Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Harimau Muda buat gempak lagi...

Apa hal ni, denga Timor Leste pun hanya 1-0? Terfikir di benak mama sama ada Timor Leste dah semakin tera.. atau keteraan HM sudah ditahap paling rendah?

.... bakal player HM?

Rupa2nya Faiz Nazmi Mansor buat hal... meludah pemain lawan! Apa kata coach Timor Leste memang amat pedas, dia kata perbuatan Nazmi memang tak matang kerana ini adalah bola sepak, perlu saling menghormati! Adusssh, sakitnya oh di sini!

Coach OKS pula dengan nada marah ingin menghantar pulang Nazmi. Alahai, kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar? Jangan mudah melatah Datuk,... patutnya dari awal lagi kita tak bawa dia sekali kerana memang dia dah ada sejarah dengan sikap yang tak pernah matang, terlalu emosional dan tak mampu mengawal perasaan.

Paling tak boleh tahan bila mama dengar, Datuk OKS kata team kali ni tiada bintang! Tahniah Datuk kerana sudah memberi jawapan awal jika dikecam apabila team kita kena pulang awal! Dan kredit paling tinggi untuk Datuk jika team kita mampu pergi jauh. Jawapan play safe yang paling cliche... tahniah sekali lagi untuk Datuk! Apa yang pasti team Harimau Muda malah team Harimau Malaya memang kaya dengan sesuatu yang gempak!

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

2 comments:

Khai♥Rin : anies said...

#kalautakpanasbukanteammalaysianamanya... ;)

norhidana miswan said...

aduhla naper lah sampai meludah pemain lawan....
nampak sgt main tak profesional terikut2 sgt ngn perasaan tuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012