Pages

@aimaniman |

Minggu Bahasa terbit dalam surat khabar BH!

Wow.. wow... wow..... Hanya tiga ungkapan yang mama mampu jeritkan coz rasa gumbira sangat program hari ini menjadi realiti. Sapa sangka proses menjemput wakil Berita Harian untuk mengadakan bengkel AdaP di sekolah begitu mudah... semudah menelan air kopi giant saudagar!

Penceramah Encik Mohd Noor yang memang membuatkan kami x kering gusi..

kecindan yang penuh terisi dengan info berguna..

orang memberi kita merasa...

Wow wow wow... esok lusa akan diterbitkan dalam BH!

Budak2 pun ternganga..

Mudah cakap, wakil BH memang peramah, mudah berurusan dengan mereka dan kebaboom la.. Tak sia-sia mencuba nasib menjemput mereka dan yang lebih penting menjemput mereka adalah tanpa bayaran! Bukan mudah, bak kata cikgu Md Noor dapat menjemput pihak BH secara percuma tau.. Jadi, pada rakan-rakan guru yang mahu jadikan bengkel AdaP sebagai salah satu pengisian Minggu Bahasa di sekolah bolehlah hubungi wakil2 BH ni...


 Fadzlena Jafar <fadzlena@bh.com.my>
(emel ketua editor pendidikan BH)

ridzyop@yahoo.com
(editor sisipan Skor BH)

Seronok sangat kerana pengisian bermakna ni mendapat sambutan positif murid-murid. Semoga usaha sebesar hama ini mampu menjadi catalyst kepada anak murid mama memperoleh A+ dalam SPM 2016 in sha allah...

*** cuma sedih sangat x jemput Nazian 5M  tadi..
dalam hati mama mentang2lah dia dari kelas M mama lupa akan dia
sorry ye, lain kali mama selitkan nama Nazian yer..

Lagu ROAR - Katy Perry Penyemarak Minggu Bahasa 2016

Tahun 2016, pelancaran Minggu Bahasa di sekolah mama berjalan dengan lancar. TQSM pada rakan FB kerana memberi idea untuk menjadikan minggu ini ke ba boom.. terutama pada rakan-rakan yang bukan fanatik FB.

pra pelancaran.. masih tertonggeng2 di dataran.. guru semua boleh..

Tiga mak dara pingitan yang mendokong kejayaan MB 2016

TQSM FB beri cetusan idea tulisan lilin ala-ala mencanting batik ler tuu..

taraa.... MB 2016 terlancar lee...

Xtvt pertama kami, kedatangan Ujana Buku DBP

Berposing sambil membeli-belah.. TQSM kakitangan Ujana Buku yang peramah tuu..

Gah juga pelancaran MB 2016 kerana hasil cedokan idea daripada FB, gimik kami mendapat pujian daripada ramai guru lain. Ditambah pula penyedap halwa telinga alunan muzik Roar dendangan Katy Perry. RoaRRRRR..... Aummmm... Bersemangat betul anak-anak murid mama, We are Championnnn... 

Hari pertama aktiviti kami ialah kedatangan pihak Ujana Buku DBP. Depa ni semua peramah dan sanggup nak menjelaskan sejelas-jelasnya informasi tentang buku terbitan DBP  bukan sahaja kepada anak murid, malah kepada cikgu juga. Kira berbaloi-baloi la aktiviti jualan buku oleh pihak Ujana BUku nih.. Lain kali kami nak jemput lagi tau...



Esok ada aktiviti Explore Race, Drama KOMSAS dan Nyanyian. Lusa pula ada Benkel Adap bersama BH. Nanti mama update ye... doakan program kami berjalan lancar selancar kenderaan di Highway KESAS...

Hot : Hati-hati isyarat peace snap gambar

Selain cheese, kita selalu menggunakan isyarat peace ketika mengambil gambar. Betul tak? Tapi gambar ni betul2 mengejutkan dan selepas ni tentu semua orang x mo lagi menggunakan isyarat peace kan?





Haaa.. tentu lepas ni x de peace peace lagi... amin kot?



