Pages

@aimaniman |

FB Ads Menipu..



Cuba lihat organic reach dengan paid reach..
Tak payah berbayar pun asalkan kita promote page rasanya ada je orang jenguk kan..

Ok..jemput jenguk bizz blog mama tentang emas di http://www.guru-emas.com

posted from Bloggeroid

Emas Public Gold di Pos Arrahnu



Mulai 15.12.2016 ini lagi syok dan mudah untuk mendapatkan emas pg! ...rakan-rakan lock harga retail di web https://publicgold.com.my/v1/index.php?option=com_userregistration&view=userregistration&lang=en&introducer=PG00088235

Kemudian nak ambil produk anda di public gold boleh atau anda nak ke pos arrahnu pun boleh di seluruh malaysia.
WOW!!!..bestnyeee untuk lock retail saja ke?

Untuk akaun GAP bagaimana?
Ya..saya tahu pasti ramai yang seronok kalau boleh buat withdraw dari akaun GAP di pos arrahnu.

JAWAPANNYA :
GAP masih belum boleh.. dalam proses.. harap sabar.

Terima kasih public gold

whatsapp kiza 0197746190
PG00088235
Dealer PG

posted from Bloggeroid

Ilmu Program Gap Public Gold

Persoalan Program GAP Public Gold :

❔Apakah Program GAP ?

Jawapan :Konsep yg sama seperti akaun simpanan anda. Tapi kita simpan duit, duit akan di tukar kepada gram emas.

Program GAP adalah program mengumpul emas dengan membeli emas 24k secara kecil-kecilan seperti emas 1 gram dan menambah belian emas apabila mempunyai wang atau bila harga emas murah supaya dapat mengumpul emas yang banyak dan mengeluarkan emas fizikal 24k sama ada jongkong emas 24k atau emas dinar 24k LBMA tanpa cukai gst. Emas yang dibeli melalui GAP adalah berketulenan 24 karat 999.9 berkualiti antarabangsa (London Bullion Market Association accredited refinery).

❔Berapa modal menyertai Program GAP ?

Jawapan : Modal minima yang diperlukan untuk menyertai program GAP adalah RM100 atau harga harian emas 1 gram. Tapi disyorkan membeli emas dalam gandaan 1 gram agar patuh syariah.

❔Bagaimana cara menyertai program GAP ?

Jawapan : Cara menyertai program GAP adalalah hanya dengan depositkan wang ke akaun public gold mengikut harga semasa GAP. Boleh di lihat di www.publicgold.com.my
Atau minimum Rm100 atau gandaan 1 gram.
Kemudian hntarkan slip bank in dan detail kepad Kak Iza di wasup 0197746190

❔Bagaimana cara mengeluarkan emas fizikal dalam program GAP ?

Jawapan : Cara mengeluarkan atau mengambil emas fizikal sangat mudah.
Cal branch terdekat, bgtau pg code anda dan apa yg anda ingin keluarkan. Cth : PG00088235 nak keluarkan 1 gram edisi baby 5 pcs dan edisi merdeka 5 pcs.
Kemudianbkalau ada stock bolehbterus ke cawangan dan jgn lupa bawa ic utk keluarkan emas fizikal anda.MUDAH KAN....😀

❔Ada apa-apa yang perlu di bayar lagi dak???

Jawapan : Anda perlu membayar premium mengikut item yg anda keluarkan.
Boleh tengok di ruangan comment utk harga premium.

❔Bagaimana cara menjual emas program GAP public gold ?

Jawapan : Menjual emas program gap boleh dilakukan dengan secara online GAP di web (buyback) & Juga setelah kita mengeluarkan emas fizikal tersebut. Jika telah mengeluarkan emas fizikal dan emas disimpan ditangan, maka emas tersebut boleh dijual secara online atau terus kunjungi cawangan public gold terdekat.

❔Adakah caj penyimpanan dikenakan dalam program GAP?

Jawapan : Tidak. Caj penyimpanan program GAP adalah percuma. Berbeza dengan pembelian emas secara terus, caj penyimpanan akan dikenakan jika tidak mengambil emas fizikal yang dibeli selewatnya 2 bulan.

❔Bila tarikh luput Akaun program GAP ?

Jawapan : Akaun Program GAP tiada tarikh luput selagi adanya Public Gold. Program GAP adalah pelaburan sepanjang hayat.

❔Siapa boleh menyertai program GAP ?

Jawapan : Semua warganegara Malaysia atau tidak warganegara Malaysia yang mempunyai passport yang berusia baru dilahirkan dah boleh membuka GAP tapi akaun bersama ibu /bapa

❔Bolehkan menyertai program GAP untuk pelaburan anak ?

