Pages

@aimaniman |

Mood mencantikkan kelas 2016...

Tahun 2016 bakal jadi GT 5M.. wow wow wow
Nape 3 wow?
1.kelas paling 'dipuja' oleh semua gt seantero bss
2.murid paling 'tip top' seantero bss
3.menguji tahap kesabaran, kecekalan, ke apa2 an diriku...




Ko ado?

Semoga 'pelaburan' kecil ini menjadi pembakar semangat utk insan kerdil 5M 2016 melakar sejarah memperoleh sijil spm! Bukan x yakin tapi... keyakinan tanpa usaha x mungkin membuahkan hasil. Moga kamu berubah ye.....

posted from Bloggeroid

Target soalan BM SPM 2015

Bahagian 2.. sambungan daripada ramalan soalan bm spm 2015 dlm entri sebelum ni...





Jom kita kerah anak2 murid kita jawab soalan2 tu, terutama soalan novel tu. Manalah tahu kan, untung sabut timbul, untung manusia siapa yang tahu...

Pada anak didik calon spm 2015.. gud luck.. tunggu tema karangan spot seterusnya ye...

Kredit kpd cikgu samat buang atas perkongsian ini...

posted from Bloggeroid

Ramalan SPM Bahasa Melayu 2015!

Fuiih... hot betul ni. Soalan spot ni mama dapat drpd 2 orang insan guru BM yang begitu terkenal, cikgu ghalib dan cikgu samat buang.. jom baca seterusnya..

















Isu 1,2 dan 3 yg diramalkan oleh cikgu samat boleh kita dapatkan artikalnya menerusi buku kru yg dihasilkan oleh beliau. Jadual ramalan soalan pemahaman komsas tu pula memang jelas boleh membantu. Sementara soalan spot drpd cikgu ghalib ialah ttg tema pelancongan dan kemalangam. Tapi jgn lupa, isu pelancongan telah keluar dlm spmu 2015 aritu.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan. Tak salahkan jika kita meramal, tp jgn percaya 100%, galakkan anak murid supaya menelaah kesemua tajuk yang telah diajar. Ingatkan mereka agar jgn gabra, maksimumkan mssa yv ada hanya tinggal seminggu ni dan yakinkan mereka bhw mereka juga boleh!..

Angkat tangan mana2 guru yg x takut menjelang 2.11.15?

posted from Bloggeroid

HRMISONE @ HRMIS 2.0 : Hot di pasaran....

Pengalaman menyiapkan skt versi alaf milineum ni begitu menguji kesabaran diri mama. Tak tahulah pengalaman rakan-rakan guru yang lain. Tapi serius mama mahukan sedikit keprihatinan pihak berkenaan untuk menyediakan program yang betul-betul stabil sebelum 'memaksa' kami melakukannya. Bukan kami menolak inovasi, namun diharap inovasi yang ditagih tidak membebankan kami insan symp ni.

fuiiihhhhh menguji betul untuk login ke hrmis 2.0

alternatifnya kami ke hrmisone...

Tarikh hantar begitu cepat, kadang-kadang tak terfikir dek pemikiran yang waras. Sudahlah sukar untuk login kerana website diselenggara dan pelbagai kerenah lain seperti mula-mula PBS online diperkenalkan, line pula lembab bak kura-kura. Yes tidak lagi yes, maka para guru pun mulalah menggunakan Unifi, Umobile, Digi, Maxis, Celcom dan lain-lain menggunakan duit poket sendiri demi menghantar SKT versi baru ni. Maka bersengkang mata lagilah kami seperti zaman PBS online yang sudah terkubur tu. Maka tidur pukul 3 pagi lagi la kami dan keesokan harinya awal-awal pagi lagi sudah mencurahkan ilmu demi anak didik yang kehausan bimbingan untuk menghadapi SPM. Anak-anak kami? Ya, in sha Allah anak-anak kami akan 'dilindungi' jika kami 'melindungi' anak-anak orang lain. Itulah prinsip yang sering dipasakkan dalam diri kami walaupun dalam hati ini gusar dengan pelbagai perkara negatif yang berlaku di depan mata. 

