Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Bertudung vs bertupperware

Dulu minat yang ini...



Sekarang bertukar minat ke sini...





Dapur pun dah jadi macam ni... kiranya dapur idaman mengikut bajet ciput yang ada...



Cuma minat untuk ni je yang tak pernah ada...






Entah bila la dapur mama nak berasap dan entah bila semua resipi mudah yang dikumpul tu menjadi makanan yang enak di dapur mama. Kalau setiap hari menjadi tetamu sekolah, maknanya resepi tinggal resipi di dalam tab saja lah. Minggu ni, dah minggu ketiga mama bersekolah pada ahad dan sabtu! Pertama dek mesyuarat pibg plus hari akademik, kedua dek koko, dan minggu ketiga juga dek koko! Tambah malang buat kami ialah, jam untuk kegiatan koko ditambah dari 1 jam setiap petang selasa dan rabu menjadi 1 jam 30 minit untuk petang isnin, selasa dan rabu! Petang khamis pula Sesi Info atau kelas tambahan. Nasib baik ada blog ni, dapat juga mama mencurah keluh kesah yang terbuku di hati ni. Rasanya hanya guru yang syok sendiri kerana kehadiran murid dalam xtvt koko bukan baik mana pun. Idea sapa entah yang memasukkan 10% xtvt koko untuk memohon ipta pun mama dah rasa geram.. Cuba korang duduk jadi guru sekejap... Dah penat 7 jam, dr pkl 730 sehingga 230 berhempas pulas di kelas, pkl 3 sampai pkl 430 diminta berkokurikulum pula...

Cuba bandingkan kerja lain yang berijazah macam guru.. Doktor tugas hakikinya merawat pesakit, pilot tugas hakikinya membawa kapal terbang, hakim tugas hakikinya menjatuhkan hukuman,.. ada x doktor yang turut sama turun padang melatih fisioterapi untuk pesakit? Ada tak pilot mendarat sekejap bawa penumpang beriadah dan ada tak hakim yang dengan hati terbuka membawa pesalah berjogging? Lawak kan? HaĆ .. itulah hakikatnya yang berlaku pada guru2. Tugas hakiki kami ialah mengajar, tetapi kami juga mejadi jurulatih kokurikulum yang letih dan memenatkan. Rasanya dah tiba masanya pihak kementerian memikirkan guru2 khas untuk mengajar, guru khas untuk kokurikulum dan guru khas untuk kerja2 pejabat... Time tu rasanya guru akan berlapang dada untuk mencurah ilmu. Sedarlah bahawa guru hanya manusia biasa, yang juga seorang isteri dan ibu di rumah...

Tqvm kerana sudi membaca ... by by by...

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

2 comments:

Razfira said...

jasa guru mmg x terbalas.. luv u teacher

norhidana miswan said...

takpe2 hobi yg tak membazir...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012