Pages

@aimaniman |

Demi Amanah : Rela Terkorban

Begitu mulia pengorbananmu guru, alfatihah.



Demi kertas SPM yang tertinggal di rumah, pasangan guru ini sanggup menggadai nyawa untuk kembali ke rumah demi menyelamatkan kertas tersebut. Pengorbanan mereka membuka mata masyarakat di luar betapa besarnya tanggungjawab seorang guru. Ramai menyangka guru berseronok bercuti dan mendapat gaji walaupun 'tidak bekerja' semasa cuti sekolah. Sampai bila minda sebegini mampu diubah? Adakah guru bekerja apabila pergi ke sekolah sahaja? Jika bukan guru yang 'bekerja' sewaktu cuti, siapa yang akan menanda kertas anak-anak kalian? Mungkin ada yang berkata, guru tu dapat duit menanda. Memang betul kami diupah, tetapi kalian tahukah betapa besar amanah yang kami pikul? Jika kami 'main-main' menanda, apa akan terjadi pada nasib anak bangsa? Kami mengorbankan masa, tenaga, masa dan keringat demi memenuhi amanah tersebut. Bayangkan jika seorang isteri terpaksa bersengkang mata sehingga dinihari untuk menanda kertas SPM, kerana kami hanya diberi tempoh masa yang amat terhad. 400 skrip jawapan perlu disiapkan dalam masa 10 hari! Tapi itulah hakikatnya tugas kami dan hanya kami yang memahaminya.



Kepada anak-anak arwah, semoga kalian tabah menghadapi dugaan maha berat ini. Sesungguhnya kalian harus berbangga kerana arwah ibu bapa kalian merupakan pendukung amanah yang tiada tolok bandingnya. Semoga kisah arwah ibu bapa kalian menjadi pembakar semangat untuk kalian meniti hari muka yang sukar dan penuh duri.

posted from Bloggeroid

Entry Sedih : Berapakah Nilai Anak kita?

Berapakah nilai permata hati kita? Di hati kata tidak ternilai dengan apa-apa jua, tapi betulke?
Jom baca info ni, memang sedih gila. Terasa diri kerdil kerana 'mengkerdilkan' kurniaan dan amanah daripada-Nya.

Sedih apabila membaca info bermanfaat buat ibu bapa yang alpa macam mama. Kata permata hati tidak ternilai dibandingkan dengan apa-apa pun di dunia, kenapa pula apabila permata hati setakat menganggu kita 'menelaah' fb pun, mereka diherdik! Apalah nilai fb jika dibandingkan permata hati yang telah kita kandung dan keperitan ketika melahirkan mereka dahulu?
Semoga peringatan ini menjadi pedoman maha berguna buat mama dan semua ibu bapa dalam menjaga amanah-Nya yang tidak ternilai ini.

posted from Bloggeroid

Booking Hotel Agoda : Tertipu Licik!

Sedih dengan kebangangan diri tahap gaban!



Semalam baru je mama suka hati tahap gila kerana berjaya save duit dengan membeli Mach Coway time promosi. Hampir +- 1 ribu tau! Tapi, tak sampai 24 jam selepas tu, mama tertipu oleh Agoda disebabkan kebangangan tahap gaban mama!





Sebenarnya, dah berkali-kali mama membelek-belek manja Agoda tapi belum pernah lagi mama tergoda macam petang tadi. Godaan Agoda begitu mencengkam jiwa mama, tambah-tambah rasa bosan menggila duduk di rumah time cuti sekolah ni. Buka saja wassap, semua kawan post gambar p holiday, p jjcm, p cuci-cuci mata, p mengempiskan poket dan p membuncitkan perut. Mama pulak, paling best pun setakat cuci mata di fb dan website je mengenangkan duit yang macam tak ada tu. Tapi tak taulah kenapa petang tadi mama terpedaya juga akhirnya. Tekan Agoda, pilih GCM dan jumpa apartment 3 bilik plus tax semua cuma GBP 171.14. Apartment 3 bilik di GCM cuma 171.14! Mama pun apa lagi, buatle tempahan menggunakan kad kredit tanpa berfikir panjang, tanpa bertanya dan tanpa menoleh belakang lagi!



Selepas lihat screenshot resit daripada Agoda, mama tergamam. USD! Mama convertkan dalam matawang MYR maknannya harga apartment tu semalam ialah +-630 hengget! Macam p bercuti-cuti ke Penang je, tapi sebenarnya nun sebelah kampung! Kalau ke Penang berbaloi juga le dengan kos tol, minyak dan makan. Ini cuma bercuti di sebelah kampung, sampai rm630! Malu mama nak cerita di grup wassap kawan2 atas kebangangan tahap gaban mama.