Layakkah kami untuk mengeluh?
Sanggupkah 'kamu' melihat sengsaranya kami...
Kami tidak mengimpikan bulan dan bintang, 
hanya keprihatinan yang kami tagih kerana kami tahu betapa kerdilnya diri ini...

PC Super Power Kebaboom

Anak-anak baru 8,7 dan 5 tahun. Mama rasa kalau nak dibelikan pc yang harga ribu riban, menangis juga kalaulah dibahan dek mereka. Sedangkan mama dah janji untuk membelikan mereka pc! Mama tak mau le dianggap janji dicapati, sebab persepsi anak2 terhadap mama perlulah sentiasa dan terus harum mewangi...


Akhirnya setelah bertanya a-z dengan encik di fb ni, mama pun beli pc second hand dengan harga rm450.... sebenarnya dia ada jual juga pc 2nd hand dgn hg rm288 tetapi setelah ditilik2 spec pc tu, mama pun memilih untuk membeli pc yg harganya rm450, berbaloi2 kot..

Dua hari menunggu.., dan akhirnya pc power kebaboom menjadi milik kami!




Apa lagi, anak2 mama pun menunjukkan 'keteraan' mereka 'melayan' pc super power kebaboom mereka. Anak2 gembira, mama pun lapang dada. Cuma dlm hati mama, waktu umur 5 tahun dulu, mama cuma tau main ceper, batu selimban, captik dan teng teng... tapi anak2 sekarang mouse dan keyboard tu kacang je bagi mereka!

Kalau ada sesapa yang berminat nak kan pc super power kebaboom yang mmg berbaloi2... bacalah spec seperti tertera kat atas tu dan pm le no encik di fb tu ye... gerenti x menyesal punya!

posted from Bloggeroid

Tuah Juara!

2.8.15 confirm Tuah Juara! Tahniah buat kami sebagai arkitek Menara berkembar dan "wan malaysia". Tak sia2 berpenat lelah, berhabis duit kerana title juara milik kami. Tqvm buat rakan2 wak il, fiza, nira, k leha n cumi.. muaahhh...


Imej kami dari jauh...


Jelas sikit..


Lagi jelas bila ada yeya posing..

Nak tau cara buat? Mudah je.. mula2 google, lpas tu cambah idea, cuma cari bahan2 terbuang eg botol yg dikutip dr pusat pelupusan sampah, kertas2 recycle dan idea otai...

posted from Bloggeroid

Super Dad

Jadikanlah super dad ini sebagai ikon..



Teringat kisah di kelas 5 K... awak lepas spm nak jadi apa kalau x nak belajar macam ni? Alaa cikgu, dia anak toke... alaa cikgu, ayah saya ada kedai makan laa, apa susah, saya kerja kat kedai mkan ayah saya la... Saya tanya lagi, awak nak keja jadi apa? Alaa cikgu, sekarang pun saya dah keja jadi pelayan, sambil basuh pinggan...

Itulah mentaliti anak Melayu, kerja apa2 aja asal dapat duit. Bila diberitahu kalaulah dia belajar bersungguh2, dapat result ok, sambung belajar, nanti lepas belajar boleh tolong kembangkan perniagaan ayah, bukan saja setakat di taman tu, malah boleh buka francais di luar...

Nasihat saya hanya jadi bahan tawa anak2 murid dan mereka terus dengan aktiviti biasa, tido dan bersembang ketika di dalam kelas.

Selepas result spm keluar, saya masih nampak dia, dengan tuala lusuh di bahu, memgelap meja makan...

Dalam fikiran mama, kalaulah masa yang ada dulu digunakan dengan belajar, mungkin dia kini di bilik beraircond di salah satu ipta di negara kita.... kalaulah dia 'berfikir' masa itu...

