Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Shopping Online : Nafsu vs Keperluan

Disember baru melangkah ke hari yang ketiga, bermakna ada lagi 3 minggu sebelum gaji akan datang, tapi mama dah membelanjakan rm600 hanya dengan shopping secara online! Kaya peniaga online jika ramai manusia bernafsu gila macam mama kan?

















Gambar menunjukkan antara transaksi yang mama lakukan dari hari gaji sampai ke 3.12 ni. Kebetulan tadi ada isu tentang berbelanja secara online dalam WHI. Antara cara agar kita tidak tertipu ialah kita perlu membanding-bandingkan harga barangan yang ditawarkan dan testimoni daripada pembeli. Masalah mama, setakat ini, mama bukan tertipu oleh penjual tetapi mama tertipu dengan diri sendiri coz mama tidak dapat mengawal nafsu diri untuk berbelanja. Tambah2 sekarang aplikasi maybank2u boleh dimuat turun menerusi tab, jadi lajulah langkah mama. Dulu2 niat nak membeli note 10.1 untuk memudahkan mama keyin markah dalam saps, smm dan kehadiran murid tetapi lain pula jadinya kerana memudahkan mama menyopping online pula!



Sesiapa yang pernah mencari dress frozen yang cantik2 ni, mama cuma meredah tesco setia alam dan gm sahaja... harganya jauh lebih mahal tau. Kalau dress paling murah harganya rm75 dan pyjama jenis kain getah yang tertetas benang bila masuk mesin basuh tu harganya rm23.



Tapi bila kita beli secara online, 5 helai pijama jenis kain tshirt sejuk je, baru rm100 dan pos rm6 . Dress cuma rm50 sehelai. Pada mama berbaloi2 jika membelinye, sebab tu tangan mama gatal je untuk menyoping online ni.



Lagi satu yang membuatkan mama tak tidur malam ialah trend instant shawl yang jenis sarung je. Mama kalau shoping instant shawl ni di fb busana hulwah. Instant shawl dari jenis diamond silk memang boleh membuatkan mama teringat2 dalam mimpi. Lagipun harganya lebih murah berbanding harga di fb lain yang menjual is yang sama. Tapi jangan tertipu dengan is ala-ala nealofa ye. Kalau cari di fb tudung borong masjid india harganya baru rm12 hengget untuk borong 20 helai!

Sorrylah entri yang panjang tapi mama rasa tentu semua terfikir sama ada kita membeli belah online ni hanya kerana nafsu atau keperluan sebenarnya. Masing2 tentu ada pandangan tersendiri, cuma mama rasa selagi mama x menyusahkan dan mengempiskan poket cik abang, selagi tu mama rasa ok je. Lagipun, kitakan wanita bekerjaya, hak kita lah untuk menghabiskan duit hasil penat lelah kita kan... Kalau tak untuk anak dan diri sendiri, untuk siapa lagi...

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

3 comments:

Kakzakie said...

Ramai kita suka shopping online ni sebab murah dan post pun sehari-dua dah dpt.. Rasa kakak yg menipu tu ada cuma dah jarang ditemui dan kakak pun belum pernah terkena lagi. Harap-harap jgnlah kan:)

Nurzakiah Hanum said...

ANUM SUKA ONLINE SEBAB X PERLU BERSESAK KAT LUAR SANA

Dhiera nadhirah said...

normal bila perempuan teruja dengan shopping. tapi kena control sikit ni mama. rm600 dah tu belanja. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012