Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Harimau Muda buat gempak lagi...

Cikgu Iza | May 31, 2015 | 2 Komen |
Apa hal ni, denga Timor Leste pun hanya 1-0? Terfikir di benak mama sama ada Timor Leste dah semakin tera.. atau keteraan HM sudah ditahap paling rendah?

.... bakal player HM?

Rupa2nya Faiz Nazmi Mansor buat hal... meludah pemain lawan! Apa kata coach Timor Leste memang amat pedas, dia kata perbuatan Nazmi memang tak matang kerana ini adalah bola sepak, perlu saling menghormati! Adusssh, sakitnya oh di sini!

Coach OKS pula dengan nada marah ingin menghantar pulang Nazmi. Alahai, kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar? Jangan mudah melatah Datuk,... patutnya dari awal lagi kita tak bawa dia sekali kerana memang dia dah ada sejarah dengan sikap yang tak pernah matang, terlalu emosional dan tak mampu mengawal perasaan.

Paling tak boleh tahan bila mama dengar, Datuk OKS kata team kali ni tiada bintang! Tahniah Datuk kerana sudah memberi jawapan awal jika dikecam apabila team kita kena pulang awal! Dan kredit paling tinggi untuk Datuk jika team kita mampu pergi jauh. Jawapan play safe yang paling cliche... tahniah sekali lagi untuk Datuk! Apa yang pasti team Harimau Muda malah team Harimau Malaya memang kaya dengan sesuatu yang gempak!

posted from Bloggeroid

Whatsapp dan Guru..

Cikgu Iza | May 28, 2015 | 4 Komen |

Hari ini nak tak nak, mama terpaksa berjumpa dengan big boss. Big boss kata mama lah satu2 nya orang yg susah dihubungi, telefon tak diangkat, whatsapp tak direspons menyebabkan big boss terpaksa menyuruh PAR untuk memanggil mama. Mama pun bagilah alasan, hp saya vibrate atau silence dan saya memang pastikan hp merupakan barang terakhir yang akan saya jumpa! Mama mengaku yang hp memang menganggu dan mama akan chek hp hanya bila nak balik sekolah saja.

Apa respons my big bos?

Bla bla bla.... u tak sepatutnya silent hp,... u x boleh hanya vibrate.. jadikan hp dalam mode biasa cuma sound yang paling low!

Opps... maknanya guru boleh beri respons pada whatsapp? Apa plak tugas PAR... Konflik antara kepentingan dan arahan ni... Betulke guru bleh berwhatsapp di kelas demi mebaca whatsapp dan panggilan drpd big bos? Tepuk dahi, mama tak bermimpi rupanya... Entahlah labu..

posted from Bloggeroid

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com