Mesej daripada cerita mama, walau apa2 pun tindakan yang bakal kita lakukan kita perlu menggunakan otak mengatasi nafsu, jika tidak inilah jadinya. Tertipu secara licik!

posted from Bloggeroid

Final AFF Suzuki 2014 : Harimau Malaya boleh ke?

Bangun.. bangun... bangun Harimau bangun... Jangan tidur lagi....



Sorry Vietnam, kata fans Malaysia. Kata-kata tersebut bukan pembakar semangat kosong, malah telah diterjemahkan dengan daya juang maksimum oleh Harimau Malaya. Malah HM betul-betul mengaum ibarat harimau terluka sebelumnya. Siapa sangka barisan yang di'permain-mainkan' secara sinis oleh banyak blogger, mampu bangkit malam Jumaat ni. Macam ada aura malam Jumaat saja kan. Sindiran paling sinis dan berkali-kali mama baca ditulis oleh blogger terkenal ni.


Memang betul apa yang ditulis oleh blogger ni. Mana mungkin pemain-pemain otai HM mampu menandingi pemain Vietnam yang jauh lebih muda dan tentunya lebih cergas. Malah beliau membandingkan pemain Vietnam seperti Watson Nyambek, yang mampu ke kedai dulu baru player HM mampu tiba! Sinis dan begitu menggegar hati para player. Tapi mama rasa rentetan sindiran dan cemuhan tersebut dijadikan ubat paling mujarab untuk membaiki segala kepincangan yang ada.



HM malam ni ibarat minum tonik baru. Segala-galanya kuat, segala-galanya cergas dan segala-galanya ok berbanding game di Shah Alam hari tu. Malah, pengulas jemputan di TV 9, Khalid Ali mempersoalkan tindakan Coach Dollah kerana membariskan 5 muka lain dalam barisan player HM. Menurutnya, 5 muka lain ni lemah, tiada pengalaman dan takut-takut gagal menyerap tekanan maha besar dalam game maha besar separuh akhir piala AFF. Besar sangat ke peringkat ni? Baru peringkat Asean, wahai pengulas budiman. Kalau tak dicuba, sampai bila mereka mahu duduk di bangku simpanan? Itulah silapnya orang kita, takut mahu berubah. Malu-malu untuk kata tidak. Segan untuk berubah dari kebiasaan. Kebiasaannya kita mengharapkan Apek dan Safii Salee. Apa salahnya kali ini kita mengharapkan Farizal Marlias dan Piya. Yang jelas, harapan kita itu tidak dihampakan. Yang pasti, passing Piya membolehkan Indera menerima bola dan hantarannya tertampan oleh player Vietnam sehingga terhasilnya gol. Satu lagi, saat corner kick ditendang oleh Piya, ditanduk secara lantunan oleh Sukor Adan langsung menghasilkan gol.

Fuiyo... seronok betul tengok Amri Yahyah, Shafiq Rahim, Indera, Sukor Adan dan Piya main malam ni. Baru 1st time mama tengok bola bukan bola tengok mama main tab! Langsung x membosankan malah mendebarkan dan menggembirakan. Doa mama semoga kecemerlangan ini diteruskan oleh HM di stadium di Bangkok dan Shah Alam nanti. Cuma peringatan mama, jangan mudah leka dibuai mimpi indah kemenangan malam ni. Kita perlu ingat, coach Thailand tentu dah lihat game tadi dan belajar dari setiap sudut untuk mengkaji kelemahan kita. So, coach Dollah perlu lebih kreatif dan jangan mudah berpuas hati dengan kejayaan yang ada. Pepatah pun ada kata, pisang tak kan berbuah dua kali. Player Thailand x mungkin akan membiarkan pisang berbuah lagi, cuma coach Dollah dan player HM perlu pasang strategi agar pisang spesies baru akan berbuah sekali lagi. HM pasti menang. HM juara AFF 2014! Ada berani?

posted from Bloggeroid

The Avengerz : Anak Terunaku Artis!

Jom support Avengerz! Jom support!





Anak teruna mama sudah menjadi artis dengan nama band The Avengerz! Korang semua kenalke? Alaaa.. yang sebaris dengan Najwa Latif, Ana Rafali dan banyak lagi hasil daripada produk uTube. Perasan pulak mama meletakkan The Avengerz sebaris dengan nama-nama besar tu. Tapi kalau bukan mama, ibu mereka pada tahun 2011 dan 2012, siapa lagi yang akan 'mengangkat' mereka kan? Baguslah kerana mereka menyalurkan bakat dan hobi mereka ke arah yang betul dan mereka tahu saluran yang perlu untuk pergi. Dengar kata lagu mereka hot di uTube dan disiarkan di Meru FM serta ada buat persembahan akuistik di Giant, Shah Alam. Kira ok la kan, mama sendiri tak pernah dan tak mungkin mampu untuk membuat persembahan di Giant, apatah lagi untuk 'masuk' radio. Tahniah mama ucapkan kepada Acap, hazwan, izat daniel and de geng. Mama sangat-sangat berharap agar kamu semua berjaya menjadi insan yang disegani, tak kiralah dalam dunia hiburan mahupun dalam bidang akademik. Semoga kamu tidak lupa diri, walaupun jika mampu menempa nama dalam dunia hiburan, namun kalau STPM kamu ok, tolooonglah sambung lagi pelajaran. Ingat, segala kenangan manis sebagai ex ibu 5B 2012 tidak mungkin saya lupakan. Sebenarnya, karenah kamu yang mendewasakan mama sebagai guru. Kekadang ketawa sendiri bila ingat2kan kisah kamu. Syyyyyy.....