Iklan kejap... nak simpan emas? Peace yo! Opppsss amin, alhamdulillah...

posted from Bloggeroid

Jus Caliph Supplement : Makanan Sunnah terbaik untuk Anak

Sebenarnya, banyak khasiat Jus Caliph ni, antaranya mama sempat copy n paste daripada laman web tentang khasiatnya untuk tatapan semua rakan. Anak mama, terutama boy no 2, Syahmi memang ada semua simptom di bawah kecuali kurang selera makan dan kerap demam. Simptom yang lain, seperti kurang berkomunikasi, kurang fokus, enggan buat homework, asyik cakap x da homework aje, sukar bangun tidur, menangis je apabila dikejutkan untuk bangun pagi, kurang daya tumpuan di kelas (feedback daripada guru kelas Syami) dan daripada kelas kedua semasa tahun 1 turun ke kelas keenam pada tahun 2! 
  • Anak anda kurang selera makan?
  • Kerap demam & selesema?
  • Kurang aktif dan kurang bercakap?
  • Anak anda susah menghafal dan tumpukan perhatian?
  • Anak anda kurang aktif dan tidak bermaya ?
Jika anak anda berumur 1 Tahun ke atas mengalami masalah ini, Jangan risau, mereka hanya perlu dibekalkan dengan makanan tambahan yang boleh membantu perkembangan otak dan meningkatkan fungsi nya. InshaAllah.

JIKA ANAK ANDA ADA MASALAH INI;
  • Sering bermain semasa guru mengajar (tidak fokus)
  • Tidak mahu membuat kerja rumah (malas sebab tidak faham)
  • Sukar bangun tidur untuk kesekolah (sering keletihan)
  • Suka memberontak dan bergaduh dengan adik beradik
  • Tidak mendapat kecemerlangan dalam pelajaran

InsyaAllah semua ini boleh di atasi dengan CALIPH Supplements.

Alhamdulillah setelah sebotol caliph mama beri kepada Syami, sekarang Syami mula boleh beri tumpuan dan ada keinginan untuk membuat homework. Buktinya, semasa tahun 1 apabila mama suruh buat homework, Syami lebih rela menangis dan kena marah daripada memegang pensel. Dia lebih rela dicubit daripada menulis. Tetapi, alhamdulillah akhir2 ini Syami dah mula nak menulis, dan cuba buat homework walaupun perlu bimbingan penuh daripada mama. 

stok caliph dalam peti ais

botol caliph yang dah habis

Mama bukan agen dan x sesekali nak promote Caliph ni tanpa testimoni benar daripada anak sendiri. Sebenarnya macam2 supplement mama dah cuba contohnya Habbatus Sauda, Omega Guard Shaklee dan minum madu sebagai rutin harian. Namun semuanya kurang berkesan sehinggalah mama mencuba Jus Caliph ni.  Kalau berpeluang mama memang nak menjadi agen supaya dapat membeli nya dengan harga ahli. 

Doakan Syahmi dapat menjadi kanak2 yang sihat, cergas, aktif dan fokus terhadap pelajarannya ya.. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya terus ketinggalan dalam pelajaran, walaupun kita tahu orang yang berjaya dalam akademik x semestinya berjaya dalam hidup, namun yang pasti orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang berpelajaran...

Malah Syami diminta oleh guru kelasnya agar dibawa berjumpa doktor kerana dikhuatiri mengalami disleksia kerana simptom2 disleksia memang ada seperti apabila menulis huruf b, d, a, p terbalik, tulis nombor 5, 7 terbalik, tak mau tulis ayat panjang2, sukar menyalin tulisan yang banyak di papan putih, dan Syami suka bersendiri dalam dunianya.  Malah Syami juga lambat mula bercakap iaitu ketika umurnya menjangkau 4 tahun, tetapi yang peliknya apabila mama mahu berjumpa dengan terapist pertuturan, mula ada bibit2 bicara yang keluar daripada mulut anak mama.  Sama juga, apabila mama nak bawa Syami berjumpa doktor untuk diagnos simptom2 disleksia, Syami mula boleh fokus, mula boleh menulis ayat yang sederhana panjang dan mula sensitif dengan ejaannya yang terbalik! Kadang2 mama terasa yang Syami ni berlakon ke? 


Nasib Guru : Terbelakah Kami?

Petang tadi hujan lebat di sekolah mama.. Alhamdulillah tiada kejadian buruk kesan daripada hujan lebat diikuti ribut terhadap murid-murid tetapi... Biar gambar yang berbicara...

pokok tumbang

pokok tumbang.. nasib baik tiada murid di situ..

