Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Bukit Gambang Resort City - Safari World dan Gambang Water Park

Bukit Gambang Resort City (BGRC) merupakan destinasi percutian bidan terjun mama pada cuti CBY ni. Pada mulanya nak blik kampung di BP, Johor, namun mum datang kerana sepupu buat kenduri kahwin, so mama x balik tapi p BGRC. Seronok tak? Jom tengok gambar anak-anak time ke sana...

1st day p Safari World dulu....

Antara binatang kat Safari World tu...

Antara aktiviti dalam Safari World

Night Safari... Persembahan Api n Tarzan..

Tiket2...

Perjalanan dari Klang ke Bukit Gambang adalah makan masa 3 jam coz abah bawa Alza macam kura-kura. Pas tu exit 830 susur Gambang, abah mula nak baca map, last2 mama juga yang terpaksa call BGRC tu tanya macam mana nak ke sana. Rupa2nya selepas exit, terus je drive, sampai simpang 4, terus je, nampak papan tanda BGRC.. sampailah kat resort tu...  Maknanya, selagi tak nampak, jangat masuk mana-mana, almaklum. pekan Gambang bukan macam bandar  Klang, ala-ala pekan Koboi je... Yang pasti wifi Digi dan Umobile pada tab mama memang tak berfungsi, jadi 2 hari mama berpuasa daripada berblog!

Sampai je kat kaunter nak chek in, baru pukul 1, ingat nak terus chekin, tapi malangnya pukul 3 baru dapat chekin,.. memang teruk betul la servis dia orang. So tarpaksale mama p safari world tu dulu walaupun dengan badan yang belengas dan penat dalam perjalanan tak hilang lagi. Nak p Safari World ni boleh naik tram yang disediakan secara percuma. Sampai je di destinasi 1, jangan p kanter atas untuk p Safari World kerana di bawah kaunter untuk Water Park ye... Ok, sampai je kat atas, kena naik tramp lagi dengan tiket rm1 seorang, kalau x nak naik, boleh tapi kena menapak le. Lepas tu naik tram lagi satu secara percuma untuk melihat binatang buas di safari dengan bertemankan seorang pemandu pelancong yang bercakap je sepanjang naik tram tu. Tak lawak pun, coz entahle macam skema je tourist guide tu laaa...

Habis meninjau2 safari dengan naik tram, kami kena menapak untuk ke stesen 1 mula2 tadi. Time ni Dahiyah mula nak demam dan meragam. Asyik nak balik je, sempat le tengok dan bagi makan arnab. Punya le hairan anak2 mama, nampak ayam jantan pun menjerit!  Lepas tu kami chek in lewat kerana habiskan masa di safari sampai petang. Masuk bilik, baru je mandi anak2 turun lagi mandi di kolam resort. Habis mandi kolam, gitu gini jam dah pukul 8, kami bergegas ke Safari World lagi dengan menaiki Alza, lagi senang banding naik tram tau.  Sampai situ, pekerja kata pertunjukan dah bermula dan hampir habis! Frust tau, resort ni macam x sensitif dengan waktu sembahyang, padahal pekerja dia 80% Melayu!

Skema je anak2 mama

Aksi mereka.. seksi woww

sliding x berapa nak best

Kolam..

Day 2, baru p water park. Kalau nak bagi bintang, rasa2nya bagi 2 atau 3/5 je coz memang kotor air kolamnya. Kaki mama terpijak dawai karat dan kolam memang penuh dengan ranting serta daun kering. Almaklum sekeliling kolam ada pokok tapi kena la ada pekerja yang bersihkan bila daun tu dah macam nak tutaup air kolam dah.

Bab makanan, serius mahal, tapi perut dah lapar, jadi makan je le. Lagi 1 semua urusan jua beli kena topup e-value, bukan guna RM. Jadi nak x nak, scan je le gelang tangan tu, dapatle makanan. Cabana yang disewa pulak langsung x privasi. Coz klu pergi Wet World Shah Alam, Cabana atau apa ntah namanya berkunci, siapa nak sewa baru buka kunci... ni terbuka gitu je... alahai...

Serius mama nak kata, kalau nak pergi lagi, mungkin tak kot kerana anak2 mama dah biasa dengan water park ni, dari Waterpark di Legoland, Desa Waterpark di KL, Wet world Batu Pahat, Wet World Melaka dan Wet world Shah Alam... kolam di sinilah yang paling Kotor!. Malah adik abah pun kata, kat tempat nak gelongsor tu pernah ada ular! Mama pelik camne BGRC ni diiktiraf sebagai wp terbesar? Kat mana tang besarnya ye, sama je macam kat shah alam, lg best shah alam kot... dekat pun dekat...

On de way balik ke Klang, kakak nak membuang so singgah le di Hutan Lipur Lentang. Bayaran masuk cuma rm2 kanak2 dan rm5 dewasa... klu famili mama cuma rm16 je tapi sepanjang2 sungai yang cetek tu dapat diteroka. Keadaan pun x sepadat BGRC tu. Harapkan pakej yang mahal, 2d1n di family suite plus bfast dan 4 tiket safari serta 4 tiket waterpark yang berharga rm609,.. memang tak berbaloi dengan duit yang dikeluarkan. Oppps bab bilik plak,.. peti aisnya lambat noo nak sejuk, sampai malam pun kami minum air masak biasa je, bilik family pun x de bathtub, ekon x berapa nak sejuk, plug cuma ada 1 dalam setiap bilik dan 1 di dapur serta 1 untuk tv, bayangkan kalau kami ada 5 tab, kat mana nak caj? Kalau sewa tempat2 lain, dalam bilik je ada 3 plug... Gerammm betul la... Lagi 1, breakfastnya pun ko, nasi lemak yang x sedap, sambal x kaw2... telur yang tawar hambar.. ayam x de,.. teringat nasi lemak Genting Highland, sedapnya sambalnya, sampai mama tambah 3 kali nasi lemaknya... heran kan nasi lemak x de ayam?

ok la, pada yang belum pernah pergi..
Fikir betul2 kalau nak ke sana supaya percutian kita berbaloi2 dengan rm yang dikeluarkan


Sudah baca sila komen

1 comment:

babYpose said...

Alhamdulillah ada entri ni, baru fikir-fikir nak pegi, kalau pegi dengan anak-anak dengan tok wan mak tok (emak bapa saya) sekali, rasa memang tak sezuai kan. Comel anak anak, nampak mereka happy.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012