posted from Bloggeroid

Shopping Online : Kena Kencing!

Habit shopping secara online ni memang susah nak dihilangkan tau, tambah-tambah sebelum ni mama tak pernah lagi rasa dikencing!



10 hari lepas, mama tergerak untuk membeli barang borong dari China di website borong China ni. Kalau tengok harga barangan memang le jauh lebih murah. Misalnya, genie bra yang popular tu dan bamboo slimming suit yang konon-konon boleh menyelimkan badan tu, jika di fb dijual dengan harga 2 set rm100 dan free 1 seluar kecik, sedangkan satu set genie bra hanyalah rm25 dan spender tu baru rm4.50. Bamboo sliming tu pulak, baru rm15 sedangkan di fb dijual dengan harga rm50 sepasang! Website ni juga membenarkan pelanggan membeli barangan hanya 1 sahaja dengan harga yang cukup murah itu. Tak perlu borong, tau! Apa lagi, mama pun dengan gelojohnya memasukkan banyak barang ke dalam cart n klik maybank2u.



Namun, setelah 10 hari, bayangan barang tak nampak2 pun! Kalau macam ni punya leceh, sanggup ke kita nak jadi ejen dropshipnya? Konon, semua urusan mereka yang urus, kita hanya jual dan dapat untung, tapi kalau macam ni prestasi mereka... percaya ke kita? Silap2 pelanggan lari coz barangan x sampai2, malah kita jadi bahan kutukan pula kerana penipu! Biaaanya barangan yg kita beli drpd penjual individu akan tiba dalam masa dua hari, tapi dengan syarikat ni, masuk 10 hari tak sampai2 pun! Kena kencing ke mama ni?



Semalam mama menyopping online lagi, kali ni di groupon pulak. Memang jenis manusia x belajar drpd kesilapan ni. Tapi betul ke, syarikat besar2 ni, agak leceh sikit bab hantaran barang? Almaklum, mereka syarikat besar n ramai pelanggan, berbanding peniaga 'ikan bilis' di fb? Siapa ada pengalaman serupa? Pernah ke kena kencing, terutama dgn syarikat2 online yg popular eg lazada, groupon, my deal, pusat borong cina dll? Kongsi ye cerita....

posted from Bloggeroid

Istimewanya Mr X dalam Pencetus Umah!

Untung siapa yang menonton PU channel Oasis malam ni. Semua PU bersemangat menyelesaikan tugasan tentang Peranan Malaikat. Namun, Mr X ni membuatkan mama tertanya2 pada diri sendiri.





Beliau anak Syria namun fasih berbahasa Melayu tau. Mama lupa akan namanya sebab tu mama panggil je Mr X. Nanti semua orang kata, alaaa dia dah 11 tahun bermastautin di Malaysia. Alaa, dia berkahwin dengan gadis Terengganu. Alaaa... macam-macam lagi pendapat yang dilontarkan. Namun, apa yang menarik hati mama ialah, orang Syria yang lidahnya basah dengan kalimah arab dari kecil, namun mampu petah berbahasa Melayu, malah boleh bercakap loghat Terengganu. Apa maknanya tu?

Maknanya, di mana àda kemahuan di situ ada jalan. Maknanya mempelajari bahasa Melayu bukan suatu yang sukar tau. Namun, apa yang menyedihkan ialah anak Malaysia yang sudah 17 tahun menjadi orang Malaysia, dalam hal ni anak didik mama yang tingkatan 5 tu, sukar sangat nak belajar bahasa Melayu! Yang bukan Melayu apa tah lagi, yang Melayu pun lebih kurang saja. Bercakap macam bukan penutur asli bahasa Melayu dan menulis lebih teruk lagi! Bilakah mentaliti rakyat Malaysia agar mengagungkan bahasa sendiri dapat dibentuk ya? Tahun depan nak dibawa masuk guru dari China. Rasa-rasanya mereka ni fasih berbahasa Melayu macam Cina Kelantan atau Terengganu ke? Atau mereka semakin mengacau bilaukan bahasa Melayu yang memang sudah caca merba sifatnya.

posted from Bloggeroid

Shopping RM 1212 di LAZADA Malaysia [Contest]

Enty tentang shopping lagi, tetapi kali ini shopping sambil join contest sambil ada peluang untuk menang! Jom la mencuba nasib kita...

