama harap, mungkin kali ini kita terpaksa bergantung pada otai, namun sampai bila benda ni nak berterusan. Cuba tengok player thailand yang rata2 muda2 lagi. Salah satu faktor HM kalah game dgn thai kerana faktor stamina. Otai mungkin banyak pengalaman dan dapat menandingi kesebelasan muda thai, namun orang muda tenaga banyak, tu yg saat2 akhir kita ditewaskan! Tragis betul saat tu. Malah game malam tadi pun seakan2 nak berakhir macam tu, tapi nasib baik kita dapat penalti dan nasib baik keeper singapura ada di gawang malaysia.

Mama harap game seterusnya tiada faktor 'nasib baik'lagi. Caiyok HM!

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012