Jawapan : Boleh, Boleh menamakan anak atau waris sebagai penama yang berumur kurang 18 tahun. Bagi anak-anak yang berusia 18 tahun kebawah, ibu-bapa atau penjaga boleh membuka akaun GAP secara bersama (joint account), dimana ibu bapa atau penjaga akan menjadi pentadbir akaun tersebut, sehinggalah kanak-kanak itu mencecah usia 18 tahun. Ibu bapa atau penjaga boleh membeli dan menjual emas dari akaun GAP bagi pihak anaknya.

❔Adakah akaun program GAP mempunyai buku akaun GAP ?

Jawapan : tidak, program GAP tiada buku akaun GAP kerana pembelian emas program GAP boleh dibuat secara online. Namun penyata akaun GAP sentiasa di update dalam akaun ahli public gold.

❔Bagaimana jika pemilik akaun GAP meninggal dunia ?

Jawapan : Pewaris pemilik akaun GAP boleh menuntut emas dalam akaun GAP dengan menyertakan dokumen sijil kematian, wasiat, surat mahkamah serta dokumen berkaitan.

❔Apakah kelebihan beli emas program GAP ?

Jawapan : Kelebihan membeli emas program GAP ialah dapat membeli item emas yang kecil dengan harga murah. Contohnya, harga emas 1 gram hari ini RM183, jadi jika keluarkan emas tersebut harga gold bar 1 gram adalah RM183 + RM5 caj gold premium menjadikan harga berjumlah RM188. Harga gold bar 1 gram 24K yang sama jika dibeli secara terus atau ‘cash and carry” dicawangan public gold atau dealer harganya adalah RM215. Itemnya emas yang pada harga emas yang sama, cuma kaedah belian sahaja berbeza yang membolehkan penjimatan, jadi lebih baik menyertai program GAP.

❔Apakah caj gold premium ?

Jawapan : Gold premium adalah caj tambahan yang dikenakan ke atas semua belian emas fizikal public gold kerana kos pengangkutan penghantaran emas public gold yang dicop LBMA di Turki. Caj Gold Premium bergantung kepada jenis emas. Contoh jika keluarkan gold bar 1 gram LBMA dikenakan gold premium RM5, keluarkan gold bar 100g dikenakan caj gold premium RM60 dan sebagainya

❔Berapakah minimum pegeluaran?

Jawapan : Minimum pengeluaran dalah 1 gram jadi 0.5gram tidak boleh dikeluarkan melalui GAP.

❔ Berapakah maksimum pengeluaran?

Jawapan : maksimumnya bolrh keluarkan berapa banyak yg anda simpan dlm akaun GAP dengan SYARAT KENA ADA MINIMUM BALANCE 1 GRAM UTK AKTIFKAN AKAUN.

KakIza
Dealer Public Gold
PG00088235
📱Wsup 0197746190


Kadar premium nak kluarkan emas fizikal daripada akaun GAP

posted from Bloggeroid

Beza antara beli gold bar PG dengan beli barang kemas

Ada seorang kawan tanya saya ; apa beza beli simpan gold bar dan barang kemas?

Saya cakap bezanya adalah cerdik dengan kurang cerdik!

Katakanlah dengan RM188 hari ini di Public Gold :

1. Boleh dapat gold bar 1 gram.
2. Emas 999.
3. Tiada upah.
4. Tiada GST 6%.
5. Spread 8%

Dengan RM190 hari ini pula di kedai barang kemas :

1. Boleh dapat barang kemas (ada ke yang 1 gram?).
2. Emas 916.
3. Ada upah.
4. Ada GST 6%.
5. Spread 35%.

So, betul tak beza dia antara cerdik dengan kurang cerdik?

#tipsbijakemas #celikemas #goldbar #barangkemas #publicgold #kakIzaPG00088235


Beli kat Habib, boleh beli dengan harga rm181?


Sebab tu kena beli di PG... Hanya rm181 (harga hari ini) kita dah bermula menyimpan emas!

posted from Bloggeroid

Cara beli 1gram Emas Public Gold

TIDAK PERNAH MEMBELI EMAS 1 GRAM PUBLIC GOLD?

Bagi membantu pembeli baru yang hendak bermula dan masih tertanya-tanya cara membeli emas Public Gold sebanyak 1gram ada 2 kaedah yang boleh diikuti.