Apa yang menghempap kereta tu? Yuppp.. kereta..

Dalam hati mama, kalaulah time hujan tu ada budak2 duduk bersembang2 di kerusi batu tu, apa akan terjadi ya? Apa yang pasti sekolah mama akan bertambah-tambah popular setelah populariti mencanak-canak akibat kisah Amira lari bersama boyfren dengan van putih tempoh hari. Tak tau kisah tu? dah viral dah... selak-selak la akhbar atau media sosial. Hangat di pasaran kisah tersebut.

Hari ini, kami diselamatkan dengan tiadanya murid di tempat kejadian pada masa tersebut. Jika ada, akan berkampunglah para wartawan, orang ppd, orang jpn malah kpm kot di sekolah mama. Akan viral lah kisah guru2 tidak peka akan keselamatan murid. Akan viral lah kisah pohon tumbang kerana 'kerja' guru adalah sebagai penebang pokok! Akan viral lah kisah guru membiarkan murid tanpa pengawasan sedangkan waktu itu sudah pukul 3 petang dan kami sekolah 1 sesi!

Nasib baik yang menjadi mangsa hempapan sang pokok ialah kereta guru. Maka kisah ini tidak akan menjadi viral. Konpem para wartawan tidak mahu memviralkan kisah yang bukan sensasi ini. Persoalannya, siapakah yang harus membela nasib guru itu? Jika hendah menuntut insuran, kemungkinan guru itu tidak akan dapat kerana kereta tidak dilindungi daripada bencana alam. Akan datangkah PPD, JPN dan KPM bertanya khabar, melempar simpati, menghulur bantuan, mengambil kisah akan kami? Pendek kata, itulah nasib guru,.. perlu menjaga 1001 manusia di sekelilingnya, tetapi kebajikannya, hanya dia yang akan jaga..

Nasib baik, sejurus sebelum kejadian..
sang guru yang sarat pregnant tu naik semula ke blik guru..
Jika dia terus berada di dalam kereta? Nauzubillah...



Cinta Si Wedding Planner Vs Isteri vs Tunang

Dua-dua drama mama suka, tapi dua-dua ada ada persamaan dan perbezaannya... sapa sokong mama? Yang x sokong tu mesti x ikuti drama ni kan kan ...

CSWP

IvT

Persamaannya ialah :
1. Kedua-dua drama menampilkan watak lelaki yang 'lemah' kerana tak dapat melupakan memori masa lalu. Fariz dan Zaim masih teringatkan Shira dan Amira.. cuma bang Ngah suka Shira kerana terpaksa demi keselamatan Zara, tapi Zaim suka akan Amira tanpa mengetahui 'keburukan' Amira.. Lagi lembik Zaim kan kan...
2. Kedua-dua drama memaparkan watak isteri yang taat akan suami tetapi suami pulak buat hal.. tapi kes Zara, walaupun perkahwinan mereka diuruskan oleh keluarga tetapi Zara menerima dengan reda perkahwinan mereka, kes Alana pulak, dia ada kontrak sebelum berkahwin dengan Zaim tetapi selepas berkahwin mula berputik rasa cinta, namun kerana ego, dia x mahu meluahkannya sehingga memakan diri..
3. Drama CSWP Zara ada kak Dina dan mama sebagai geng dia, dalam drama IVT plak, Alana ada Puteri dan mama Zaim sebagai geng... macam sama jeee... 
4. Drama CSWP dah dekat nak habis, rasa2nya hepi ending coz bang ngah dah dapat buka password thumb drive tu dgn bantuan PA nya, tapi Zara plak kena langgar.. tapi harap2 hepi ending laa... Dalam drama IVT plak, baru nak mula konflik antara watak, jalan cerita masih panjang.. mama tertanya2 sama ada pertunangan Zaim n Amira kali kedua berjalan ke x, adakah pertunangan mereka berakhir dengan pernikahan, adakah Alana tak ambil tindakan atas haknya sebagai isteri, adakah betul Amira mengandungkan anak Zaim atau hanya cara untuk menambahkan geram Alana? Semua konflik tu akan menambah geram mama untuk menunggu di depan tv setiap jam 10, seangkan CSWP dah nak menuju klimaks dan akhirnya anti klimaks pada Isnin dan Selasa ni...