Blogger-Contest


Jika mama ada RM 1212, mama akan beli barang-barang ini. Tujuannya untuk memudahkan tugas mama, almaklum sebagai guru majalah, mama perlu ada semua kelengkapan agar tugas mama lebih tip top. 

wow.. jika ada camcorder lengkaplah aksesori mama untuk memuat turun bahan dalam e-majalah 


Jika ada benda ni, boleh la mama menambah dana kelab fotografi dan majalah  dengan menjual gmbar secara spontan, x perlu sambung  pada printer atau  pindahkan gambar dari hp ke laptop!

Inilah dunia guru walaupun cuti, namun fikirannya tetap untuk sekolah, tetap untuk anak didiknya. Jika kedua-dua barang ini mampu mama miliki dengan rm 1212 itu, mama bukan sahaja dapat melengkapkan aksesori untuk melahirkan e-majalah dan menambah dana kelab, malah mama dapat melatih anak didik menjadi juruvideo yang mahir. Mama juga mampu menanam ciri-ciri uahawan muda dalam diri anak-anak didik mama. Seterusnya, selepas mama berjaya merealisasikan impian mama, rakan-rakan guru yang melihat kemudahan yang mama miliki turut akan tertarik untuk membelinya. Sudah tentu trend membeli secara online di Lazada akan menjadi pilihan utama rakan-rakan guru.


Ok, pada sesiapa yang mahu join contest ni, bolehlah baca syarat2 di bawah ataupun klik Tuan Blog di bawah banner di atas. Good luck untuk semua... 




Shopping Online : Nafsu vs Keperluan

Disember baru melangkah ke hari yang ketiga, bermakna ada lagi 3 minggu sebelum gaji akan datang, tapi mama dah membelanjakan rm600 hanya dengan shopping secara online! Kaya peniaga online jika ramai manusia bernafsu gila macam mama kan?

















Gambar menunjukkan antara transaksi yang mama lakukan dari hari gaji sampai ke 3.12 ni. Kebetulan tadi ada isu tentang berbelanja secara online dalam WHI. Antara cara agar kita tidak tertipu ialah kita perlu membanding-bandingkan harga barangan yang ditawarkan dan testimoni daripada pembeli. Masalah mama, setakat ini, mama bukan tertipu oleh penjual tetapi mama tertipu dengan diri sendiri coz mama tidak dapat mengawal nafsu diri untuk berbelanja. Tambah2 sekarang aplikasi maybank2u boleh dimuat turun menerusi tab, jadi lajulah langkah mama. Dulu2 niat nak membeli note 10.1 untuk memudahkan mama keyin markah dalam saps, smm dan kehadiran murid tetapi lain pula jadinya kerana memudahkan mama menyopping online pula!



Sesiapa yang pernah mencari dress frozen yang cantik2 ni, mama cuma meredah tesco setia alam dan gm sahaja... harganya jauh lebih mahal tau. Kalau dress paling murah harganya rm75 dan pyjama jenis kain getah yang tertetas benang bila masuk mesin basuh tu harganya rm23.



Tapi bila kita beli secara online, 5 helai pijama jenis kain tshirt sejuk je, baru rm100 dan pos rm6 . Dress cuma rm50 sehelai. Pada mama berbaloi2 jika membelinye, sebab tu tangan mama gatal je untuk menyoping online ni.



Lagi satu yang membuatkan mama tak tidur malam ialah trend instant shawl yang jenis sarung je. Mama kalau shoping instant shawl ni di fb busana hulwah. Instant shawl dari jenis diamond silk memang boleh membuatkan mama teringat2 dalam mimpi. Lagipun harganya lebih murah berbanding harga di fb lain yang menjual is yang sama. Tapi jangan tertipu dengan is ala-ala nealofa ye. Kalau cari di fb tudung borong masjid india harganya baru rm12 hengget untuk borong 20 helai!

Sorrylah entri yang panjang tapi mama rasa tentu semua terfikir sama ada kita membeli belah online ni hanya kerana nafsu atau keperluan sebenarnya. Masing2 tentu ada pandangan tersendiri, cuma mama rasa selagi mama x menyusahkan dan mengempiskan poket cik abang, selagi tu mama rasa ok je. Lagipun, kitakan wanita bekerjaya, hak kita lah untuk menghabiskan duit hasil penat lelah kita kan... Kalau tak untuk anak dan diri sendiri, untuk siapa lagi...

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012