1. Kaedah beli dan bayar dengan harga RM215 sekeping.

2. Kaedah buka Akaun Emas GAP - Gold Accmulation Program dan terus simpan dalam akaun dengan harga hari ini RM181.00 segram

Selepas buat pilihan 2 kaedah di atas, bank in ke akaun Public Gold :

Maybank : 5571 3923 8048
Atau
Public Bank : 3167 52 0833

Whatsappkan ke 0197746190 butiran berikut bersama slip bayaran untuk langkah selanjutnya :

Nama
No KP
No HP
Emel
Amaun bank in
Tarikh bank in
Masa bank in
Introducer : PG00088235

Whatsapp di 0197746190 untuk pertanyaan lebih lanjut bagi pembelian pertama kali.

Kak Iza
PG00088235
Whatsapp 0197746190


posted from Bloggeroid

Undi Mohd Faiz Subri

Undi Mohd Faiz Subri untuk The FIFA Puskas Award kerana :

1. Gegarkan dunia dengan keupayaan anak Malaysia
2. Gol Mohd Faiz memang awesome betul, macam x caya je.. macam cantik je, macam cantik je..

so, apa lagi jomlah vote Mohd Faiz Subri. Kita kalahkan 2 lagi saingannya. 




Introduce Dealer : PG00088235
Harga GAP PublicGold hari ini di sini

Testimoni PG


Projek Mengumpul Soalan ...

Anak nak periksa, mak yang pening kepala....

Image result for pening kepala
alahai comelnya kalau pening macam ni, siap posing ..

Anak cool je, emak pening kepala takut2 anak gagal. Dulu2 time mama kecik2, rasanya abah dan emak x takut kerana apa2 yang dia orang ajar, itulah yang keluar dalam periksa, almaklum.. abah dan emak merangkap cikgu di kelas! Lain pulak keadaannya dengan mama, ajar anak orang tapi anak sendiri tak berapa nak reti nak mengajar. Jalan penyelesaiannya, nasib baik ada mr Al Gugeli.. mama pun download la soalan2 past year final exam year2 and year3 untuk semua subjek yang anak2 mama ambil.  Kalau nak, bolehlah mengugeli di sini.. http://www.sistemguruonline.my/2015/10/himpunan-soalan-akhir-tahun-bagi-darjah-1-2-3-4-dan-5-kssr-pelbagai-subjek.html Lepas download soalan, jomlah buat sama2 dengan anak2 kita, biar emak berkorban sikit kan..

Projek mengumpul soalan ni, mama rasa amat2 berkesan kerana semasa PPT aritu, markah kakak Iman jauh berbeza berbanding semasa dia darjah 2 dulu. Tahun lepas, mama cuma belikan buku latihan dan buat latihan berdasarkan buku di pasaran .., tup2 yang keluar dalam periksa lain daripada yang dibuat dalam latihan. Tapi, bila buat latihan ala-ala soalan sebenar ni, alhamdulillah keputusannya memang jauh berbeza. Almaklum, buku latihan ditulis oleh pakar yang bukan guru, berbanding soalan past year tu dimuat naik oleh guru yang mengajar, yang tahu silibus dan format terkini soalan.  Jadi, pada ibu2, selain paksa anak2 buat latihan dalam buku dari kedai, cuba2lah buat past year exam juga, in sha allah berbaloi2. 'Doktor2' yang tulis buku rujukan n buku latihan tu, bukan cikgu yang mengajar dalam kelas. Mereka tu lebih pada syok sendiri, percayalah, hanya guru yang mengenal 'manikam', hanya guru yang mengenal potensi anak didik, jadi soalan yang dihasilkan oleh guru lebih praktikal untuk dunia anak2 kita... jangan didera mereka membuat latihan standard doktor n profesor di universiti, mereka hanyalah anak2 kita yang baru berumur 8 dan 9 tahun!

Dialog Doktor tak sekolah?

Hari ini, mama puas. Puas sepuas-puasnya kerana berjaya knockout seorang insan hebat bergelar doktor!

Image result for doktor kena ketawa
x da kaitan punn...


Dr : sakit apa?
Mama :  pening, melayang2 kepala.. tadi pagi saya terjatuh di toilet, nasib baik x da apa2
Dr : makan ubat ke..
Mama : on ubat... Dr, boleh tak minta mc hari ni, memang pening sangat ni..
Dr : x .. saya bagi time slip jer.. hmmm tadi pengsan x time jatuh..
Mama : x.. kalau saya pengsan, bukan saya datang sini, tapi ambulan bawa saya ke mari!