Perbezaan :
1. Boleh tengok sendiri le, 1 pakai tudung, 1 x, 1 muda anak dara, 1 isteri orang... tapi suka tengok Sycha berlakon semula, dah lama x tengok dia berlakon cuma perlu ada had le, takut2 Awal maree,...
2. Dahiyah anak mama x kekal lama depan tv time IVT tapi time CSWP dia hisap botol depan tv.. napa ek... hanya Dahiyah yg tau...

ok.... selamat menonton kedua2 drama ni dalam episod seterusnya,.. tapi jangan termimpi2 kan Zara, faris, zaim n Alana ye.... by by...


JDT Juara Piala Sumbangsih 2016

Tahniah JDT.. akhirnya terlerai badi penalty kick. Selalu sangat jdt kalah kerana penalty kick, tapi malam ni milik jdt coz selangor pun terkena tempias badi kot, tendang depan pintu gol pun tersasar..



Tapi serius mama nak kata, team jdt perlu lebih berusaha untuk setapak ke hadapan. Kalau tahun lepas di tempat sama dengan lawan yg sama jdt kalahkan 3-1 kacang je, tapi 2016, dgn lawan yang sama cuma mampu seri 1-1 dan berhempas pulas, berpeluh ketiak, berdebar dada, dan segalanyalah untuk menjulang piala tu.

Harap2 game malam ni menjadi pengajaran buat team kesayanganku, jdt dan buat post mortem lekas2 ye sebelum jumpa t-team selasa ni.

Rasa game jdt lagi ke ada live kat tv3,.. makin marah le fans team lain. Ko ado apo.. kami ada tmj! Rindu sentap nak balik johor!! Nak kluar selangor....

posted from Bloggeroid

Bukit Gambang Resort City - Safari World dan Gambang Water Park

Bukit Gambang Resort City (BGRC) merupakan destinasi percutian bidan terjun mama pada cuti CBY ni. Pada mulanya nak blik kampung di BP, Johor, namun mum datang kerana sepupu buat kenduri kahwin, so mama x balik tapi p BGRC. Seronok tak? Jom tengok gambar anak-anak time ke sana...

1st day p Safari World dulu....

Antara binatang kat Safari World tu...

Antara aktiviti dalam Safari World

Night Safari... Persembahan Api n Tarzan..

Tiket2...

Perjalanan dari Klang ke Bukit Gambang adalah makan masa 3 jam coz abah bawa Alza macam kura-kura. Pas tu exit 830 susur Gambang, abah mula nak baca map, last2 mama juga yang terpaksa call BGRC tu tanya macam mana nak ke sana. Rupa2nya selepas exit, terus je drive, sampai simpang 4, terus je, nampak papan tanda BGRC.. sampailah kat resort tu...  Maknanya, selagi tak nampak, jangat masuk mana-mana, almaklum. pekan Gambang bukan macam bandar  Klang, ala-ala pekan Koboi je... Yang pasti wifi Digi dan Umobile pada tab mama memang tak berfungsi, jadi 2 hari mama berpuasa daripada berblog!

Sampai je kat kaunter nak chek in, baru pukul 1, ingat nak terus chekin, tapi malangnya pukul 3 baru dapat chekin,.. memang teruk betul la servis dia orang. So tarpaksale mama p safari world tu dulu walaupun dengan badan yang belengas dan penat dalam perjalanan tak hilang lagi. Nak p Safari World ni boleh naik tram yang disediakan secara percuma. Sampai je di destinasi 1, jangan p kanter atas untuk p Safari World kerana di bawah kaunter untuk Water Park ye... Ok, sampai je kat atas, kena naik tramp lagi dengan tiket rm1 seorang, kalau x nak naik, boleh tapi kena menapak le. Lepas tu naik tram lagi satu secara percuma untuk melihat binatang buas di safari dengan bertemankan seorang pemandu pelancong yang bercakap je sepanjang naik tram tu. Tak lawak pun, coz entahle macam skema je tourist guide tu laaa...