Saban tahun, beginilah fenomena yang mama hadapi di kelas, berhadapan dengan anak2 murid dan ibu bapa yang sangat 'cetek' pemikirannya. Cukup dengan apa yang ada dan tidak mahu dapat yang lebih! Satu lagi yang menyakitkan hati, semasa di tingkatan 4, anak2 telah didedahkan dengan keistimewaan mengikuti aliran vokesional di kolej voke atau di kolej swasta yang menyediakan pelbagai insentif. Berduyun2lah murid yang menyahut cabaran, tetapi malangnya apabila di tingkatan 5, berduyun2 juga yang kembali ke sekolah atas alasan ibu bapa suruh ambil spm!

Kita sebagai ibu bapa perlu tahu kemampuan anak2 kita, jika mereka bukan dalam aliran akademik, mungkin mereka lebih berjaya dalam aliran vokesional, namun mentaliti ibu bapa masih mahukan anak2 ada spm! Namun, mampukah naak2 ni, kalau membaca bahasa melayu pun masih merangkak2? Sedangan kbat, hots dll dicanang2 sentiasa. Jangankan nak lulus bm dan sejarah, bi apatah lagi!

Jadi kepada ibu bapa, jadilah seperti super dad....

Tak mudah 'leka' dengan kekayaan yang ada dan 'selamilah' kelebihan dan kekurangan anak2 masing2....

posted from Bloggeroid

Jadual berbuka dan imsak di klang 1436H

Marilah bersama2 kita menjalani ibadah puasa pada tahun ini dengab lebih bersedia dan mendapat puasa yang dipenuhi dengan keberkatan...



Sesiapa yang duduk di klang, jom la share jadual berbuka dan imsak ni. Jangan ada yang terlepas sahur atau terawal berbuka plak, mentang2 orang johor.. x sedar diri menetap di selangor, nak ikut waktu berbuka di johor plak!

Tahun ni, cuti raya pun x lama mana. Sekolah mama hanya dari rabu, 15 julai, sampai selasa, 21 julai 2015! Maknanya, raya ke-5 dah balik ke klang! Sedihnya.... Alamak, macam mana nak berbagi hari nak balik kampung mil ni? Ishhhh, napa le cuti raya pendek no? Moga2 datuk menteri pendidikan kita nak bagi cuti tambahan... marilah sama2 kita berdoa ye..

posted from Bloggeroid

Jom kempiskan perut...

Raya dah nak dekat, tetapi ramai yang mengeluh, perut tak pernah nak mengempis!

Ada beberapa cara mudah nak mengempiskan perut, cuma tanya perut nak buat ke x nak...

1. Pakai PB ->mama dah buat 2 tahun lepas, habis bonus raya yang ds Najib tapi,...

2. Minum air detox plus cmd ->dalam progress, kesan? Entah, coz x berdisiplin, tapi klu baca testimoni kat fb ramai yang dah berjaya dan mama akan teruskan selepas balik cuti sekolah ni nanti
** ramai yg kata x payah susah2 minum air detox, campurje cmd ngan air minuman kita yg sedap2 tu eg milo ais... tapi berjaya ke misi kita?

3. Bersenam... cara paling murah tapi paling susah nak dilakukan!





Jom la kita berusaha untuk menjayakan misi mengempiskan perut sempena syawal tahun ni? Anda berani?

posted from Bloggeroid

Aksi tidur mengancam!

Entri post yang pasti membuatkan kita gelak sakan... Layan gambar ye..




Anak mama yang mampu tidur di tengah2 kesibukan dan keriuhan orang berkaraoke sempena karnival HEM sekolah mama!




Keriangan berganda... itulah syoknya zaman kanak2, rasa rindu zaman kanak2 mama dulu. Kepala x pernah nak pecah fikirkan itu ini macam sekarang. Dari masalah anak sendiri sampailah ke masalah anak orang, setiap hari gerun memikirkan tentang result spm mereka. Kadang2 result peperiksaan anak2 pun rasanya x diambil kisah macam memikirkan result anak didik!