Mama terus keluar bilik, cakap tq, x p amik ubat, panas hati.. bagi kad pun kat kaunter luar n terus p klinik swasta, bayar rm35 n dapat 2 hari cuti! Mama tak tau la mentaliti doktor2 ni, nak kita pengsan n dah terkena stroke baru nak bagi mc? Mahal sangat ke MC tu? Korang tensyen dengan patient kat klinik kerajaan yang ramai, walaupun duduk dalam bilik beraircond n kerja sambil duduk saja., cuma check dan tanya ala kadar, tu pun nak berkira tentang sekeping kertas mc tu.. Mama bukan selalu pun minta mc, masuk bulan 8 ni, semalam check kat kerani baru 3 hari mc, 2 hari drpd HTAR dan sehari swasta.. so napa permintaan mama untuk MC ditolak? Bayangkan kalau mama ke sekolah tadi, jumpa budak2 f4 n f5 M .. bukan setakat pening, pengsan malah ko terus kot. Tu la pasal klinik swasta lagi femes banding klinik kerajaan yang macam poyo je.. grrrrrrrrmmmm

Kelab Fotografi : Kalaulah mama sehebat Saiful Nang


Kalaulah mama sehebat Saiful Nang, kofem mama x susah hati nak buat aktiviti Kelab Fotografi!

Hmmm.. cuma angan2 aja rupanya. Esok, sama macam hari2 Rabu yang lepas, kepala otak mama mengalami gegaran maha hebat nak fikir apakah aktiviti paling cun, paling menarik dan paling kebaboom untuk ahli Fotografi.  Mungkin ada yang kata, apa susah.. buat aja pertandingan fotografi, sediakan hadiah bla bla bla. Tapi korang tau ke yang ahli kelab mama ni hanya ada beberapa orang saja memiliki kamera, ramai yang ada handphone tapi handphone benda yang diharamkan di sekolah!.. Tu la, kalaulah handphone dihalalkan, sure dah mama buat aktiviti mengambil gambar bebas... maka bebas bertebaran lah ahli2 kelab mama mengambil gambar sambil cikgunya menikmati air kopi giant! ha ha ha.. angan2 jee...

Alternatifnya, kalau x ada kamera... maka setelah memerah otak setelah puas menyiapkan pengistiharan harta di HRMIS dan siapkan OPPM pelan strategik tuut, mama pun ada idea. Nak tiru? Jom la try... jom buat puzzle paling susah di dunia. Haaa.. mama gugel gambar depan dan belakang kamera, kemudian print saiz A4 dan kerat2 gambar tuu ikut suka hati mama! Maka aktiviti paling kebaboom esok ialah menyusun puzzle gambar kamera dan melabelkan kamera tersebut!... Haa hebat x mama? Sekurang2nya walaupun x sehebat Saiful Nang dalam bidang fotografi, tapi mama hebat menyediakan aktivit last minute... yg biasa mama lakukan setiap minggu! Ada sesiapa nak join? Joom la, kita buat puzzle.. siapa cepat dia menang.. bab hadiah? jangan risau... boucer makan minum di cafe aka kantin cik Kiah.. RM 3 untuk johan, Rm2 untuk naib johan dan RM 1 untuk tempat ke-3.. kan hebat2 cikgu2 di Malaysia ni menyelesaikan masalah.. Mama rasa, selain cikgu .. x mampu orang lain nak cipta idea sehebat ni, fullamak, angkat bakul masuk sendiri laaa...

kalau di facebook mama x skodeng FB Saiful Nang 
tapi Warga prihatin lagi best

Sekolah semakin Mengerikan!

Bukan kerana  tetapi.....
Image result for hrmis dan Image result for pelan strategik 2017 -2020yang membuatkan weekend mama semakin menyesakkan kepala dan esok nak pergi ke suatu tempat yang mengerikan, iaitu sekolah!

Mama bukan setahun dua dah jadi guru, malah kenangan lama sebagai guru amat menyentuh kalbu dengan 1001 kenangan manis, terutama ketika di Johor walaupun masa tu jadi SU peperiksaan, SU Kurikulum, buat pembentangan untuk sekolah 3K peringkat negeri ke kebangsaan ke, lupa den... jadi juri pertandingan gimrama MSSM .. jadi cephron ke banyak daerah keliling johor, jadi ajk statistik MSSKT dan banyak lagi, tapi yang penting time tu kepala otak tak tensyen.  Oppsss jangan kata time tu mama cikgu PJK ya... mama cikgu yang ajar subjek teras untuk PMR, SPM dan STPM ye.. upper six mama ajar walaupun mama selalu keluar sekolah, tapi yang penting mama tak tensyen, hati senang, keinginan dan keikhlasan nak mengajar tu ada..