Habis meninjau2 safari dengan naik tram, kami kena menapak untuk ke stesen 1 mula2 tadi. Time ni Dahiyah mula nak demam dan meragam. Asyik nak balik je, sempat le tengok dan bagi makan arnab. Punya le hairan anak2 mama, nampak ayam jantan pun menjerit!  Lepas tu kami chek in lewat kerana habiskan masa di safari sampai petang. Masuk bilik, baru je mandi anak2 turun lagi mandi di kolam resort. Habis mandi kolam, gitu gini jam dah pukul 8, kami bergegas ke Safari World lagi dengan menaiki Alza, lagi senang banding naik tram tau.  Sampai situ, pekerja kata pertunjukan dah bermula dan hampir habis! Frust tau, resort ni macam x sensitif dengan waktu sembahyang, padahal pekerja dia 80% Melayu!

Skema je anak2 mama

Aksi mereka.. seksi woww

sliding x berapa nak best

Kolam..

Day 2, baru p water park. Kalau nak bagi bintang, rasa2nya bagi 2 atau 3/5 je coz memang kotor air kolamnya. Kaki mama terpijak dawai karat dan kolam memang penuh dengan ranting serta daun kering. Almaklum sekeliling kolam ada pokok tapi kena la ada pekerja yang bersihkan bila daun tu dah macam nak tutaup air kolam dah.

Bab makanan, serius mahal, tapi perut dah lapar, jadi makan je le. Lagi 1 semua urusan jua beli kena topup e-value, bukan guna RM. Jadi nak x nak, scan je le gelang tangan tu, dapatle makanan. Cabana yang disewa pulak langsung x privasi. Coz klu pergi Wet World Shah Alam, Cabana atau apa ntah namanya berkunci, siapa nak sewa baru buka kunci... ni terbuka gitu je... alahai...

Serius mama nak kata, kalau nak pergi lagi, mungkin tak kot kerana anak2 mama dah biasa dengan water park ni, dari Waterpark di Legoland, Desa Waterpark di KL, Wet world Batu Pahat, Wet World Melaka dan Wet world Shah Alam... kolam di sinilah yang paling Kotor!. Malah adik abah pun kata, kat tempat nak gelongsor tu pernah ada ular! Mama pelik camne BGRC ni diiktiraf sebagai wp terbesar? Kat mana tang besarnya ye, sama je macam kat shah alam, lg best shah alam kot... dekat pun dekat...

On de way balik ke Klang, kakak nak membuang so singgah le di Hutan Lipur Lentang. Bayaran masuk cuma rm2 kanak2 dan rm5 dewasa... klu famili mama cuma rm16 je tapi sepanjang2 sungai yang cetek tu dapat diteroka. Keadaan pun x sepadat BGRC tu. Harapkan pakej yang mahal, 2d1n di family suite plus bfast dan 4 tiket safari serta 4 tiket waterpark yang berharga rm609,.. memang tak berbaloi dengan duit yang dikeluarkan. Oppps bab bilik plak,.. peti aisnya lambat noo nak sejuk, sampai malam pun kami minum air masak biasa je, bilik family pun x de bathtub, ekon x berapa nak sejuk, plug cuma ada 1 dalam setiap bilik dan 1 di dapur serta 1 untuk tv, bayangkan kalau kami ada 5 tab, kat mana nak caj? Kalau sewa tempat2 lain, dalam bilik je ada 3 plug... Gerammm betul la... Lagi 1, breakfastnya pun ko, nasi lemak yang x sedap, sambal x kaw2... telur yang tawar hambar.. ayam x de,.. teringat nasi lemak Genting Highland, sedapnya sambalnya, sampai mama tambah 3 kali nasi lemaknya... heran kan nasi lemak x de ayam?

ok la, pada yang belum pernah pergi..
Fikir betul2 kalau nak ke sana supaya percutian kita berbaloi2 dengan rm yang dikeluarkan

Tragedi Esclators Boleh Dielak!

Tragedi di esclators boleh dielak jika kita berwaspada dan ambil langkah berhati-hati setiap masa. Moga2 mama menjadi ibu yang sentiasa prihatin buat ketiga2 anak2 mama. Buat yeya dan anak2 lain yang agak nakal dan suka eksplore sendiri, jangan jadikan esclator sebagai kawasan eksplorasi ye...








Nyeri bila tengok gambar2 tu. Padahal selipar le alas kaki paling mudah dan praktikal kalau kita nak ke shopping complex kan? Takkan le nak ber high heel bagai, alamat tersungkurle nak bawa tin sardin buat nasi goreng bajet ala pak menteri..oopppss

Patutlah mat saleh nampak smart je, pakai kasut ke mana2... ropa2nya dia orang tahu crocs ni banyak keburukannya. Habis, nape korang jual, n jadi selipar mewah pulak di malaysia sampai banyak klon crocs ni untuk golongan kurang mampu mcm anak2 mama!