Alangkah seronoknya zaman kanak2 kan? Aksi tidur di atas pentas pun jadi hiburan bagi orang lain. Cuba yang dewasa buat macam tu... sah dikira sebagai kurang siuman!

Semoga anak2 mama melalui keriangan zaman kanak2 mereka tanpa dibebani dengan persoalan remeh orang tua2. Almaklum, ibu bapa sekarang berlumba2 mahukan anak terbaik dari segi pelajaran sehinggakan mereka dinafikan untuk menikmati zaman kanak2 mereka! Semoga mama bukan seperti itu... amin!

posted from Bloggeroid

Jadual Imsak dan Berbuka Kuala Lumpur



Sesiapa yang dok area yang sama bolehlah kita prntscreen simpan dlm hp, senang nak tengok bila2 kan atau jadikan wall paper sepanjang sebulan berpuasa ni.



Ni pula niat berpuasa dan berbuka pd yg dah lupa, almaklum setahun sekali kan...

Tapi yg pasti bulan ramadhan belum lagi tapi kuih tunjuk dah banyak mama beli. Memang pandai penjual2 kuih raya ni, bukan setakat edar flyer, guna anak2 sediakan tester untuk diedarkan kpd guru2....

Macam tau2 je cikgu2 ni kuat.... makan dan kuaaattt membeli!

posted from Bloggeroid

Promosi Tupperware Raya!

Promosi harga runtuh... dapat kuih dan dapat tupperware tau!



Kek ni, harga di katalog ialah rm52.90. Kalau anda member, dapatle beli dengan harga rm39.70 tetapi.... jika beli harga promosi ni, tupperware dapat, kek dapat dan dapat juga beg kertas raya cam dalam gambar dengan harga hanya rm35! Siapa tak mau kan? Mauuuuu....


Untuk cookies ni pun ada promosi gila2. Beli harga promosi hanya dengan harga rm48, kita akn dapat 2 bekas tupperware, 2 cookies dan 1 beg raya! Kalau check di katalog harganya rm75 tau, dan jika member harganya rm56.25. So apa tunggu lagi?

Rebutle peluang harga menjunam tupperware kuih raya ni... Bolehlah bergaya time balik rumah mak n mil nanti. Bawa buah tangan tupperware tuu! Ko ada Temah? Issshhhh... jom la rebut sebelum kehabisan ye..

posted from Bloggeroid

Seronoknya Wetland Putrajaya!

Seronok tau, jom jalan2 di wetland Pj...








Tapi malangnya, time seronok2 guruh pula sabung menyabung... teringat kisah di sri medan, mangsa dipanah petir time berteduh di pondok! Mama x mau ambil apa2 risiko terus angkut budak2 masuk my great alza.. Awan menangis lebat di luar kereta, dalam kereta pun lebat hujan 3 org budak! Tapi demi keselamatan mereka, mama buat x dengar je..

Sebenarnya bukan merancang pun nak ke sini. Mula2 mama gunakan waktu cuti sekolah ni untuk berurusan di bpp. Rasanya pegawai di kaunter bpp tu dah cam muka mama, hampir setiap bulan, malah mama ambil crk semata2 untuk berjumpa mereka! Opppssss... untuk menyelesaikan masalah tertangguh hal penjualan rumah sejak 2012 tau! Tak tau lah sama ada loyer atau bpp yang x buat kerja. Rasa malu dah nak berurusan, tapi apakan daya, rumah dah dijual tapi duit liat sangat nak dapat. Lepas ke bpp, barulah mama ronda2 ke wetland... kira jalan2 tanpa dirancang la ni. Tapi serius kata, not bad, bolehlah pusing2 tasik naik bot...

posted from Bloggeroid

Promosi Upgrade Unifi VIP 10!

Baru2 ni mrs Unifi ada call mama, pot pet pot pet.. mama pun setuju...

kalaulah 1000 orang macam mama, tentu kaya Uifi..