Tapi... tahun 2016 ni, walaupun hanya mengajar f1, f4 dan f5... hanya SPM je yang memoningkan kepala, f1 dan f4 bak orang kata tu boleh santai2... tapi tensyennya melebihi ajar 3 kelas peperiksaan macam dulu2! Sebabnya mudah je.. semua insan bergelar guru mesti ada jawapannya.  Kami tidak lagi bekerja sebagai guru, tetapi menjadi 'hamba' kepada 1001 pakej internet yang x user friendly.. Dua benda kat atas tu, HRMIS dan Pelan strategik baru dua je, APDM kehadiran, APDM data murid yang belum diupdate2 lagi tu, SAPS yang x leh nak buang n tambah kelas, e prestasi, e operasi yang x leh nak update gaji, cuma update mukim n daerah je... apa daaa.. suh orang update tapi blh update certain2 benda jer.. oppsss da lagi satu SSDM yang lagi gila x user friendly langsung, nak buang murid pun kena online.. tahu la ni bulan berapa? yuppp bulan Ogos iaitu bulan ke-8 untuk tahun 2016, baru diperkenalkan, tup2 kena buat surat buang online, kena keyin ketidakhadiran murid dari bulan 1, chek tarikh dia x datang dari bulan 1, nak ulang lagi dari bulan 1.. selama 60 hari.. ulang lagi selama 60 hari! Kalau internet yang tersedia selaju kereta ferari x apa, ni siput babi pun malu nak berlumba! Tu belum lagi kesalahan murid pun kena masuk online,.. tapi sorry la ye, untuk keyin data kesalahan murid guna data Umobile mama kerana kesalahan yang dikeyin tu pun belum tahu diterima sebagai kesalahan disiplin, atas budibicara guru disiplin dan HEM la plak atau semata2 kerana ketidakupayaan guru mengawal kelas! hampeh...

kepada anak-anak dan adik-adik yang nak jadi guru
bersedialah mental, fizikal, emosi dan duit untuk menjadi hamba segala e-
#datakamudatasekolahdatakerajaandataKPM
#duitkamuduitsekolahduitKPM

Muridku Meninggal Dunia ...

Innalillah hi wainna illahirajiun...
Kalau sudah tiba masanya, tidak kira kau baru berumur 16 tahun pun, kau pasti akan dijemput-Nya...


semoga keluargamu tabah atas kehilangan ini.. takziah diucapkan..

Serius mama nak cerita, walaupun hanya sempat mengajar di kelasnya selama +- 3 bulan, tu pun selepas pertukaran jadual kedua, kemuadian apabila pertukaran jadual ketiga kelasnya diambil alih oleh pengetua baru yang mahukan kelas tingkatan 4, namun mama amat mengenalimu. Kamu 'berani berbicara', bukan banyak mulut, bukan biadab tapi berani menegakkan pendapat kamu. Tu yang kita selalu bertikam lidah, dan akhirnya apabila mama 'akur' kerana malas nak memanjang2kan cerita, kamu n de geng sering kata mama 'kalah'. 

Kamu juga seringkali menyanyikan lagu "Allah selamatkan kamu..." ketika mama masih mengajar di kelas kamu.. tak tahulah lagu untuk lawak, atau benar2 doa ikhlas kamu, memandangkan lagu kamu sekelas sering kali memecah keheningan kelas2 lain yg khusyuk mendengar ajaran guru.  Pendek kata, gelagat riang kamu memang benar2 menghiburkan mama walaupun kadang2 agak naik darah juga. Semoga kamu tenang di sana, tempat yang mama tidak pernah sampai, walaupun gurumu ini jauh lebih berusia daripada kamu.  Segala kenangan mengajar di kelas kamu tak mungkin hilang daripada lipatan ingatan mama....

Raya ke-6 di Sekolah.. hu hu hu

Hari ini bermulalah semula sesi persekolahan selepas 8 hari kita cuti puasa plus cuti raya. Hari yang penuh dengan warna-warni, apa taknya, orang lain pukul 2.30 dah start engin keta p beraya, tapi hang sorang2 buat apa?..


key in markah ULBS ooppps bloom ye
baru key in nama jerrk

donlod senarai nama f4 daripada saps

Haaa... dua benda ni lah yang mama buat sepanjang raya ke-6 ni. Seb baik line yes sekolah ni laju giler time semua cikgu beraya kat rumah orang, so mama pun kira pecut giler guna yes ni. alhamdulillah. Cilok sana cilok sini, akhirnya 7 kelas dengan senarai nama terkini mama dapat donlod. Bukan tok se nak minta drpd penyelaras apdm ke apa ke, tapi almaklum depa nak beraya.. so mood depa tentu ke laut nak donlod2 nih, so p amik ko daripada saps, alhamdulillah dengan guna id su peperiksaan mama dapatle mendonlod dengan bebas petang ni!


kawan2 jom siapkan file ULBS,.. minggu depan Pkw nak datang weei..

