Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

HRMISONE @ HRMIS 2.0 : Hot di pasaran....

Pengalaman menyiapkan skt versi alaf milineum ni begitu menguji kesabaran diri mama. Tak tahulah pengalaman rakan-rakan guru yang lain. Tapi serius mama mahukan sedikit keprihatinan pihak berkenaan untuk menyediakan program yang betul-betul stabil sebelum 'memaksa' kami melakukannya. Bukan kami menolak inovasi, namun diharap inovasi yang ditagih tidak membebankan kami insan symp ni.

fuiiihhhhh menguji betul untuk login ke hrmis 2.0

alternatifnya kami ke hrmisone...

Tarikh hantar begitu cepat, kadang-kadang tak terfikir dek pemikiran yang waras. Sudahlah sukar untuk login kerana website diselenggara dan pelbagai kerenah lain seperti mula-mula PBS online diperkenalkan, line pula lembab bak kura-kura. Yes tidak lagi yes, maka para guru pun mulalah menggunakan Unifi, Umobile, Digi, Maxis, Celcom dan lain-lain menggunakan duit poket sendiri demi menghantar SKT versi baru ni. Maka bersengkang mata lagilah kami seperti zaman PBS online yang sudah terkubur tu. Maka tidur pukul 3 pagi lagi la kami dan keesokan harinya awal-awal pagi lagi sudah mencurahkan ilmu demi anak didik yang kehausan bimbingan untuk menghadapi SPM. Anak-anak kami? Ya, in sha Allah anak-anak kami akan 'dilindungi' jika kami 'melindungi' anak-anak orang lain. Itulah prinsip yang sering dipasakkan dalam diri kami walaupun dalam hati ini gusar dengan pelbagai perkara negatif yang berlaku di depan mata. 

Layakkah kami untuk mengeluh?
Sanggupkah 'kamu' melihat sengsaranya kami...
Kami tidak mengimpikan bulan dan bintang, 
hanya keprihatinan yang kami tagih kerana kami tahu betapa kerdilnya diri ini...

Sudah baca sila komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012