Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Software download video etc dari Youtube sampai lebam! : YTD Video Converter

Fuuuih, panjang tajuk tapi siyes tak rugi kalau baca dan untung berganda2 kalau download YTD video converter ni...



Mula2 gugel software ni dan download yang free, kalau nak bayar pun wokey.. Lepas tu save le dalam laptop hikmat kita dan letakle shortcutnya kat desktop biar hari2 kita download apa2 je tau!



Lepas tu, buka youtube dan mulalah cari bahan yang kita nak download. Mama ni kan cikgu, so mama download le bahan untuk pdp. Almaklum, jika on9 di kelas... hanya kita yang tahu betapa 'lajunya' ytl network yang dibekalkan tu.. Kalau download guna software ni, in sha allah kita boleh tayang bila2 masa dalam kelas tanpa perlu beron9.



Lepas tu copy n paste le address link video yang kita nak download tu.





Lepas tu, tunggu le sampai habis 100% terdownload. Kalau guna unifi macam kat rumah ni, sempat le mama baca wassap sekejap, klu yang lebih slow... faham2 je le, mungkin boleh masak nasi dulu ke atau makan dulu ke atau apa2 je le janji bahagia!





Last sekali, klik la kat mana video tu tersimpan. Taraaa.... video youtube di skrin laptop!

Sorry la ye, bagi kawan2 yang dah lama tahu. Excited sungguh ni coz berjaya mendownload bahan untuk ditayang di kelas tanpa perlu on9! Kekadang tertanya2, apalah nasib si vle frog ye? Kalau kemudahan internet di sekolah selembab yang dihidangkan oleh ytl network tu jangan mimpi le nak tengok frog melompat tinggi.

Memang btul, kita ada makmal komputer, kita ada bilik apd, kita ada macam2 yang indah2.. tapi cukupke untuk semua kelas? Sebab itu, mama sanggu beli ohp mini untuk menjadikan pdp lebih menarik. Lepas ni nak fikir macam mana nak buat pdp alaf 21 plak,.. mana 'trafic light' mama... mana station.. mana... issshhhh sanggup ke nak mengajar sampai usia 60, plus 2 ni?

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012