Web Whatsapp ... Download Whatsapp daripada PC

Hot.. Hot.. Ilmu baru... Baru x baru, tapi bagi mama memang ilmu baru... pada sesiapa yang belum tahu, jom baca entri mama kali ni ye..

haaa.. p kat website ni, klu nak berwhatsapp di pc aka laptop

kalau2 playstore kata yur device isn't compatible with this version.. hu hu hu

Haaa.. kan ilmu baru tu kan... sekurang2nya x yah le nak termenjerit bila kluar macam tu kat playstore atau nak kena start engine nak p kedai hp nak donlod whatsapp coz dah boleh buat sendiri tau.. 

Ok, pada kesempatan ni mama nak ucapkan selamat hari raya pada semua rakan,.. lepas ni mungkin blog ni bersawang semula coz mama kena siapkan fail ULBS, 21.7 i ada pemantau nak datang n mama kena siapkan pelan strategik.. hu hu hu.. sapa yg dah buat tu share2 la eee....











Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin daripada mama... luv u ol...

Plan Hari Raya vs Pelan Strategik

Plan Raya tahun ni agak ke laut! Sedih memang sedih tetapi mama kena reda dengan apa yang berlaku,.. ingatkan perubahan lebih meudahkan tetapi perubahan makin memeritkan, almaklum kereta yang ditukar berenjin turbo, tapi pemandunya pulak berenjin viva!

Pelan yang membuatkan Plan Raya mama ke laut!


Kawan-kawan guru mesti tengah berserabut nak membina pelan ni kan? Pelan strategik 2017-2019. Walaupun 2017 ada lagi 5 bulan nak menunjukkan muka, namun 'enjin turbo' gear 5 tu mahukan kami menyiapkannya dalam masa sebulan, bermakna selepas raya.. selepas raya okey kena siapkan! Kenapalah satu demi satu dugaan melanda time mama ada di sekolah ni. Terkenang zaman baru2 posting di kota tinggi dulu2, alangkah manisnya momen itu. Observe? Memang boleh dikira guna jari, masing2 buat atas kepercayaan terhadap rakan, bukan nak menyusahkan rakan. Yang penting result PMR dan SPM, malah STPM sekolah kami memang excellent!

Kini, menumpang tuah di bumi Selangor, segala2nya berubah, semuanya berubah. Bekerja bukan atas dasar seronok bekerja, tetapi kerana terpaksa. Bukan kerana segala 'e' bagai, tetapi dek sikap orang atas yang syok sendiri. Mama teringat kisah di Kota Tinggi, x pernah diobserve pun result kami memang kaw-kaw punya. Yang x boleh nak tackle murid hujung, kaka2 senior dengan rela hati sanggup menggantikan kelas, asal saja 'berbayar' yang esoknya dihidangkan dengan mi sedap hasil tangan mereka! Itulah keramatnya sekolah itu yang tiada lagi pada masa ni.

Sekolah baru ni, segala2nya macam 'plastik'. Kelas tambahan hampir setiap hari, x kira bulan puasa pun! Buat apa kita nak berpenat2 tapi hasilnya ke laut? Hampir setiap tahun guru2 bermati2an membuat kelas tambahan, cuti dikorbankan, masa di sekolah dimaksimumkan, namun hasilnya tetap sama. Tak pernah ke pentadbir ni terfikir, otak murid n otak guru ni bukannya mesin yang boleh digunapakai  secara maksimum. Biar kita bertindak secara bijak, bukan bekerja seperti hamba. Buat kelas tambahan hanya untuk 'memeriahkan paper work' baik x payah, mama ulang lagi, x payah! Seingat mama, time di kota tinggi dulu2,.. mama mengajar F3, F5 dan F6, tapi setiap kali cuti, kami diberikan kebebasan untuk berjumpa keluarga aka balik kampun. Hasilnya, guru2 senang hati dan seronok bekerja... 

