Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Super Dad

Jadikanlah super dad ini sebagai ikon..



Teringat kisah di kelas 5 K... awak lepas spm nak jadi apa kalau x nak belajar macam ni? Alaa cikgu, dia anak toke... alaa cikgu, ayah saya ada kedai makan laa, apa susah, saya kerja kat kedai mkan ayah saya la... Saya tanya lagi, awak nak keja jadi apa? Alaa cikgu, sekarang pun saya dah keja jadi pelayan, sambil basuh pinggan...

Itulah mentaliti anak Melayu, kerja apa2 aja asal dapat duit. Bila diberitahu kalaulah dia belajar bersungguh2, dapat result ok, sambung belajar, nanti lepas belajar boleh tolong kembangkan perniagaan ayah, bukan saja setakat di taman tu, malah boleh buka francais di luar...

Nasihat saya hanya jadi bahan tawa anak2 murid dan mereka terus dengan aktiviti biasa, tido dan bersembang ketika di dalam kelas.

Selepas result spm keluar, saya masih nampak dia, dengan tuala lusuh di bahu, memgelap meja makan...

Dalam fikiran mama, kalaulah masa yang ada dulu digunakan dengan belajar, mungkin dia kini di bilik beraircond di salah satu ipta di negara kita.... kalaulah dia 'berfikir' masa itu...

Saban tahun, beginilah fenomena yang mama hadapi di kelas, berhadapan dengan anak2 murid dan ibu bapa yang sangat 'cetek' pemikirannya. Cukup dengan apa yang ada dan tidak mahu dapat yang lebih! Satu lagi yang menyakitkan hati, semasa di tingkatan 4, anak2 telah didedahkan dengan keistimewaan mengikuti aliran vokesional di kolej voke atau di kolej swasta yang menyediakan pelbagai insentif. Berduyun2lah murid yang menyahut cabaran, tetapi malangnya apabila di tingkatan 5, berduyun2 juga yang kembali ke sekolah atas alasan ibu bapa suruh ambil spm!

Kita sebagai ibu bapa perlu tahu kemampuan anak2 kita, jika mereka bukan dalam aliran akademik, mungkin mereka lebih berjaya dalam aliran vokesional, namun mentaliti ibu bapa masih mahukan anak2 ada spm! Namun, mampukah naak2 ni, kalau membaca bahasa melayu pun masih merangkak2? Sedangan kbat, hots dll dicanang2 sentiasa. Jangankan nak lulus bm dan sejarah, bi apatah lagi!

Jadi kepada ibu bapa, jadilah seperti super dad....

Tak mudah 'leka' dengan kekayaan yang ada dan 'selamilah' kelebihan dan kekurangan anak2 masing2....

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

great

ewento marcello said...

Hai. Abe We blogwalking kat sini.
Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00.

http://www.wayneharraz.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015.html

Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012