Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Demi Amanah : Rela Terkorban

Begitu mulia pengorbananmu guru, alfatihah.



Demi kertas SPM yang tertinggal di rumah, pasangan guru ini sanggup menggadai nyawa untuk kembali ke rumah demi menyelamatkan kertas tersebut. Pengorbanan mereka membuka mata masyarakat di luar betapa besarnya tanggungjawab seorang guru. Ramai menyangka guru berseronok bercuti dan mendapat gaji walaupun 'tidak bekerja' semasa cuti sekolah. Sampai bila minda sebegini mampu diubah? Adakah guru bekerja apabila pergi ke sekolah sahaja? Jika bukan guru yang 'bekerja' sewaktu cuti, siapa yang akan menanda kertas anak-anak kalian? Mungkin ada yang berkata, guru tu dapat duit menanda. Memang betul kami diupah, tetapi kalian tahukah betapa besar amanah yang kami pikul? Jika kami 'main-main' menanda, apa akan terjadi pada nasib anak bangsa? Kami mengorbankan masa, tenaga, masa dan keringat demi memenuhi amanah tersebut. Bayangkan jika seorang isteri terpaksa bersengkang mata sehingga dinihari untuk menanda kertas SPM, kerana kami hanya diberi tempoh masa yang amat terhad. 400 skrip jawapan perlu disiapkan dalam masa 10 hari! Tapi itulah hakikatnya tugas kami dan hanya kami yang memahaminya.



Kepada anak-anak arwah, semoga kalian tabah menghadapi dugaan maha berat ini. Sesungguhnya kalian harus berbangga kerana arwah ibu bapa kalian merupakan pendukung amanah yang tiada tolok bandingnya. Semoga kisah arwah ibu bapa kalian menjadi pembakar semangat untuk kalian meniti hari muka yang sukar dan penuh duri.

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

3 comments:

lia said...

semoga Allah melindungi anak2 arwah, InsyaAllah...

Najib Ariyan said...

Salam

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Semoga tahun2 mendatang menjanjikan kemakmuran, keamanana dan kesejahteraan kepada kita semua.... aminnn....

eMMe said...

Semoga Anak-Anak Arwah dapat menjalani kehidupan tanpa ibu bapa dengan tabah... Ya Allah! lindungi la Mereka, Amiin.............

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012