Raya 2016 lagi satu memori hitam melanda pada diri mama. Makin terasa x seronoknye mengajar, x bestnya dijadikan hamba dipaksa2 macam 'lembu' dicucukk hidung. Pada bulan puasa kali ni, bukan saja setiap hari ada kelas tambahan, yang muridnya ada le 5-6 orang jer, tu pun terlentok, jasad je di kelas tetapi minda entah ke mana... mama juga dikerah dengan Ladap dan sesi info hampir setiap hari n setiap minggu,.. sampai ke Khamis, 30 Jun lepas ni pun kami masih berladap dan berbengkel untuk menyiapkan Pelan strategik! x haru ke? Kata orang, memenangi hati orang bawah baru kerja lancar dan licin, ni kalau dah rasa bosan dan tertekan melebihi keseronokan bekerja,.. x taulah macam mana hasilnya nanti.  Malah ladap untuk cara melakukan observation juga akan diberi,.. issshhhh kenapa perlu cari salah guru? Korang x pernah jadi guru ke, sebelum jadi orang nombor satu? Ingat guru2 suka ke asyik dilihat time mengajar? Malah bila observation dilakukan, guru2 bertambah2 jadi 'plastik' .. berlakon untuk mendapatkan markah, berlakon untuk memenangi hati orang atasan. Kalau tak guna PAK21 dikira gagal.. walaupun sebenarnya kegagalan guru apabila anak murid gagal SPM, itu kepuasan sebenar kami, iaitu apabila anak2 murid lulus SPM bukannya kami mendapat markah 95 dalam hrmis... 


bolehlah tekan sini tengok apa kami buat pada 30.6.16 time korang p buat persiapan Raya!

Muat turun RPH Bahasa Melayu Alaf 21

Ada tak rakan-rakan guru yang mengalami nasib yang sama? Hari ini p mesyuarat, esok kena tukar semua!? Tanpa persediaan, tanpa masa, tanpa kudrat, kita YMP tetap akur. Kalau tak, boleh je, tapi rakan-rakan reda le dengan 'surat cinta'.. betul tak..

MUAT TURUN RPH BM ALAF 21


Mama rasa, banyak sekolah yang sudah lama menulis RPH Alaf 21 ni. Tapi ada juga yang masih belum, atau ada yang masih teraba-raba nak menulis RPH Alaf 21 ni, macam yang dialami oleh mama. Jenuh juga online, usha2 blog rakan2 guru, menokok tambah apa yang patut, dan akhirnya mama berjaya menulis RPH Alaf 21 untuk dihantar esok!. Tahniah pada diri sendiri....

Pada rakan-rakan yang mengajar opsyen yang sama dan tingkatan yang sama, bolehlah muat turun dengan klik link di atas. Mama rasa, kita sebagai guru ni kena bersatu, bukan sahaja mengadakan bank soalan, malah bank RPH Alaf 21 juga perlu diwujudkan. Cuba bayangkan kalau 1 orang guru menyumbang RPHnya untuk 1 minggu, jika kita ada 35 orang guru yang menyumbang pun, kita dah dapat RPH untuk setahun! Tepuk dada tanya selera laa...Kalau bukan kita, siapa lagi yang memahami beban dan tanggungjawab kita. Hanya jauhari yang mengenal manikam, hanya kita yang tahu betapa tertekannya kita yang terpaksa menyediakan RPH seperti RPH ketika praktikum dahulu setiap hari!. Kalau semasa praktikum, ideal la idea membuat RPH panjang lebar macam tu kerana kita guru baru, kita belum masak dengan ilmu pdp dan belum 'hafal' dengan ilmu yang akan disampaikan. Kedua, kita x de beban keluarga maksudnya tiada tanggungjawab terhadap keluarga kecuali tanggungjawab untuk diri sendiri je, kerana kebanyakan guru praktikum masih single... Ketia, guru praktikum hanya mengajar sementara dan tiada komitmen lain terhadap sekolah seperti ketua panitia le, ketua sukan le, setiausaha itu ini... patutle boleh senyum je mengusung RPH panjang lebar!

Pelik mama, dalam kita warwarkan idea kekalkan hijau, tapi kita sendiri ke arah menambah penggunaan kertas! Cuba bayangkan jika 1 hari kita ada 5 kelas, bermakna kita perlu menulis 5 RPH berbeza di atas 5 keping kertas! Konon nak gunakan RPH online, tapi Frog VLE bagai hidup segan mati tak mahu. Dah tu, macam mana 'Frog' nak melompat tinggi kalau 'YES' lembap macam kura-kura? Mungkin orang akan kata, hai cikgu ni banyak sangat mengeluhnya... ok, jom gunakan YES kami untuk membuat RPH online, bersabar tak anda semua? Fuiihh...

Kalaulah RPH online diwajibkan ... agak mama bakal diwajibkan pun, maka 'gendang lama' berbunyi semula! Dulu2 ada pihak kesian terhadap guru2 yang terpaksa mengisi PBS online sehingga tengah malam kerana pada waktu itu line ok... menyebabkan PBS ditukar secara offline sahaja, nanti2 bila RPH online diwajibkan dengan kemudahan YES yang macam tu juga, dan aplikasi masih di peringkat 'percubaan' maka guru2 akan sembab mata lagi untuk ke kelas. 