Kenapa mama kata gitu? Hanya berbekalkan air liur, staff Unifi tu berjaya meyakinkan mama untuk meng upgrade daripada Unifi vip5 kepada vip10. Selama ni, vip5 dengan bayarn rm149 plus GST 6% mama akan bayar rm 157.94. Tetapi dek percaya akan kata-kata manis mrs Unifi tu, mulai Jun mama akan bayar rm169 plus gst ialah 179.14!

Waktu tu tengah pening menanda kertas exam, mama dengan mudah bersetuju untuk upgrade ke vip10! Sama ada untung atau tidak, mama pun masih tak tahu sampai sekarang ni! Inilah perempuan kan, rumah siap pahat masih berbunyi!

Pakej yang ditawarkan ialah, mama upgrade ke vip10 dengan bayaran hanya rm169, plus mama dapat dongle p1 5gb 6 bulan percuma dengan hanya bayaran sebanyak rm25 sebulan untuk bulan2 berikutnya. Mama rasa dah cukup lumayan tawaran tu. Betulke?

Sekarang ni, mama gunakan broadband maxis untuk on9 di sekolah dengan bayaran rm50 sebulan hanya 1gb sahaja, ini 5gb cuma rm25 kannnn... lumayan kot? Sesiapa yang ada pengalaman bolehlah kongsikan dengan mama. Tapi untuk bercerai hidup dengan Unifi memang tidak le kerana mama terikat dengan kontrak 2 tahun. Cuma dongle tu, apa kata kawan2 yang ada pengalaman dengan P1. Coveragenya ok ke? Harap2 lepas ni, nak keyin markah dan update apdm x le seleceh guna YES ataupun Maxis... harapan atau realiti? Tungguuu...


pssttt...
rasanya nak bawa je modem unifi tu ke sekolah..
nak belanja warga sekolah biar kerja kita x selembab YES
biar anak didik kita boleh guna Frog
biar frog mama melompat tinggi...



Photobooth : masih relevan kah lagi?

Kenangan manis atau hanya mimpi buruk?










Biar gambar yang berbicara... sama ada happy atau hanya mimpi buruk yang tak mahu mama kenang2kan. Cuma satu yang mama mahu kongsikan, pada alaf serba canggih ni, handphone bagaikan barangan mainan dan bukannya barangan mewah lagi bagi anak-anak remaja. So, lu pikirla, daripada mengeluarkan duit untuk bergambar di photobooth, lebih baik snap gambar menggunakan hp, bluetooth atau share saja di FB atau insta...

So, pada sesiapa yang berangan2 nak buka photobooth semasa karnival sekolah, baik fikir 1001 kali. Mungkin pb sesuai untuk majlis2 seperti hari lahir, wedding dll yang free tapi untuk berbayar.. mungkin tidak! 

Harimau Muda buat gempak lagi...

Apa hal ni, denga Timor Leste pun hanya 1-0? Terfikir di benak mama sama ada Timor Leste dah semakin tera.. atau keteraan HM sudah ditahap paling rendah?

.... bakal player HM?

Rupa2nya Faiz Nazmi Mansor buat hal... meludah pemain lawan! Apa kata coach Timor Leste memang amat pedas, dia kata perbuatan Nazmi memang tak matang kerana ini adalah bola sepak, perlu saling menghormati! Adusssh, sakitnya oh di sini!

Coach OKS pula dengan nada marah ingin menghantar pulang Nazmi. Alahai, kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar? Jangan mudah melatah Datuk,... patutnya dari awal lagi kita tak bawa dia sekali kerana memang dia dah ada sejarah dengan sikap yang tak pernah matang, terlalu emosional dan tak mampu mengawal perasaan.

Paling tak boleh tahan bila mama dengar, Datuk OKS kata team kali ni tiada bintang! Tahniah Datuk kerana sudah memberi jawapan awal jika dikecam apabila team kita kena pulang awal! Dan kredit paling tinggi untuk Datuk jika team kita mampu pergi jauh. Jawapan play safe yang paling cliche... tahniah sekali lagi untuk Datuk! Apa yang pasti team Harimau Muda malah team Harimau Malaya memang kaya dengan sesuatu yang gempak!

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012