Pages

@aimaniman |

FB Mengajar Anak Sifir!

Mama suka layan fb, selain syurga membeli belah, fb juga membuka minda mama bahawa ada teknik untuk mengajar anak-anak tentang sifir....









Dulu-dulu, time sekolah mama paling cepat menghafal sifir. Malah, dulu-dulu RTM ada menyiarkan rancangan Siti Sifir yang begitu popular bagi kanak-kanak. Riuh-rendah rumah dengan nyanyian Siti Sifir. Pendek kata, ibu bapa dulu-dulu tersenyum megah tengok anak-anak bijak Matematik. Tapi, apa jadi pada mama? Sekolah rendah, ikut bontot abah p sekolah kerana abah juga cikgu, jadi keputusan peperiksaan mama memang tip top. Sifir ni ibarat kacang ngan yin je. Masuk sekolah Sains Johor, semuanya bagai mimpi buruk... Mate Mode dapat 6 dan AddMate dapat cangkul melayakkan mama untuk ambil stpm. Punyalah sedih dan malu, ibarat dunia dah kiamat bagi mama. Nasib baik mama diberi peluang kedua untuk ke universiti menggunakan tiket stpm. Di u mama macam fobia bila dengar subjek statistik, tapi itulah subjek yang mama dapat A! Subjek BM cukup-cukup makan sampai ada lecturer suruh mama p terjun tingkap! Rahsia nama tera Statistik 1, 2 dan Statistik Lanjutan? Yang pasti, bukan teknik hafalan seperti mama lakukan time kecik2 dulu. Mama fahamkan teknik dan aplikasi untuk pelbagai soalan, terutama past year soalan yang disediakan oleh lecturer yang sama. 'Pokok pisangnya'... mama berlatih untuk seberapa banyak soalan, dan hasilnya? Pasti semua orang terkejut kerana Mate SPM 6 tapi Statistik U dapat A. Mama pun terkejut beruk. Tapi itulah kenyataannya. Sebagai mama, kalau boleh mama tak mahu kisah sedih mama berulang kepada anak- anak mama. Mama selak buku kakak, tertulis cita-cita saya ialah 'doktor', cita-cita mama yang tidak kesampaian suatu waktu dahulu. Sebab tu, kalau boleh, mama nak anak- anak mama 'faham' bukan 'hafal' sifir kerana jika faham, walau apa-apa pu soalan yang diberi nanti, semuanya ibarat kacang ngan yin sahaja. Namun, mama tak menyalahkan cikgu-cikgu dahulu, kerana tanpa mereka mama tak mungkin menjadi 'arkitek pembina masyarakat' seperti mama jadi sekarang. Terima kasih cikgu.... Cuma, sebagai ibu, mama mahu mengajar anak-anak menggunakan sumber alternatif selain input yang diterimanya di kelas. Jadi, terima kasih juga kepada guru-guru inovatif di FB yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman...

posted from Bloggeroid

Mahar Cinta Alia : Fantasi Seorang Suami...

Tengok slot cerekarama Mahar Cinta Alia, mama rasa hanya fantasi bulan madu saja...



Mula-mula mama dibayangi oleh tradisi cerita Melayu, lelaki muda kawin perempuan kaya lebih berusia hanya kerana harta. Namun, setelah melayari kisah Mahar Cinta Alia, penerbit mengubah persepsi kita tentang lelaki muda tersebut. Hezri mengahwini Alia, boss yang 20 tahun lebih tua daripadanya dengan begitu ikhlas dan mampu menerima Alia seadanya. Pada mulanya mama fikir, Hezri meninggalkan Emma Maembong demi harta Alia tapi kesudahan cerita memaparkan janji Hezri untuk menerima seadanya Aliya dan berdoa agar Dia menganugerahinya kesabaran untuk melayari bahtera perkahwinan bersama Alia. Tapi, jauh di sudut hati mama, ada lagi ke lelaki muda seikhlas Hezri? Pada mama, cerita ni tidak lebih hanya fantasi manis bulan madu. Hezri masib muda melayari alam perkahwinan, baru setahun jagung. Nanti-nanti bukankah dia akan berasa 'bosan' dan juga inginkan haknya dalam perkahwinan, sedangkan baru sentuhan sedikit pun sudah ditolak. Mampukah lelaki semuda Hezri menerima hakikat tersebut? Kalaulah ada Mahar Cinta Alia part 2, mama lah orang pertama akan menontonnya.

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012