Inilah dinamakan penjajahan dr segi mentaliti bangsa omputeh terhadap bangsa kita ni. Bila pakai crocs ori je high class. Balik raya je tau mana kasut anak mama n mana kasut anak adik yg ibu bapanya doktor, crocs ori sah2 le bukan kak iman, syami n yeya punye! Kekadang teringin juga sambil menerai kasut depa time depa x da... alahaiii ciannya..

So lepas ni, pada yang x mampu nak beli crocs original jgn malu2 ye sbb crocs ni bukannya bagus, esclator pun dia nak masuk!

Daripada beli crocs ori yg harganya ratus2, baik beli emas dengan harga ahli... jom wassup kak iza 0197746190..

posted from Bloggeroid

Beli emas dengan harga murah?

https://youtu.be/O1Gq7ncXe1k

Jom join powergold
1. Dapat beli emas dengan harga murah
2. Dapat bonus
3. Dapat emas!

Jom join emas, berbaloi-baloi tau

Kalau nak tau cara, tak susah ye nak join .. wassup je nombor kosongsatusembilantujuhtujuhempatenamsatusembilankosong



posted from Bloggeroid

Malaysia Social Media Week Award : jom vote

Tadi bw ke blog Denai Hati, konon nak vote untuk best blog of the year, tapi terundi blog yang lain, sorry ye blog denai hati.. ingatkan boleh vote dua atau tiga atau semuanya.. rupa2nya cuma 1.. lain kali bagi tau la undi cuma sekali je.. he he he







Ini antara blog yang mama vote walaupun serius mama x pernah pun kenal blog2 tu, almaklum mama bukan la aktif berblog semenjak berpatah arang n berkerat rotan dengan mr nuffnang. Adake dia bagi mama rm86 je untuk beberapa tahun tau, bukan beberapa hari... tu yg mama kata nak secret recipe sebijik pun x lepas!

So mama lebih tumpukan perhatian pada core bisnes mama iaitu mengajar n mengajar n mengajar.. tapi boleh fokus ke, keje cikgi2 ni bukan macam cikgu cikgu zaman dulu2, p sekolab mengajar, balik sekolah 'menjalar'.. sekarang ni, p sekolah mengajar dan on9 sana sini balik sekolah pun on9 sebabnya banyak kerja yang memerlukan on9, fuuiiih nasib baik buat rph masih x wajib guna frog, klu x.. melompat2 le katak kehilangan ibu katak, almaklum ibu2 semua nak jaga suami lagi, jaga anak lagi.. nak jaga 'katak' yang line ciput macam siput tu memang x le,.. Lepas ni makin kaya la tokey digi, celcom, maxis, umobile, redtone etc kerana cikgu cikgi kene berfrog guna wifi u olls, almaklum wifi yes x yes yes...

Ok ke, merapu sebentar sebab nak cari idea cm ne le nak kaya? Kalau aku kaya... nyanyi kejap..Apa2 hal pun selamat bertanding untuk bloggers2 terkenal tu, semoga yang terbaik akan menjadi pilihan para juri..

posted from Bloggeroid

Shaheizy Sam sah suami Syatilla Melvin, alhamdulillah..

Beberapa saat lepas, sahlah sudah Shahiezy Sam menjadi suami kepada Syatilla Melvin. Sweet sangat mama tengok video pernikahan mereka ni. Alangkah bahagianya pasangan sehati sejiwa, sama cantik sama padan ni, teringat kisah 10 tahun yang lalu...



Mencuit hati juga keletah Shaheizy yang 'tak sabar' nak melafazkan akad nikah, almaklum., ustaz tu panjang sangat tazkirahnya. Putera teruna dan puteri dara bagai... kelazatan tubuh badan Syatilla dan Shaheizy bagai.., macam nak malu2 pulak dengar tazkirah ustaz tu. Tapi syukurlah akhirnya, mereka sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja. Serius memang sweet habis moment terindah ni.






Tahniah mama ucapkan kepada Sha dan Sya... ni baru best, Sha dan Sya jadi suami isteri sebenar!

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012