Eksperimen oh eksperimen bilakah akan berakhir?
Kadang2 terfikir kenapalah 'mereka' malu2 nak menyekolahkan
anak-anak 'mereka' di sekolah dalam negara.. he he hee..

Calon STPM dan MUET dilarang Memakai Jam Tangan!

Mama cnp daripada berita ini...

Calon STPM dan MUET dilarang bawa jam tangan ke dewan peperiksaan.
Oleh Nas Norziela Nasbah nasnorziela@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Calon peperiksaan mulai Penggal 2 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 dan ujian Malaysian University English Test (MUET) sesi Julai 2016 dilarang untuk memakai serta membawa masuk jam tangan ke dalam bilik atau dewan peperiksaan.  
Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Dr Jamil Adimin berkata, larangan membawa atau memakai jam tangan ke dewan dan semasa menduduki peperiksaan bertujuan mencegah kes salah laku dalam kalangan calon.   Beliau berkata, berikutan terdapatnya alat perhubungan dan kamera yang menyerupai jam tangan mutakhir ini, calon dilarang untuk memakai atau membawa masuk ke dalam dewan peperiksaan.  
"Sehubungan itu, calon boleh merujuk pada jam dinding yang disediakan di bilik atau dewan peperiksaan sepanjang peperiksaan berlangsung," katanya ketika dihubungi BH, semalam. Beliau mengesahkan kebenaran peraturan itu, ketika diminta mengulas lanjut berhubung surat pekeliling berkenaan yang tersebar di dalam media sosial.  Jamil berkata, tindakan melarang calon peperiksaan memakai atau membawa jam tangan adalah atas pelbagai sebab termasuklah kecanggihan teknologi atau gajet itu yang boleh menghubungkan dunia luar sewaktu peperiksaan sedang dijalankan.
"Bagi mengelakkan perkara salah laku calon, larangan membawa masuk jam tangan ke dalam dewan peperiksaan adalah tepat," katanya yang surat pekeliling itu sudah diedarkan sejak minggu lalu. Jamil berkata, beberapa badan peperiksaan besar lain di dunia sudahpun melaksanakan peraturan yang sama.   
Beliau berkata, kegagalan calon mematuhi peraturan itu boleh menyebabkan mereka didakwa melakukan salah laku dalam peperiksaan mengikut takrifan yang tertulis pada Kaedah 3 dan Kaedah 4, dalam Kaedah-kaedah Majlis Peperiksaan Malaysia (Tatacara Dalam Kes Salah Laku) 1986 bagi Undang-Undang Malaysia, Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 (Akta 225).



Apa pandangan rakan-rakan? Situasi ni samalah seperti kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar? Oleh sebab risau akan 'kemampuan' teknologi canggih masa kini, maka anak-anak dinafikan hak mereka untuk memakai jam tangan. Agak sinis senario ini kan... 

Itulah, negara lain dah lama mengamalkan 'open book test', malah ramai ibu bapa dah mengamalkan konsep home schooling. Namun, kita? Konon mahukan guru-guru mengamalkan konsep PAK 21, namun sistem peperiksaan masih di takuk lama! Masih menguji kemampuan daya hafalan murid-murid! Kadang-kadak produk PT3 berasa terganggu minda mereka kerana pada usia 15 tahun, mereka diuji dengan 'open book test' untuk sesetengah subjek atau lebih kepada kajian seperti subjek Sejarah dan Geografi, namun di peringkat SPM dan STPM kembali kepada konsep hafalan! Kejutan budaya juga kan kalau anak-anak diuji sedemikian rupa? Masuk ke Universiti pula, segala-galanya yang dihafal tu kurang digunakan kerana adanya konsep kajian lapangan bagai, tapi apabila lepasan Universiti ni melangkah semula ke sekolah untuk mengajar anak-anak murid, mereka terpaksa kembali 'menyuap' anak-anak tu untuk mampu menghadamkannya dalam peperiksaan! Kesian kan kita? 

Hari ini, nasib malang menimpa jam yang tidak boleh dipakai, esok lusa mungkin nasib cermin mata yang dilengkapkan dengan aksesori canggih pula tidak dibenarkan dan akhirnya, kemudahan wifi pula ditamatkan di sekolah semasa peperiksaan! Biarlah labu,.. kekadang terfikir sampai bila guru-guru dijadikan alat untuk mengeksperimen anak-anak bakal pemimpin masa depan Malaysia tercinta ni..






  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012